Resepi Spaghetti Simple - Kuah Pedas

resepi spaghetti
assalam. puasa dah tinggal beberapa hari lagi. uols berbuka dengan apa kalau time puasa ujung-ujung ni? kalau klana, time camni selalunya, untuk juadah berbuka, biasa buat lauk pakai tunjuk jer.. pling, pling dah siap atas meja ayam percik, nasik kerabu dengan kuih tepung talam ubi kayu, air tebu semua siap sekali..  komplit satu pakej hahaha.. magik ehh, macam mana tu klana.. cer citer, cer citer??  haaish, tak yah guna kayu magik macam hermione pakai tuh.. encek bazar bin ramadhan kan ader.. bawak duit gi tunjuk je nak yang tu, nak yang ni... senang kan... heheheh.

tapi, ari ni, tak semena-mena datang angin semangat berkobar-kobar nak turun dapur... yelah, asyik gi jumpa en bazar je, boring lah. lagi pun, semenjak 2 menjak 3 menjak ni, tekak meraung-raung, mengidam nak makan spaghetti lah pulak. tapi, mana nak cari spaghetti kat bazar, kan3.. so, nak tak nak kena lah jadi chef kejap. dah lama tak buat spaghetti ni. selalunya, cara simple kita pakai sos ready made yang dalam botol tuh.. alah, semua tau kan brand **tutttt** yang femes tu. masalah nya, dah jemu dah dengan rasa sos dia yang pure italian tu... masam dan tak pedas. oleh kerna itu, klana terpikir nak buat kuah spaghetti homemade yang simple dan pedas... resepi dia camni:

cara buat spaghetti
Bahan Dan Cara Memasak Kuah:

A. Bahan-bahan (anggaran untuk 5 - 6 orang makan)
1. 3 ulas bawang merah (tumbuk lumat).
2. 3 ulas bawang putih (tumbuk lumat).
3. 2 sudu cili kering (rendam dan kisar/blender halus).
4. 5 biji tomato segar yang ranum (kupas kulit, buang biji, blender isi hingga lumat).
5. 1/2 ulas bawang holland (potong dadu).
6. 250 g daging lembu segar (hiris kecil/nipis).
7. 4 biji cendawan butang segar (hiris nipis).
8. sedikit serbuk oregano.
9. sedikit garam.
10. 1/2 sudu besar gula.
11. satu sudu besar tepung jagung.

B. Cara-cara memasak
masukkan sikit minyak masak. jangan banyak, nanti kuah berminyak, tak sedap, nampak tak menarik! minyak dah pijar, masuk bawang merah dan bawang putih. dah naik bau, masuk cili kering. tumis lagi. sambil kacau, masuk garam. agak-agak nak garing cili, masuk daging. kacau lagi. biar daging agak setengah garing. kemudian, masuk pes tomato segar tadi. kacau sebati. kecilkan api. biar sampai campuran tomato tadi agak kering air dia. masukkan 2 gelas besar air. salah satu gelas tu dah dibancuh dengan tepung jagung. tujuan untuk bagi pekat kuah spaghetti. bila daging dah empuk, boleh lah masukkan bawang holland, cendawan dan last sekali tabur serbuk oregano dan gula. masak sampai kuah jadi pekat. masa nak berbuka nanti, boleh letak hirisan salad, lada benggala dan tabur parmesan cheese kat atas spaghetti.sedap!

Tempat Menarik Di Pahang - Tasik Chini (Pt 2)

sambungan dr Pt. 1...

1st impression bila tenung jauh tasik chini.. blh nampak byk pokok-pokok rimbun tumbuh atas permukaan air... seolah-olah macam jadi identiti bagi tasik chini, lihat dari jauh macam pokok apa ye.. nak tau apa pokoknya, kena tunggu bila bot sampai dekat dengan pokok tu..

tasik chini terpisah kepada beberapa kelompok oleh rimbunan pokok.. bila dah sampai dekat baru tau, yang pokok tu adalah pokok mengkuang... nama pokok ni klana dapat info dari pemandu bot sendiri. katanya lagi, orang-orang asli di situ guna daun mengkuang ni untuk buat macam-macam hasil anyaman kraftangan... untuk pergi dari satu tasik ke tasik lain kena lalu di celah-celah rimbunan pokok mengkuang tu...

lagi satu trademark tasik chini... pokok teratai. tapi ada orang panggil pokok ni pokok seroja.. ape2 je lah. sayang, time klana pergi bukan musim pokok ni berbunga, jadi dalam seluas-luas tasik chini, hanya satu bunga teratai jer yang dapat klana snap, tu pun nasib baik 'ternampak' oleh pemandu bot kami.. ikut kata pemandu bot lagi, kalo kena musim dia, akan penuh tasik chini dengan bunga-bunga teratai nih.. hoho, dapat bayangkan tak, musti cantek kan suasana pemandangan time tu.

lubang ular (snake hole).. ada kisah menarek tentang lubang ular nie.. nak tahu.. sila baca di bawah ni..

al kesah, menurut pemandu bot kami, abang rudi... mengikut kepercayaan kaum asli jakun yang tinggal sekian lama di sekitar tasik chini, menyakini bahawa bentuk alur dalam photo di atas merupakan peninggalan seekor ular besar. dalam kata lain, alur tu bekas tempat ular besar tu bertapa. panjang alur tu lebih kurang 200 meter, bermula dari tebing sungai, menganjur hingga ke kaki bukit berdekatan. ada pun, al kesahnya lagi oleh abang rudi, ketika bertapa, seluruh badan ular tersebut tertimbus oleh tanah, termasuklah kepalanya sekali. hanya nampak lubang hidungnya dipermukaan tanah.. ada pun lagi, ular besar itu makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan seperti kancil yang lalu berdekatan dengannya. bunyi dengusan hidung ular itu kadang-kala boleh didengari oleh penduduk setempat. bila dah cukup tempoh pertapaan, apabila tumbuh empat kakinya, ular tersebut bertukar menjadi naga.. lalu terhasil lah... ost magika naga tasik chini.. ohoho :P

destinasi akhir perjalanan kami, setelah 1/2 jam menyusur sungai chini yang bengkang bengok.... pintu empangan di pertemuan dengan sungai pahang...

lepas puas menjelajah sekitar empangan.. kami berpatah balik, dan singgah di kampung asal abang rudi, perkampungan orang jakun, kampung cendahan.. di kg ni, antara aktiviti menarik yang oleh kita lakukan ialah belajar selok belok menyumpit.. sangat menarek. jika singgah sini, jangan lupa cuba peluang yang jarang-jarang kita boleh jumpa di tempat lain.

abang rudi singgah sekejap ke rumah..

sampan kayu unik yang digunakan oleh orang jakun untuk menangkap ikan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics