Memaparkan catatan dengan label Serangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serangga. Papar semua catatan

Tahukah Anda - Tentang Dunia Haiwan

dunia haiwan
Siput mempunyai 14,175 batang gigi yang tersusun dalam 135 
barisan di atas lidah mereka.

dunia haiwan
Rama-rama mempunyai 12,000 mata.

dunia haiwan
Dalam sehari, seekor paus biru boleh menghabiskan 3 tan makanan. Dalam masa yang sama, ia boleh hidup tanpa makan selama 6 bulan.

dunia haiwan
Swan merupakan burung yang memiliki
 25,000 bulu pelepah pada badannya.

dunia haiwan
Kasawari adalah burung merbahaya. Ia boleh membunuh manusia atau haiwan dengan mengoyak mangsa menggunakan kuku yang melengkung.
Dalam banyak burung, hanya burung hantu saja yang boleh
 memusingkan kepala 270 darjah.

dunia haiwan
Bila berjalan, beruang kutub nampak seperti malas tidak bermaya. 
Tetapi bila mengejar mangsa, beruang ini boleh berlari selaju 25 batu sejam.

dunia haiwan
Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.

dunia haiwan
Burung unta menelan batu-batu kecil bagi
membantu sistem penghadamannya.

Penyamar Terbaik.

Selain sotong kurita, banyak lagi haiwan lain diciptakan ALLAH mempunyai kebolehan menyamar. Haiwan seperti sesumpah boleh menukar warna kulit mengikut keadaan sekeliling. Ada sesetengah haiwan lagi memang diciptakan berbentuk daun hijau, corak badan seperti bunga dan sebagainya.

Ikan lepu batu karang, sangat berbisa.


Serangga berbentuk daun.


Nampak seperti longgokan daun. Sebenarnya seekor ular Gaboon Viper.


  Mentadak Malaysian Orchid Mantis. Malaysia Boleh!


 C for chameleon...


Oh burung punggok, di manakah di kau?


Nampak macam ranting kayu...


Leafy Sea Dragon.



Lalat Pemusnah Bakteria...Bukti Kebenaran Hadis.

Masih ingat sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat? “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit.” 

Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Pada tahun 1947, Ernestein dari England juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.

Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad..

*Maklumat ini diperolehi dari sumber internet.


Belalang Ganjil Berwarna Pink.

Daniel Tate, budak lelaki English berusia 11 tahun sedang mencari belalang di dalam belukar bersama datuknya. Pencarian mereka di Seaton Marshes Local Nature Centre itu berakhir dengan pe nemuan yang me nakjubkan.

Pada mulanya Tate menyangka benda berwarna pink (merah jambu) yang dilihatnya sekuntum bunga, tetapi bila benda tersebut mula melompat, barulah Tate sedar ianya merupakan seekor belalang.

Sememangnya pasti ia adalah seekor belalang betina berwarna pink! Saintis masih belum dapat mengenalpasti kenapa mutasi ini boleh terjadi. Belalang yang mempunyai warna berlainan dari kebiasaan, termasuk pink sangat jarang ditemui. Walau bagaimanapun, selain belalang, masih ada lagi serangga-serangga lain dijumpai mempunyai warna pink, iaitu:


Mentadak


Pepatung


Kupu-kupu Hummingbirds


Kupu-kupu Raspberry Wave


Belalang Rusa

Ramai manusia tidak menyukai serangga. Sebenarnya serangga memberi sumbangan besar kepada manusia dan planet bumi ini. Mentadak contohnya, memakan kutu, nyamuk, lalat, kumbang dan hama. Sedikit nyamuk dan kutu di kawasan rumah kita bermakna sedikit semburan racun merbahaya diperlukan. Malah, peladang-peladang organik menggunakan serangga seperti mentadak sebagai kawalan biologi bagi menggantikan racun serangga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics