Fenomena Aneh - Air Terjun Membeku Dalam Cuaca Panas

Hierve el Agua di Oaxaca, Mexico kelihatan seperti air terjun yang indah, tetapi tidak bergerak. Nampak seolah-olah airnya membeku menjadi ais. Betulkah begitu? 

Sebenarnya ia hanya ilusi pemandangan bentuk batu, terhasil dari sisa mineral oleh aliran air yang menitis menuruni tebing curam. Warna putih yang kelihatan seperti air terjun mengalir deras itu adalah kalsium karbonat, sejenis mineral sama seperti stalaktit dalam gua batu kapur. Dengan ketinggian 12 - 30 meter, Hierve el Aqua yang dapat dilihat pada masa sekarang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk.

Hierve el Agua adalah bahasa Spanish bermaksud 'Air Mendidih'. Gelaran ini diberi kerana bahagian atas yang datar terdapat mata air panas. Mata air ini menghasilkan gelembung-gelembung buih ketika mengalir keluar dan membentuk sebuah kolam air panas kecil. Kaum Zapotec yang mendiami kawasan sekitar sejak 2,500 tahun lampau menganggap Hierve el Agua sebagai tempat suci dan dihormati.


16 ulasan:

  1. indahnye ciptaan Tuhan.. salam thn baru :)

    BalasPadam
  2. ya Allah... indahnye ciptaan Mu...

    BalasPadam
  3. ~Princess n Una~ bila lht kindahan alam ciptaanNya, ilang segala masalah buat seketika T_T

    BalasPadam
  4. ~fat & xDer~ segala puji n syukur bgiNya yg memiliki n mentadbir alam ni..

    BalasPadam
  5. keindahan yang mengagumkan
    kagum itu tanda kebesaran
    kebesaran itu menginsafkan...
    siapa kita...

    BalasPadam
  6. ~Sud@is~ satu ungkapan yg indah n mdlm maksudnya.. thx.. :)

    BalasPadam
  7. SubhanAllah..blog ni nice..if ada entry pasal awan & langit pon best sy suke! :)

    BalasPadam
  8. ~Fa-in~ thx.. comin soon if ader smber, blh jgk n3 ttg tu..insyaAllah :D

    BalasPadam
  9. Ya Allah,betapa Agungnya ciptaan Allah...Allahuakhbar

    BalasPadam
  10. subhanallah!
    cantikya..
    kalau bnyk duit..abis satu dunia akk round!

    BalasPadam
  11. cantik!!! kenapa dia tak masuk dlm 7 wonders in the world

    BalasPadam
  12. lawanyer.. nk gi lah

    BalasPadam
  13. Baru terbuka mata sikit,nice input!!!..pict pon lawa.

    BalasPadam