Tempat Menarik Di Langkawi - 2 Hari Pusing Pulau (Pt 2)

wake up early in da morning dengan sarapan yang awesome kat poolside lobby terrace restaurant (klana paling suka baked potato casserole with sausage + special hotel helang-made sause... tersangatlahh yummyyy, sampai tergerak hati macam nak mintak resepi kat abang chef hotel tue... ngeh3x), semua dah semangat tip-top nak jelajah pulau lagenda pada hari pertama nie. Dalam antara kami nih, ada la sorang tu dilantik secara tak rasmi sebagai ketua xpdc... so, ikut planning chef de mission kami, 1st yang patut kami terjah ialah... ofcoz lah location paling terdekat dengan hotel, iaitu... Underwater World Langkawi.

1. Underwater World Langkawi
as mentioned early tadi kan, location Underwater World nie dekat, so.. jarak perjalanan dari hotel hanya memakan masa lebih kurang 20 minit. Patutnya boleh sampai lebih awal lagi, tapi memandangkan on the way kami lalu tepi pantai yang cantek mengoda... sempat lagi kami berenti n snap photo di beberapa tempat. Dekat2 nak sampai.. kiri kanan jalan klana lihat banyak chalet n rumah tumpangan jenis homestay style. Iklan2 tradisional massage jugak terpampang merata-rata... hurmmm.. klana dapat bayangkan penduduk langkawi nie business minded betul n xlepaskan peluang untuk memajukan ekonomi diorang dalam industri pelancongan. mat n minah saleh banyak kat cnie. xbestnya... ada satu kapel omputeh tu selamber bardak je naik skuter lalu depan van kami, dengan hanya pakai fabret beach clothes diorang... haishh.. rimas n mencocok2 mata betul lah...

langkawi
Underwater nie, bangunan dia duduk berjiran sebelah-menyebelah dengan shopping complex. Memandangkan kami sampai agak awal n kaunter tiket belum bukak, semua pakat ronda2 kejap kat dalam shopping complex tu (ekceli dalam complex tu pun xader apa sangat, masih pagi, banyak belum menjalankan biznes lagi). Dalam pukul 9.30 am, bila kaunter tiket start beroperasi, ramai mula beratur untuk beli tiket masuk. Untuk harga tiket, dewasa kena RM 28, kanak2 RM 18. Fees dia agak mahal compare dengan penang aquarium.. huhuhu. tapiii... yeps, ada tapi nya. well, nak taw jawapan kepada tapi nya tu... jom la kita masuk dalam ruang bangunan underwater nie dulu <--- juz to bagi suspen sikit... hikhik .. (^o~)v

macam aquaria kat klcc, kat cnie pown ada terowong glass, agak huge jugak. so, boleh jeling2 main mata dengan hidupan marine seperti ikan pari besar, kerapu, shark n bla3x.. ada juga section untuk ikan air tawar, 3d theatre show... tapiii..yang paling3x tak bleh blah dengan underwater langkawi nie ialah dia ada satu ruang khas yang dinamakan penguins section. bahagian ni klana paling lama sekali dok melekat, hingga terpisah dari group member lain. klana penah jumpa pingu2 cute nie kat zoo negara, tapi kat sini lagi banyak giler bilang n spesis. ada dari african dan yang paling2 special, ada rockhopper penguins kat sini. so fun n cute sangat tengok diorang jalan terkedek-kedek dengan jambul kuning bergoyang2 kat atas kepala. klana ada amik bedio pingu spesis rockhopper nie... siap edit dengan lagu sekali yaww, so.. tengok lah video kat atas tu... plzzz... haha!

2. Makam Mahsuri
agak2 dekat 2 jam jugak kami dok lepak kat underwater world. kemudian, chef de mission bagi arahan pada ahli rombongan berkumpul.. then start kira... satu, dua, tiga, lekuk, bla3x.. okeh, semua cukup, takde tercicir. kami mula meninggalkan pantai cenang (bye2 my cute pingu's..huk2). target seterusnya.. makam mahsuri...Jalan ke makam mahsuri bengkang-bengkok, di sepanjang tepi pantai yang bertebing curam. Jalanraya di atas tebing dengan laut nampak jauh di bawah. pokok2 hijau seperti pemandangan hutan kiri kanan jalan menjadikan panoramanya sangat indah. last sekali, dekat2 nak sampai, kami masuk area kampung yang di kelilingi dusun buah2an n sawah padi... dann ... trenggg.. dah pun sampai kat kompleks makam mahsuri..

tempat menarik di langkawi
makam mahsuri duduk dalam area bergelar kompleks... weihh.. biar betik??? mula klana pun terkezut babun jugak, ingatkan makam mahsuri nie juz macam makam hang tuah kat melaka tu.. tapi ia sebenarnya berada dalam satu kawasan terancang n dihias cantik... macam2 ada kat dalam nie. ada muzium, restaurant, pusat kraf, pameran geologi, burung n demonstrasi produk2 langkawi. dari pintu masuk utama, nun jauh di tengah2 komplek nie, nampak jelas binaan makam... tempat bersemadinya puteri lagenda berdarah putih.. menandakan kesucian diri ketika mati difitnah.. begitu lah sadisss sekali kesahnya (T_T). klana tengok sekitar makam banyak tandan2 pisang, macam ada orang buat upacara bayar nazar di makam nie... omg.

makam mahsuri replika
psstt.. the secret revealed!! selama nie klana mati-mati ingat pic kat atas nie betol-betol makam mahsuri.. rupe nya tipah tertipu!! yg atas tu hanya replika makam... yeps, tu lah yg diberitahu pd kami oleh salah seorang pekerja di makam mahsuri nie..

makam mahsuri sebenar
ni makam mahsuri sebenar, yg benar lagi sebenar-benarnya... hanya ditanda oleh dua batu sungai.. terletak tak jauh di sebelah makam yg dikata replika tadi.. staf kat situ cakap, tujuan dibuat macam nie bagi menjaga kesucian makam mahsuri sebenar.. huhu

~bersambung di Pt 3~

Tempat Menarik Di Langkawi - 2 Hari Pusing Pulau (Pt 1)

"assalamualaikum n salam sejahtera.. tuan2 n puan2, kejap lagi kita akan mendarat di langkawi airport, sila pastikan semua pakai bla3x..  sila off kan device, henpon, bla3x..." gitu lah ayat klise  tanda sat lagi dah nak landing... whuaha.. teruja nya, impian klana untuk cuti-cuti malaysia ke langkawi akhirnya akan jadi realiti.. welcome to da island of lagends...

tempat menarik di langkawi
sebaik pintu pesawat bukak, kami berbaris turun. then, rilek kejap kat dalam terminal. wpon lapangan terbang langkawi kat padang mat sirat nie bertaraf antarabangsa, tapi tak la besar n sibuk sangat.  sambil jalan cari pintu exit, sempat jugak jeling2 kedai yang ada kat situ. klana singgah kedai kamera. niat hati nak usha memory card. rega dia agak murah siket compare ngan kat mainland.. owh, baru klana prasan, langkawi kan bebas cukai.. eee.. camana aku bleh lupe... aku lupe, aku lupe (ikut stail nazmi RL5.. ngee). no wonderpets la murah. so, dalam minda nie da set awal2, esok2 nak shopping sakan. yang pasti nak sambar abis-abisan satu benda nie.... cokelat!! yeapps... dengar citer cokelat kat langkawi nie murah.. siap la ko wahai poket, akan rabak haku kerjakan... hahaha (cam la banyak duit sangat.. wekk!!).

dah jumpa pintu exit n tiba kat luar main entrance, kami pun decide nak jalan kaki or amik cab. majoriti nak jalan jep, coz hotel helang tak lah jauh sangat. ader lah lebih kurang 200m kut dari airport. leh save budget pun. maka, berlenggang kangkong lah reramai , sambil2 borak n bakar lemak, sedar2 dah sampai kat lobby hotel... wheww, legaa..

tempat menarik di langkawi
hurmm.. nama hotel ni sangat unik... maybe nak relate ngan icon langkawi, tu sebab dinamakan hotel helang kot. cheq tak kisah aper pon, janji selesa n selamat. nampak pada design depan corridor n lobby agak grand jugak... ader gabungan konsep klasik n modern. lepas check in, trus ke tingkat tiga, carik bilik. da masuk bilik... jeng2.. wee.. memang kami puas ati lahhh.. terutama dengan view tingkap bilik kami..

tempat menarik di langkawi
taraa.. pic kat atas tu view out bilik kami. cantek kan. so selain acara baring2,  gosip2.. makan plus tidog.. kami akan dok berteleku reramai kat tepi tingkap..  layan panorama waktu petang.. indahnya. daun kelapa berbuai ditiup angin dengan kehijauan sawah (errk.. nampak macam dah abandoned).. waa.. romantis n jiwang sekali.. hihi. dari kejauhan boleh nampak sayup puncak gunung mat chincang n stesyen cable car. esok kami akan ke puncak gunung tu.. jadi, sebelah malam  semua beradu awal.. rest secukupnya n kumpul tenaga.. banyak tempat menarik yang nak dilawati nanti.

peta langkawi
Tempat lawatan hari pertama 1) Langkawi Underwater World, Chenang 2) Makam Mahsuri, Kg Mawat 3) Beras Terbakar, Kg Raja 4) Cable Car, Gunung Mat Chincang 5) Telaga Tujuh, Mat Chincang Nature Park.

peta tempat menarik langkawi
Lawatan hari kedua 6) Taman Buaya, Kg Kubang Badak 7) Pantai Pasir Hitam, Mukim Air Hangat 8) KILIM Geoforest Park 9) Shopping Coklat Murah, Pekan Kuah 10) Dataran Lang, Jeti Kuah 11) Shopping Barang Kulit Murah, Langkawi Parade 12) Mee Rebus Sedap, Pasar Malam Jln Bohor Tempoyak.

~bersambung di Pt 2~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics