Teka Teki - Gambar Apakah Itu?

assalam. hye uols. masa balik kg hari raya lepas, family klana pegi ziarah rumah makcik (sedara belah arwah abah). nak jadi citer, sambil-sambil borak plus makan ketupat cicah rendang kerang (redang makcik klana ni antara yg tersedap dlm kg, first reason singgah beraya rumah dia sebab ketagih redang kerang ni lah..hehe), spontaneous makcik tanya, "hei saudara-saudari cikebum-cikebum, uols nak **tuttt** tak? kalau nak, makcik nak bagi kat korang". Mak klana cakap "hai, mesti lah nak, orang dah nak kasi kan. mana bende tu, cer tunjuk, cer tunjuk, kami tak pernah tengok pun sebelum nie?" Makcik klana berkata lagi (wohoo, ayat bahasa baku xboleh blah kan... heheho) "gi tengok kat belakang dapur tu"

kami pun pakat serbu belakang dapur. semua excited nak tengok bende **tuttt** tu. al-maklum kan, seumur hidup xpernah tengok secara live dan xtau pun kat kampung klana ada mende nie. bila saja klana belek bende alah ni, klana rasa macam tak percaya yang ianya **tuttt**. kalau xpercaya (sila lah percaya...hahaha), cer tengok gambar kat bawah nie:

teka-teki
nak tau nama benda ni? tapi, kalau klana bagi jawapan, tentu siang-siang lagi klana dah mention nama nya kan. memandangkan klana asyik censored  nama **tuttt** dari awal lagi, tujuan nya ialah nak mintak uols teka apakah nama dalam gambar di atas tadi. yesss, kita main teka-teki.... nak3. jadi, apakah benda dalam gambar di atas wahai cikebum-cikebum sekelian. adakah dia...

a. sejenis batu?
b. sejenis haiwan??
c. lain-lain di atas...

masih lagi belum dapat teka apakah itu? ohyeaah.. mungkin pic yang di bawah nie akan menghilangkan segala yang blur2 itu... \(^o^)/

teka-teki bergambar
yeaaayy... siapa yang jawab tiram tadi? sila angkat kening... yaii.. tekaan anda betul... tepuk3. xsalah lagi, gambar atas ni  tiram...ia bukan sejenis kuih atau sos perencah masakan, tapi siput yang tinggal di muara sg. hidup dia dengan cara melekat kat tunggul-tunggul kayu atau ketul batu dalam air. mengikut kata pakcik klana yang mencari tiram nie, susah nak dapat tau kat mana ada tiram. hanya pengalaman membantu jejak lokasi dia. means, beruntung siapa yg dapat menangkap tiram. lagi lah untung jika kopek lalu jumpa mutiara dalam tiram tu...

kami kopek kulit untuk lihat kalau ada mutiara kat dalam.. tapi, kami keciwa.. hukhukk.. lagi satu, perasan tak warna dgn bentuk isi tiram yg kami kopek tu dengan tiram yg di bawah ni:


sebelum bagi tiram ni, pakcik klana mention yang boleh makan mentah-mentah. kami dok imagine kan isi tiram tu sebijik macam tiram kat obersea, putih dan nampak ada semangat sikit nak makan, rupanya tiram lokal ni lain macam bentuk isi dia.. lalu berlaku lah sesi tolak-menolak, sebelum ni semua excited nak makan tiram mentah, sekarang masing-masing buat memek muka, berkerut geleng-geleng macam budak kecik pipi gemboi xnak makan ubat... last-last, mak klana suruh kami bagi kat bang ngah makan, sebab sebelum ni dia yg beria-ia nak... ngah, baik ko telan cepat...gluppp!

Resepi Mee Rebus - Sambal Udang


assalam. hye uols! semalam klana buat open house. hanya panggil saudara dan kawan rapat, adalah dalam 15 ke 20 orang yang datang. open house sudah-sudah klana buat simple-mimple, goreng macaroni saja..hehe. kali ni, cuba buat kelainan siket. puding truffle dengan mee rebus. mee rebus johor yang awesome tuh tak pandai nak masak. jadi klana buat stail utara, yang dah diubahsuai... letak sambal udang masak kicap utk extra condiments. yeps, memang tak pernah dibuat orang. tapi respon dari yang makan, ramai cakap...urmmpp,  okey.. not bad lorr (klana tau, dorang juz nk ambik hati tu.. hukhuk). btw, resipi nya:

Bahan-bahan Hiasan
1. taugeh (celur)
2. bawang goreng
3. cili hijau (mayang nipis)
4. cucur udang (hiris dadu)
5. telur rebus (belah empat)
6. limau kasturi (belah dua)
7. sambal udang msk kicap.
8. tauhu goreng (potong dadu)
9. daun bawang dan daun sup (mayang halus)

Bahan-bahan Kuah (utk 15 - 20 org)
10. 4 sudu sup campbell (perisa ayam cendawan)
11. 3/4 kg keledek (isi warna oren)
12. 4 sudu besar kacang tanah
13. 4 sudu cili kering kisar
14. 3 sudu tepung jagung
15. 2 sudu rempah daging
16. 10 ekor udang hidup
17. 7 ulas bawang merah
18. 4 ulas bawang putih
19. 400 g daging 
20. gula melaka
21. gula pasir
22. garam

Cara Masak Kuah
bawang merah dan bawang putih dikisar. kemudian tumis sampai garing. masuk cili kering dengan rempah daging. tumis sampai naik bau. masuk daging yang dah dipotong dadu. gaul bagi sebati. biar lama sikit. kemudian masuk 4 liter air. rebus sampai daging empuk. lepas tu masuk keledek rebus yang dah diblender lumat. blender udang hidup (buang semua kulit) dengan kacang tanah goreng. dah lumat, masuk dalam kuah tadi. kacau sebati. last sekali, masuk sup campbell, tepung jagung, gula melaka, gula pasir. masuk garam secukup rasa. dah siap, boleh dihidangkan dengan bahan-bahan hiasan tadi. bon appetit!


Tempat Makan Best - Kuala Gula Perak

assalam. hye uols, tentu masih sibuk beraya sakan kan (eh, sounds weird plk bila berulang sebut perkataan 'kan' ni kan.. opppss, kan lagik..hehe.. lepas nie lagi berderet-deret words 'kan' akan muncul, hambik ko klana.. huahua..). klana pun sama.. banyak open house nak pegi, biasa lah kan, lepas puasa ni, acara makan, makan dan makan di sana di sini di situ. oh, bila sebut tentang makan ni, baru klana teringat (ayat ni ayat basi dah kan.. bila sebut makan, konon-konon automatik teringat something berkaitan makan..hoho :p). sebenarnya, ada satu tempat makan best yang iols nak introduce kat uols..

kalo klana balik kg, selalu nya weols sefamily suka lepaks dan makans kat sini. namanya restoran terapung js muara, terletak di kuala gula, perak darul ridzuan. so, uols nak taw apa makanan yang special kat sini? memandangkan restoran ni terletak berdekatan dengan laut, maka tentulah hidangan berkaitan dengan seafood lah paling fofular. dan yang top-meletop kat sini ialah kari sembilang dan yang paling tempting sekali... one of my feveret dishes on the planet... ketam lembut tiga rasa... nyum1000x

tempat ni kira ramai pengunjung. biasanya datang dalam group atau family.. jadi dapat bayangkan berapa lama masa kena tunggu order kita siap. nasib baik restoran ni punya view yang cantek mengadap laut. jadi sementara makanan sampai, layan jer lah pemandangan kuala sungai. di tambah angin sepoi-sepoi bertiup, boleh jadi sejuk hati yang berasap menunggu nie.. it's okey, take ur time chef... hikhik..

bagi yang datang jauh.. dari kl ke, singapore atau benua amerika, boleh sewa chalet kat resort berdekatan.. comel design chalet tu, terletak di atas air lagi... bestnya kalau dapat bermalam kat sini..

taraa.. yang kami order dah pun sampai.... 1st, ikan kerapu bakar... tak silap klana, semua ikan-ikan yang di masak kat restoran ni di ambil hidup-hidup dari dalam sangkar. jadi, bayang kan lah saudara-saudari sekelian betapa freshnya isi ikan bakar nie...

kari ikan sembilang, masakan yang jadi identiti restoran dan juga kuala gula. pernah masuk dalam majalah 3 tentang keenakan kari sembilang di sini. hanya kari kosong je, tak ader bendi, tomato, etc... tapi still.. SEDAPPP!

yeaaay.. yang klana order dah sampai. ketam lembut..aww. dah nama pun lembut, boleh makan dengan kulit-kulit sekali. xperlu susah-payah kopek, hanya nganga mulut luas-luas.. terus ngap3. akibat terlampau rakus meratah (tapi tak lah sampai tahap gelojoh, masih lagi terkawal dalam etika gadis ayu bersopan-santun gitu.. ngeh3), hingga terlupa nak snap photo ketam 3 rasa yang kami order (sebenarnya juz nak abag, gambar atas tu adalah ehsan dari pakcik google, tq).

bagi sesiapa yang berminat nak berkunjung ke sini, elok lah buat tempahan awal. jadi, tak lah nanti tertunggu-tunggu order berjam-jam, terutamanya di hari minggu dan cuti umum. kbye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics