Seorang jurugambar sangat bertuah kerana sepanjang kariernya, pertama kali dapat merakamkan photo peristiwa jarang-jarang berlaku - air terjun bertukar warna merah seperti sup tomato. Jurugambar tersebut, Rochelle Coffey menjadi terpegun bila melihat air terjun sejernih kristal tiba-tiba bertukar warna merah pekat dalam jangkamasa selama dua jam. Ibu kepada dua orang anak itu pergi berkelah ke air terjun cantik Cameron Falls, Alberta bersama dengan suaminya dan telah merakamkan gambar pemandangan indah di situ sejak enam tahun lalu.
Walau bagaimanapun, dalam lawatan terakhirnya, beliau seperti tidak percaya dan rasa bertuah kerana dapat melihat satu fenomena alam menakjubkan bila air terjun yang jernih bertukar warna secara tiba-tiba. Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu (agrolite) mengalir ke dalam kawasan air terjun sekali gus mengakibatkan perubahan warna berlaku. Waterton Lake, kawasan di mana terletaknya Cameron Falls mengandungi endapan batuan tertua di pergunungan Kanada dan berusia 1,500 bilion tahun lampau.
Gambar air terjun Cameron, Alberta ketika hari biasa
Photo rakaman Rochelle ketika fenomena bertukar warna berlaku.
sumber: www.dailymail.co.uk