Memaparkan catatan dengan label Tahukah anda?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahukah anda?. Papar semua catatan

Tukang Masak Temui Telur Ayam Aneh

kalau ditanya apa bentuk telur ayam, pasti orang akan jawab bentuk bujur. pasti kan? melainkan dia tak pernah lihat telur ayam seumur hidup!! Tapi, jika jawapannya bujur semata, jawapan dia salah!! hohoho, sebabnya? lihat gambar di atas, sekarang ni dah ada dah telur ayam berbentuk bulat, macam bola ping pong... hehe, anehkan??

Kursus Autocad

bagi yg tercari-cari

kelas belajar autocad,

boleh singgah ke link ni:

http://www.pelukis-pelan.blogspot.com/2014/03/senarai-tempat-kursus-autocad-di.html

kursus dikendalikan oleh pengajar yang mahir,

mengendalikan autocad selama 2o tahun (dlm bidang senireka)

Bunga Anggur

assalam... semalam singgah ke rumah makcik.. sedang belek-belek pokok bunga depan laman, klana ternampak pokok anggur.. dah lama pokok anggur ni ditanam, tapi klana tengok sebelum ni macam hidup segan mati tak mahu.. kali ni subur, banyak bunga dia... kata makcik, lepas dicantas setogel-togelnya, baru pokok anggur tu nampak perubahan drastik bombastik gitu.. banyak pucuk-pucuk daun baru tumbuh, setiap tunas akan ada bunga yang lebat..

anggur malaysia
ada setengah tangkai bunga dah nampak putik-putik anggur. ni anggur jenis masak kaler hijau.. sebelum ni klana pernah makan...  rasa masam-masam manis, cuma saiz buah kecil, tak macam anggur import... tapi okey jugak kan, tak sangka kat negara kita pun anggur boleh tumbuh dan berbuah... malaysia bolehh... hehe.

updated: 10-06-12

buah anggur
buah anggur yang semakin membesar.. dah boleh makan tak lama lagi.. nyum2

Tahukah Anda - Tentang Dunia Haiwan

dunia haiwan
Siput mempunyai 14,175 batang gigi yang tersusun dalam 135 
barisan di atas lidah mereka.

dunia haiwan
Rama-rama mempunyai 12,000 mata.

dunia haiwan
Dalam sehari, seekor paus biru boleh menghabiskan 3 tan makanan. Dalam masa yang sama, ia boleh hidup tanpa makan selama 6 bulan.

dunia haiwan
Swan merupakan burung yang memiliki
 25,000 bulu pelepah pada badannya.

dunia haiwan
Kasawari adalah burung merbahaya. Ia boleh membunuh manusia atau haiwan dengan mengoyak mangsa menggunakan kuku yang melengkung.
Dalam banyak burung, hanya burung hantu saja yang boleh
 memusingkan kepala 270 darjah.

dunia haiwan
Bila berjalan, beruang kutub nampak seperti malas tidak bermaya. 
Tetapi bila mengejar mangsa, beruang ini boleh berlari selaju 25 batu sejam.

dunia haiwan
Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.

dunia haiwan
Burung unta menelan batu-batu kecil bagi
membantu sistem penghadamannya.

Raja Lawak 5 - Senarai Nama 12 Finalis

12 finalis yang sudah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak Astro sekaligus menjadi pelapis bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak dan jenaka yang semakin rancak membangun telahpun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan pada 27 Disember 2010 di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti empat musim sebelum ini, program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang komedi di kalangan rakyat Malaysia kini kembali menggamatkan kaca televisyen untuk musim kelima dan bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 di Astro Prima (saluran 105).

12 finalis terbaik telah dikenal pasti menerusi sesi ujibakat yang teliti terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan PUKAW, Kumpulan R2, Kumpulan BOBO, Kumpulan KOPIO, Kumpulan BALAS, Kumpulan KAMI, Kumpulan LUCKY, Kumpulan TBO serta empat peserta solo iaitu; NAZMI, MAN, EPY dan LEMAN.

Seperti musim-musim sudah, kesemua peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi dan bakal menerima latihan serta bimbingan profesional oleh barisan pengkritik tetap pada setiap minggu secara bergilir-gilir sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan secara langsung.

Tiga orang pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak.

Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Prima.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat melalui program Al Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 30 & 31 Disember 2010 (Khamis &Jumaat), jam 9.00 malam. Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2011. Manakala persembahan para peserta pada setiap minggu boleh ditonton menerusi program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 dari studio Finas, Hulu Kelang.

Program Raja Lawak Musim Kelima sekali lagi bakal menyaksikan gandingan mantap Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara di Gelanggang Raja Lawak Astro pada setiap minggu.

Pihak Astro juga amat berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran Radio Sinar FM sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan turut disokong oleh Radio Era FM serta Murai.com.my selaku portal hiburan rasmi untuk musim ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.rajalawak.com.my atau dengan menekan butang merah ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

sumber: www.astro.com.my/rajalawak

Tentang Keunikan Manusia.

tahukah anda
Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.


tahukah anda
Untuk setiap 1 langkah, kita menggunakan 200 pergerakan otot.


tahukah anda
Asid dalam perut cukup kuat untuk menghancurkan sebilah pisau cukur.


tahukah anda
Badan kita menghasilkan haba yang boleh memanaskan  segelen air dalam jangkamasa 30 minit.


tahukah anda
Terdapat 1 trillion bakteria melekat di kaki kita.


tahukah anda
Anak mata anda akan membesar bila melihat seseorang yang anda cintai. Begitu juga halnya bila melihat seseorang yang anda benci.


tahukah anda
Otak manusia boleh menyimpan 5 kali ganda maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia Britannica.


tahukah anda
Ibu jari tangan kita sama panjang dengan hidung kita. Tak pecaya, cuba check tengok..



Fakta Tentang Sotong Kurita.

  • Sotong kurita mempunyai lapan sesungut, dengan kepala dan mata yang besar. Dalam bahasa Greek, 'octopus'  bermaksud berkaki lapan.
  • Darahnya berwarna biru dan mempunyai tiga jantung. Dua jantung untuk mengepam darah dari insang dan satu lagi mengepam darah ke semua anggota badannya.
  • Ada lebih 100 spesies sotong kurita di seluruh dunia. Spesies bersaiz kecil tinggal di perairan torpika sementara  saiz besar ditemui di lautan dalam yang sejuk. Kurita raksasa Pasifik boleh membesar sehingga 23 kaki panjang.
Pacific Giant Octopus
  • Sotong kurita dalam kumpulan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata). Oleh itu, walaupun sudah dewasa mampu mengecilkan tubuhnya dan memasuki lubang sebesar wang syiling.
  • Jika berada di dalam bahaya sotong kurita akan menyemburkan ‘cecair’ berwarna hitam kepada pemangsanya bagi mengaburi pandangan. Cecair itu juga mengandungi sejenis bahan kimia yang melemahkan deria bau pemangsa.
  • Sotong kurita adalah pakar samaran (camouflage). Ia boleh menukar warna tubuhnya untuk disesuaikan dengan keadaan persekitaran. Lapan sesunggut akan dibiar terbuai-buai seolah-olah seperti rumpai laut bagi mengelirukan musuh.
Lagak seperti seekor monster laut, sotong kurita jenis octopus aculeatus berdiam diri di dasar  menyamar menyerupai rumpai laut. Ditemui di Terumbu Karang Besar, Australia.



Penyamar Terbaik.

Selain sotong kurita, banyak lagi haiwan lain diciptakan ALLAH mempunyai kebolehan menyamar. Haiwan seperti sesumpah boleh menukar warna kulit mengikut keadaan sekeliling. Ada sesetengah haiwan lagi memang diciptakan berbentuk daun hijau, corak badan seperti bunga dan sebagainya.

Ikan lepu batu karang, sangat berbisa.


Serangga berbentuk daun.


Nampak seperti longgokan daun. Sebenarnya seekor ular Gaboon Viper.


  Mentadak Malaysian Orchid Mantis. Malaysia Boleh!


 C for chameleon...


Oh burung punggok, di manakah di kau?


Nampak macam ranting kayu...


Leafy Sea Dragon.



Tasik Obor-Obor

Tasik Obor-obor merupakan destinasi pelancongan menarik terdapat di pulau Eil Malk yang terletak di kepulauan Pasifik Palau. Obor-obor di pulau ini tidak merbahaya kepada manusia di mana pelancong-pelancong boleh berenang dan menyelam bersama tanpa takut disengat. Maklumat lanjut berkenaan Tasik Obor-Obor boleh didapati di sini.














Makanan Dan Minuman Termahal

Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesies crocus dari famili Iridaceae yang berasal dari Asia Barat. Bunga saffron mempunyai 3 stigma. Untuk menghasilkan rempah saffron, stigma ini perlu dikeringkan. Lazimnya ia digunakan dalam masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron adalah rempah termahal di dunia. Untuk mendapatkan 0.45 kg saffron, 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan. Memandangkan penghasilannya memerlukan kuantiti bunga, tenaga dan kos yang banyak, tidak hairanlah harga rempah ini boleh mencecah RM 3,500 ke RM 35,000 sekilogram!


Macadamia sejenis kekacang termahal di dunia. Pokok macadamia hanya mengeluarkan hasil setelah berusia 7 ke 10 tahun. Untuk pertumbuhan sempurna, pokok ini memerlukan tanah subur serta hujan mencukupi. Bila cukup matang, ia akan menghasilkan buah yang mempunyai biji berlapisan keras di luar, manakala di dalamnya mengandungi isi kacang berwarna putih susu. Terdapat komposisi 80% minyak dan 4% gula dalam kacang macadamia. Dipasaran, harganya sekitar RM 100.00 sekilogram.


Caviar adalah telur ikan sturgeon yang disajikan mentah, menjadi makanan ekslusif golongan bangsawan dan hartawan. Kebiasaannya, caviar terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, kelabu dan keemasan. Almas Caviar, paling termahal berwarna amber didatangkan dari Lautan Caspian, Iran. 'Almas' dalam bahasa Parsi bermaksud berlian. Sesuai dengan namanya, almas caviar sangat berharga dan mahal kerana ia merupakan telur ikan beluga sturgeon yang sukar diperolehi. Hanya kira-kira 100 ekor ikan jenis ini dapat ditangkap dalam setahun. Ia ditinkan dalam bekas emas 14k dan dijual dengan harga RM 16,000 sekilogram.


Kulat termahal adalah dari jenis 'white truffle' yang didatangkan dari wilayah Piedmont, di bahagian utara negeri Itali. Ia adalah tumbuhan parasit dengan menumpang makanan pada pokok oak, hazel, poplar dan beech. Waktu menuai biasanya pada musim luruh antara bulan September ke Januari. Pada masa itu, peladang akan menggunakan bantuan anjing untuk mengesan white truffle yang tersembunyi di dalam tanah. Harga kulat ini di pasaran sekitar RM 8,000 - RM 16,000 sekilogram. Disebabkan terlalu mahal, chef-chef barat hanya menggunakan sedikit parutan mentah, sekadar sebagai penambah perisa dalam sesuatu masakan. 


Daging lembu paling mahal tentu sahaja dari lembu Kobe. Daging dari lembu ini mempunyai tekstur halus dan amat lembut. Ia dihasilkan dari lembu daging Jepun digelar Wagyu ('Wa' bermakna Jepun dan 'gyu' pula bermaksud lembu) yang diternak di bawah keadaan dimanjakan dengan makanan gred terbaik, urutan badan dan alunan muzik. Malaysia melalui Kementerian Pertanian telah cuba menternak lembu jenis ini secara halal iaitu mengantikan bir atau sake yang biasa diberi oleh penternak Jepun kepada bran gandum. Secara teknikal, daging lembu Kobe merujuk kepada daging daripada lembu Wagyu yang dibesar dan disembelih di daerah Kobe, Jepun berharga RM 1,800 sekilogram.


Bagi pengemar kopi tentu pernah dengar kopi Luwak dari Indonesia. Kopi ini sangat unik kerana proses pembuatannya dibantu oleh haiwan luwak, sejenis musang berwarna putih di bahagian badan, ekor hitam dan mucung lebih runcing dari musang lain. Luwak akan memakan buah-buah kopi yang cukup matang dan sempurna, lalu mencerna isi buah kopi dalam ususnya. Semasa melalui proses pencernaan, biji-biji kopi akan difermentasikan dan bercampur dengan sejumlah enzim musang tersebut. Setelah 12 jam, biji-biji kopi akan dikeluarkan sebagai najis luwak. Biji kopi tersebut diasing, dibersih dan digredkan oleh tenaga kerja yang mahir dalam pembuatan kopi ini. Pengeluaran kopi luwak sangat terbatas, di mana hanya sekitar 500 kg setahun  dihasilkan untuk pasaran antarabangsa. Kerana itulah, kopi ini bernilai tinggi sehingga berharga RM 300 - RM 1,000 sekilogram.


Teh Tie Guan Yin (TGY), sejenis oolong teh berasal dari wilayah Fujian, China. Teh oolong bermaksud teh tersebut dikategorikan di antara warna hijau dan hitam. Namun, secara tipikal teh TGY lebih kepada teh hijau dengan sedikit pengoksidaan. Tidak seperti teh hijau lain yang berbau 'grassiness', TGY mempunyai aroma bungaan lembut dan harum. Proses penyediaan teh ini sangat rumit dan memerlukan kepakaran maksimum. Setiap langkah pemerosesan untuk menghasilkan teh TGY bermutu tinggi menjadi rahsia turun  temurun pembuat teh. Kesukaran membuat dan memperoleh teh ini di pasaran menyebabkan harganya sangat mahal. Harga untuk sekilo teh ini adalah RM 9,500 manakala untuk secawan teh sahaja berharga RM 60!


Kona Nigari adalah nama air mineral termahal di dunia. Harganya, RM 1,800 seliter. Air mineral berkepekatan tinggi ini diambil 2,000 kaki di bawah paras laut kepulauan Hawaii. Ia mengandungi pelbagai khasiat seperti mengawal berat badan, mengurangkan stress, penjagaan kulit dan membantu penghadaman.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics