Tamadun Manusia Musnah 2182?

tanda kiamat
LONDON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kebarangkalian asteroid atau planet kecil yang dinamakan 1999 RQ36 itu menghentam bumi pada tahun berkenaan adalah satu nisbah 500 yang dianggap mungkin boleh berlaku.

Asteroid berdiameter kira-kira 548.6 meter itu yang pertama kali ditemui pada tahun 1999 merupakan sebahagian kumpulan Asteroid Berpotensi Merbahaya (PHA).

Menurut beberapa saintis, sebarang usaha termasuk letupan nuklear, untuk mengubah haluan asteroid itu perlu dilakukan 100 tahun lebih awal dari tarikh pelanggarannya sekiranya bumi ingin diselamatkan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my


Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia

air terjun niagara
Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

keindahan alam angel
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

air terjun iguazu
Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

air terjun victoria
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik  di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

gambar air terjun gullfoss
 Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

keajaiban alam upsidedown
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.

keindahan alam nachi
Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

gambar air terjun giessbach
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.

air terjun lowerfalls
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

air terjun aspat
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.


sumber:  Top10List.org


Award Dari Ain Dan FBI.

Entry kali ni, walau nampak santai tapi cukup bermakna buat KF. Nak tau kenape? Tak nak tahu?..ehhh, mana boley tak nak. Macamana pun kena cakap nak jugak..hehe.

Sebenarnya nak bagitau lama dah, dari minggu lepas lagi. Tapi, ape kan daya kan..agak bzi siket semenjak 3 menjak ni..jadi masa tak cukup time. Baru sekarang ada kelapangan.

Rasa terharu sangat-sangat, kerana walaupun baru sebulan jagung dalam dunia blog ni, ada  teman blogger yang sudi menganugerahkan AWARD kepada KF.

1st award dapat dari Ain Budak Baik. Terimakasih Ain coz bagi 'Interesting Blog Award' kat KF. Blog KF ni biase-biase aje, banyak kelemahan yang perlu dibaiki lagi. Award yang Ain bagi ni akan membakar semangat KF untuk berusaha lebih gigih lagi di masa hadapan (part ni ayat kena skema). Bawah ni award yang Ain bagi tu:



2nd award ni pula  akuorangkacak aka FBI yang bagi. Pun sama, KF terharu dan ucapkan terimakasih kepada FBI:



Dan tak lupa juga buat teman-teman blogger lain yang sudi berkunjung ke blog pemerhati alam semesta ni. Tanpa kalian, siapalah Kelana Fana...terimakasih buat semua.


Air Terjun Api

Menakjubkan. Hanya itu kata-kata yang dapat diucapkan bila melihat gambar air terjun di bawah ini. Perubahan musim pada bulan Februari menjadikan lokasi air terjun tersebut sibuk dengan kunjungan pelancong-pelancong. Masing-masing akan menghalakan lensa kamera untuk merakamkan pemadangan Air Terjun Ekor Kuda (Horsetail Falls) di Taman Negara Yosemite, California, US. Apabila musim sejuk berakhir, salji akan cair dan mengalir turun sebagai air terjun. Simbahan cahaya matahari di waktu petang menjadikan air yang mengalir deras kelihatan seperti nyalaan api yang berkilauan.

keajaiban alam air terjun api
air terjun api


Saksikan juga video air terjun Horsetail Falls di bawah ini:




Tentang Keunikan Manusia.

tahukah anda
Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.


tahukah anda
Untuk setiap 1 langkah, kita menggunakan 200 pergerakan otot.


tahukah anda
Asid dalam perut cukup kuat untuk menghancurkan sebilah pisau cukur.


tahukah anda
Badan kita menghasilkan haba yang boleh memanaskan  segelen air dalam jangkamasa 30 minit.


tahukah anda
Terdapat 1 trillion bakteria melekat di kaki kita.


tahukah anda
Anak mata anda akan membesar bila melihat seseorang yang anda cintai. Begitu juga halnya bila melihat seseorang yang anda benci.


tahukah anda
Otak manusia boleh menyimpan 5 kali ganda maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia Britannica.


tahukah anda
Ibu jari tangan kita sama panjang dengan hidung kita. Tak pecaya, cuba check tengok..



Pantai Yang Sesak

Photo atas menunjukkan suasana pantai berpasir terbesar Asia di Teluk Huiquan, wilayah Shandong, China. Pepatah omputeh menyebut  'a picture is worth a thousand words'. Lihat pada kesesakan dari sekeping gambar kat atas tu, macam-macam perkara boleh terlintas dalam fikiran:
  • Kalau kat pantai PD penuh sesak camni, konpom tempat parking full house. Yang datang lambat alamat parking keter sebatu dari pantai. Tapi, kat China ok lah. Diorang suka naik public transport. Tu, kan boleh nampak berderet bas berbaris kat sudut atas gambar tu. Paling koman pun,  yang tinggal berdekatan boleh kayuh basikal reramai ke pantai. 
  • Selalunya bila tiba di pantai, paling teruja nak tengok pasir memutih, ombak menderu menghempas pantai dan angin laut yang menghembus segar. Kat pantai Huiquan ni, nak tengok ape nya bila dah penuh sesak dengan manusia macam tu. Datang pantai tengok orang aje lahh...
  • Family yang bawak anak kecik kena hati-hati, kalau hilang kat shopping kompleks boleh minta cik adik di kaunter pertanyaan buat announcement. Kat pantai ni, tegang urat leher terjerit-jerit panggil nama anak..Ah Mei..Ah Mei aaa.
  • Berkelah di pantai yang lengang boleh hampar tikar luas-luas, duduk bersila sembang-sembang sambil makan minum. Kat pantai Huiquan jangan buat hal, space sangat terhad. Jangan kata nak bentang tikar, nak bongkok badan pun dah tersangkut dengan orang lain. Nak duduk baring hanya untuk orang tua aje..orang muda kena berdiri. Datang ke pantai pun semata-mata untuk mandi, tak boleh stay lelama kat situ. Lepas mandi terus blah, bagi peluang orang lain pulak. Ramai dok Q tunggu turn memasing..hehe.
  • Paling untung mokcik pokcik yang jual tauhu bakar, keledek bakar, air soya dan air cincau kat pantai tu. Bayangkan, kalau ada sejuta orang kat situ (tak kan sampai sejuta kut, tipu ekk!) Boleh jadik jutawan oo hanya dengan jual keledek bakar ajer..
  • Tu je lah 5 point yang aku dapat merapu..hehehe...dah takde idea dah.....

Pantai Yang Sunyi

Pling, pling...macam magic pulak. Wah, tiba-tiba dah berada di pantai yang indah, lengang  sunyi sepi tak ramai orang dengan pasir memutih bersih, air jernih bak kristal ditambah bayu segar bertiup lembut dan bunyi deruan ombak mengasyikkan sekali. 


Dikatakan antara yang terindah, pantai bernama Navagio Beach di atas terletak di pulau Zakynthos, Greece. Suasananya sangat privacy kerana hanya boleh dikunjungi dengan bot atau yacth. Kedudukannya juga terpencil dan dikelilingi oleh tebing yang tinggi. Ada gua bekas tempat persembunyian lanun dan penyeludup di tebingnya. So, sambil bercanda di pasiran pantai, boleh jelajah gua. Mana tau kut boleh jumpa harta karun...

Tapi nak ke Greece, alahai bukannya dekat. Dapat melancong di negara sendiri pun dah best dah. Banyak pulau dan pantai yang tidak kurang menariknya di tanahair ku tercinta ini. So, di hujung minggu ni, apa kata kita cuti-cuti Malaysia, rehatkan minda....


Rahsia Paul Terbongkar

Piala Dunia 2010 dah selesai. Banyak kejutan berlaku. Spain buat pertama kali merasa julang piala emas 18k yang jadi rebutan kuasa bolasepak dunia. Paling tak sangka pasukan pilihan macam Italy, France dan England boleh tersingkir awal. Itu kat padang bola, kejutan dalam akuarium lain pulak ceritanya. Siapa lagi kalau bukan penangan si sotong kurita yang kononnya ada kuasa psikik tu. Mesti lah orang terkejut sebab semua yang dia teka tepat sekali. Tapi, sekarang rahsia dah terbongkar. Rupa-rupanya spesies sutun nih memang suka bangat dengan warna kuning (sebab tu agaknya nelayan kalau nak candat sotong guna kain kuning). So, time dia buat 'pilihan' tu, tentulah si Paul ni akan pergi ke kotak makanan yang ada bendera banyak kaler kuning. Nak jadi jalan citer best lagi, kebetulan pulak pilihannya tu menang dalam perlawanan. Yup, hanya satu kebetulan sahaja, tidak lebih dari itu. Klik gambar di bawah untuk penjelasan yang lebih detail lagi.






Fakta Tentang Sotong Kurita.

  • Sotong kurita mempunyai lapan sesungut, dengan kepala dan mata yang besar. Dalam bahasa Greek, 'octopus'  bermaksud berkaki lapan.
  • Darahnya berwarna biru dan mempunyai tiga jantung. Dua jantung untuk mengepam darah dari insang dan satu lagi mengepam darah ke semua anggota badannya.
  • Ada lebih 100 spesies sotong kurita di seluruh dunia. Spesies bersaiz kecil tinggal di perairan torpika sementara  saiz besar ditemui di lautan dalam yang sejuk. Kurita raksasa Pasifik boleh membesar sehingga 23 kaki panjang.
Pacific Giant Octopus
  • Sotong kurita dalam kumpulan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata). Oleh itu, walaupun sudah dewasa mampu mengecilkan tubuhnya dan memasuki lubang sebesar wang syiling.
  • Jika berada di dalam bahaya sotong kurita akan menyemburkan ‘cecair’ berwarna hitam kepada pemangsanya bagi mengaburi pandangan. Cecair itu juga mengandungi sejenis bahan kimia yang melemahkan deria bau pemangsa.
  • Sotong kurita adalah pakar samaran (camouflage). Ia boleh menukar warna tubuhnya untuk disesuaikan dengan keadaan persekitaran. Lapan sesunggut akan dibiar terbuai-buai seolah-olah seperti rumpai laut bagi mengelirukan musuh.
Lagak seperti seekor monster laut, sotong kurita jenis octopus aculeatus berdiam diri di dasar  menyamar menyerupai rumpai laut. Ditemui di Terumbu Karang Besar, Australia.



Penyamar Terbaik.

Selain sotong kurita, banyak lagi haiwan lain diciptakan ALLAH mempunyai kebolehan menyamar. Haiwan seperti sesumpah boleh menukar warna kulit mengikut keadaan sekeliling. Ada sesetengah haiwan lagi memang diciptakan berbentuk daun hijau, corak badan seperti bunga dan sebagainya.

Ikan lepu batu karang, sangat berbisa.


Serangga berbentuk daun.


Nampak seperti longgokan daun. Sebenarnya seekor ular Gaboon Viper.


  Mentadak Malaysian Orchid Mantis. Malaysia Boleh!


 C for chameleon...


Oh burung punggok, di manakah di kau?


Nampak macam ranting kayu...


Leafy Sea Dragon.



Mengejutkan - Siput Separuh Haiwan Separuh Tumbuhan.


Para saintis telah menemui siput laut Elysia chlorotica yang dapat mensintesis klorofil seperti tanaman sebagai haiwan pertama dengan karakteristik herba. Ianya adalah makhluk pertama yang ditemui dapat menghasilkan pigmen klorofil tumbuhan.

Haiwan ini mempunyai gen-gen yang memungkinkan untuk menjadi haiwan pertama dikenalpasti menunjukkan ciri-ciri tumbuhan. Gen-gen tersebut membantu siput laut ini membuat klorofil, berbanding dengan kemampuan seperti itu, warnanya yang hijau tidak lagi dilihat sebagai aneh.

Para saintis dari University of South Florida telah mengenalpasti siput laut hijau ini sebagai haiwan pertama yang diketahui mampu melakukan ciri-ciri itu.

"Ianya mungkin gabungan dari tumbuhan dan binatang - ianya sangat menarik," kata John Sardis zoologi invertebrata dari Citadel di Charleston.

Siput laut Elysia chlorotica menyimpan kloroplas dari mangsa alganya dan akan dilihat sama seperti daun hijau gelap. Mangsa kepada siput laut itu, Vaucheria litorea, memerangkap kloroplas dalam sel-sel lapisan dalam saluran pencernaan.

Siput-siput laut ini hidup di paya-paya garam di New England dan Kanada. Sebagai tambahan setelah mencuri gen yang diperlukan untuk membuat klorofil pigmen hijau, siput-siput ini juga mencuri bahagian sel kecil yang disebut kloroplas, yang mereka gunakan untuk melakukan fotosintesis.

Kloroplas menggunakan klorofil untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga, sama seperti yang dilakukan oleh tumbuhan, menghilangkan keperluan untuk makan makanan untuk mendapatkan tenaga.

"Mereka boleh membuat molekul yang mengandungi tenaga tanpa harus makan apa-apa," kata Sidney Pierce, ahli biologi di University of South Florida di Tampa.

sumber:  livescience.com



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics