Resepi Rendang Daging

rendang pedas daging

Bahan-bahan:
1. 1/4 kg daging
2. 1 biji kelapa parut
3. 2 sudu kerisik
4. 6 ulas bawang merah
5. 1/2 inci lengkuas
6. 1/4 inci halia
7. 2 batang serai
8. 1/4 inci kunyit hidup
9.  3 sudu cili kering kisar
10. sehelai daun kunyit
11. garam
12. gula
13. 1 keping asam keping

Cara Memasak:
daging potong dadu dan nipis. perah kelapa parut dengan sedikit air untuk ambil santan. hiris bawang merah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup. blender sampai dekat2 nak lumat dengan sedikit air. (nota - jangan lumat sangat, nanti makan tak rasa bahan2 ni). panaskan kuali. masukkan bahan yang dah diblender tadi. bila dah mendidih, masukkan daging. kacau. lepas tu masukkan cili kering yang dah diblender (nota - nak pedas lagi boleh extrakan cili). kacau lagi. dah agak2 sebati bahan dengan daging, masukkan santan. kacau selalu supaya santan tak berketul. last sekali masukkan kerisik dan daun kunyit yang dah dihiris kecil2. jangan lupa masukkan sama garam, gula secukup rasa. asam keping pun jangan dilupakan..hehe. masak sampai agak kuah agak kering dan pecah minyak. dah siap. senang dan simple jer buat rendang ni. boleh lah dimakan sama nasi atau ketupat..hehe

10 Pulau Tercantik Di Malaysia

1. Pulau Perhentian

perhentian island
Walaupun agak sukar untuk sampai ke sini, Perhentian merupakan antara pulau-pulau di pantai timur semenanjung Malaysia yang menjadi ikonik kepada para pengembara. Sebabnya kerana air di pulau ini begitu bersih hinggakan anda boleh bersnokel sekadar di tepi pantai bagi melihat pelbagai hidupan akuatik. Nelayan selaku pemandu pelancong boleh membawa anda dalam bot-bot kecil mereka untuk bersiar-siar sambil berenang dengan jerung atau penyu-penyu yang terdapat di sini.

2. Pulau Tioman 

tioman island
Meskipun Tioman terletak di negeri Pahang, ia dihubungkan dari bandar Mersing, Johor. Terdapat juga perkhidmatan feri terus dari Singapura. Pulau ini mempunyai dua aset tarikan kepada media dan pemasar pelancongan. Pertama, topografi dramatik pulau ini berbentuk titisan air mata di Laut China Selatan dan digunakan sebagai latarbelakang filem 'Pasifik Selatan' pada tahun 1958. Manakala majalah TIME menamakan ia salah-satu daripada pulau-pulau yang paling cantik di dunia pada tahun 1970an.

3. Pulau Langkawi

langkawi
Terletak bersempadan dengan negara Thailand, biarpun kedudukannya paling hampir dengan Perlis, Langkawi sebenarnya adalah sebahagian dari negeri Kedah. Pulau ini sangat masyhur bila dikaitkan dengan nama Mahsuri, seorang wanita yang dibunuh atas tuduhan berzina pada tahun 1819. Sebelum beliau meninggal, beliau telah mengucapkan sumpah "Tidak akan ada keamanan dan kemakmuran di atas pulau ini selama tujuh keturunan".

Dua tahun kemudian, Langkawi telah berjaya ditakluk dalam serangan oleh orang Thai, dengan kebanyakkan penduduknya mati disebabkan oleh kebuluran. Pulau ini juga telah mengalami kemunduran dalam jangkamasa panjang, hinggalah ia dimajukan sebagai pulau peranginan bebas cukai pada tahun 1986. Semenjak dari itu, Langkawi terus mengalami pertumbuhan menakjubkan dengan pertambahan resort-resort berprofil tinggi sepanjang sisir pantainya. Cara terbaik untuk melihat keindahan pulau ini ialah dengan menaiki kereta kabel hingga ke kemuncak gunung Mat Chincang setinggi 710 meter dari aras laut.

4. Pulau Pinang

penang
Digelar Pulau Mutiara, Pulau Pinang (Penang) mempunyai sejarah panjang dan gemilang. 'Ditemui' oleh Kapten Francis Light pada tahun 1786 dan termasuk dalam negeri-negeri selat selepas Melaka dan Singapura. Ibu negerinya, Georgetown telah diberi status bandar sejarah oleh UNESCO pada tahun 2008. Antara tempat melawat menarik di sini ialah Bukit Bendera, Padang Kota, pantai Batu Feringgi dan Botanical Garden. Sementara makanan yang popular pula adalah laksa di Jalan Macalister, makan atas daun pisang di Little India dan seafood di Gurney Drive.

5. Pulau Labuan

labuan
Terletak di pantai Malaysia Timur, kedudukannya di tengah-tengah antara Sabah dan Sarawak, Labuan merupakan salah-satu daripada tiga Wilayah Persekutuan selepas Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pemberian status istimewa sebagai pusat luar pesisir kewangan antarabangsa dan zon perdagangan bebas telah berjaya menarik pelabur asing dalam sektor ekonomi (kira-kira 6,500 syarikat luar pesisir beribu pejabat di sini). Untuk jangkapanjang, kerajaan Malaysia membayangkan pulau ini akan menjadi salah satu pusat perdagangan pesisir utama dunia seperti hab timur tengah di Dubai dan Bahrain.

Jika tidak terlibat dengan hal-hal kewangan, perkara menarik lain yang boleh dilakukan di sini ialah seperti aktiviti menyelam bagi melihat bangkai-bangkai kapal. Selama bertahun-tahun, banyak kapal telah tenggelam di perairan cetek di luar Labuan, menjadikannya sesuai untuk penyelam-penyelam novice. Di sini juga terdapat peninggalan makam peringatan perang, di mana 3,600 askar telah terkorban dalam perang dunia ke dua dahulu.

6. Pulau Layang-Layang

layang-layang island
Mempunyai terumbu karang yang lebih sedikit keluasannya daripada lapangan terbang, pulau kecil Layang-Layang terletak kira-kira 300 km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Pulau ini terhasil apabila Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan kerja-kerja penambakan tanah bagi menyatakan kedaulatan negara ke atas kepulauan Spartly, terletak di Laut China Selatan yang menjadi rebutan negara lain seperti China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Dikelilingi oleh perairan jernih dengan kedalaman hingga 2000 meter, Layang-Layang sering disenaraikan sebagai salah-satu daripada 10 tapak menyelam terbaik dunia kerana kepelbagaian hidupan marin. Kehadiran tentera laut telah menyelamatkan terumbu karang di sini dari dirosakan oleh amalan penangkapan ikan yang boleh merosakkan ekosistem sekitarnya. Di sini, penyelam boleh mengalami pengalaman melihat ratusan ekor jerung hammerhead bergerak dalam kumpulan, selain terdapat pari manta, ikan lumba-lumba, alu-alu dan penyu.

7. Pulau Sipadan

Pada akhir tahun 2002, setelah pertikaian pajang dengan Indonesia, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan pulau Sipadan adalah milik Malaysia. Negara dan juga negeri Sabah di mana pulau ini berada, merasa lega dengan keputusan ini kerana Sipadan sering dinilai sebagai tapak menyelam terbaik dunia, dengan kedudukan terletak di tengah-tengah planet dan mempunyai kepelbagaian bio-diverse hidupan marin yang terbanyak sekali. 

Dalam usaha untuk melindungi eko-sistem yang rapuh, pada tahun 2004 kerajaan Malaysia telah semua resort menyelam di perairan pulau ini mengharamkan aktiviti menyelam pada waktu malam dan menetapkan had para penyelam kepada hanya 120 orang sehari. Langkah ini berjaya, di mana perairan sekitarnya terus serasi dengan kehidupan marin sediada. Perairan sini adalah rumah kepada 3,000 spesis ikan, beratus-ratus spesis karang, sekumpulan besar pari manta dan jerung serta populasi besar bagi penyu hijau dan penyu karah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics