Air Terjun Bertukar Warna Merah Sup Tomato

Seorang jurugambar sangat bertuah kerana sepanjang kariernya, pertama kali dapat merakamkan photo peristiwa jarang-jarang berlaku - air terjun bertukar warna merah seperti sup tomato. Jurugambar tersebut, Rochelle Coffey menjadi terpegun bila melihat air terjun sejernih kristal tiba-tiba bertukar warna merah pekat dalam jangkamasa selama dua jam. Ibu kepada dua orang anak itu pergi berkelah ke air terjun cantik Cameron Falls, Alberta bersama dengan suaminya dan telah merakamkan gambar pemandangan indah di situ sejak enam tahun lalu.
Walau bagaimanapun, dalam lawatan terakhirnya, beliau seperti tidak percaya dan rasa bertuah kerana dapat melihat satu fenomena alam menakjubkan bila air terjun yang jernih bertukar warna secara tiba-tiba. Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu (agrolite) mengalir ke dalam kawasan air terjun sekali gus mengakibatkan perubahan warna berlaku. Waterton Lake, kawasan di mana terletaknya Cameron Falls mengandungi endapan batuan tertua di pergunungan Kanada dan berusia 1,500 bilion tahun lampau.
 Gambar air terjun Cameron, Alberta ketika hari biasa
 Photo rakaman Rochelle ketika fenomena bertukar warna berlaku.


sumber:  www.dailymail.co.uk

Tag Dari Iza (D.I.H)

Unsangkarable.. alhamdulillah.. dah rezeki bulan posa, baru sat-sat dapat award dari Anis, dan tengah dok bersihkan umah tadi, tetiba Iza calling suruh ambik award kat umah dia.. ape lagi, kelana tinggal kan mop segera merta, trus pegi ambik, rezeki jangan ditolak..

Sebelum tu nak kena jawab 7 soalan dulu..

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Persediaan raya yang belum cukup bersedia sepenuhnya lagi...

2. Apakah nama samaran anda?
Tentu sekali..kelana fana..

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Mak, abah... and dot.dot.dot..

4. Panggilan untuk si dia?
Dot.dot.dot..

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Kesetiaan n kaseh sayang yang tak berbelah bagi..

6. Blog yang anda selalu lawat?
Seperti tersenarai dalam blog roll...

7. Tag kan kepada 15 blogger..
Dannn..nie lah awardnya.cantek kan.. ade kasut, tapak kaki..yang simbol banyak-banyak tu.. hanya tuan yang design tahu maksud tersirat n tersuratnya. Ape pun..tima kaseh bebanyak kat Iza...

Pemberian Istimewa Dari Anis

Salam... pejam celik + celik pejam, kejap dah masuk 19 hari kita berpuasa. Cepat betol masa berlalu... means.. dipanjangkan umur..tak lama lagi hari lebaran akan menjelang. Hmmm.. ramai dah buat persiapan untuk raya agaknya... baju raya, kuih raya... duit raya kena gi bank awal-awal takot abis stok duit baru yang masih wangi... nanti bagi kat kelana sama ekk.. :D
Panjang pulaks intro... sori3x :P. Seperti tajuk tertera kat atas tu..  alhamdulillah.. syukur, kelana telah dianugerahkan 'Friendly Blogger Award' pemberian Anis.. tengkiu3x kat Anis :). Nie awards yang ke 4 kelana terima. Specialnya kali nie, pertama..design award nie bagi pandangan mata kelana memang comey grafik dia..kalernya pon cantik (sebelum nie cantik jugaks.. jangan marah fat, ain, fbi..). Keduanya...siap ade tag sekali..dan tag nya ialah..

1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...okey, nie senarai-senarainya:
  • sambal bilis (musti ada tiap-tiap kali bulan posa. masak sendiri..guna ikan bilis segar terbaek dari ladang...  stok sentiasa ada utk sebulan)
  • bubur lambuk (nak-nak yang kampung baru marii.. aduyaii.. regu pulak dengan sambal bilis tadi..tak boley imagine lama-lama, time tulis en3 ni tgh dok posa..hikss)
  • pecal aka gado-gado (betul-betul stail tradisional...ada jantung pisang, nangka, pucuk ubi, tempe...sodap lagi berkhasiat..untuk awet muda..hahah..)
  • buah melaka (kalau gi bazar pilih or beli yang kecik-kecik yang 8 bijik singgit tu, senang nak ngap..sampai arini kelana tertanya ape kaitan kuih nie dengan melaka ekk..mungkin orang melaka boleh tolong huraikan kekusutan nie <- gurau..jangan ambik ati k..)
  • badak berendam (yang macam kuih koci..tapi tak la berbentuk badak  <-hikss..gurau lagik.. biasenya orang jual bentuk bulat, berkuah santan pekat..masuk dalam fridge.. makan sejuk-sejuk i tell u..)
  • air soya (kelana regular customer untuk sorang makcik tu.. dia memang specialist dalam buat air soya, bukan bulan posa pun dia jual air soya, hari-hari dia jual air soya, air soya dia sangat asli, sedap dan wangi.. :D
  • last sekali..air suam..mesti kelana kena minum, lebih-lebih lagi dalam bulan posa... sebab ade kisah dia..panjang cerita nya..sekian.. ;)

2. Kedua, kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie..aicehh..part nie yang cukup pancaroba nih..kalau boleh kelana nak bagi kat semua yang kelana kenal.. sukarnya nak senaraikan 5 calon, ibarat mengasingkan gula dari beras (tiru ayat Anis sat..takpe kan Anis..hihih). Setelah dipikirkan sehari semalam.. dengan menggunakan teori graviti dan halaju cahaya di alam semesta ;) .... kelana berhajat nak panjang kan 'simbol' silaturahim nie pada...
Pada yang lain, jika berpeluang dan berkesempatan, kelana akan hulurkan jua...kerana kita semua adalah sahabat maya dalam dunia blogger.. tetap  akan kekal sampai bila-bila.. insyaAllah..

Penemuan Spesis Katak Terkecil Asia Di Sarawak

Spesies katak terkecil Asia telah ditemui baru-baru ini di Taman Negara Kubah, Sarawak. Ukuran saiznya hanya sebesar kacang pis dan telah dijumpai oleh dua orang saintis, Indraneil Das dari Universiti Sarawak Malaysia serta rakan sekajiannya, Alexender Hass dari Universiti Museum Zoological Hamburg.
Dalam penulisan ilmiah pengkaji berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal Zootaxa baru-baru ini mengelar katak tersebut sebagai "the Old World's smallest frog and one of the world's tiniest". Ukuran panjang katak betina hanya 16mm, manakala jantan lebih kecil iaitu antara 10-11mm. Sesuai dengan bentuk badannya, spesies baru berwarna coklat ini diberi nama "Katak Matang Bermulut Sempit".

sumber: www.ibnlive.in.com

Bayi Mati Hidup Semula Dalam Pelukan Ibu

SYDNEY – Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam. Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit. Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir. Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari. “Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib,” kata Kate. Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

7 Keajaiban Dunia - 28 Finalis New7Wonders Of Nature

Kempen pemilihan 7 keajaiban dunia untuk kategori alam (nature wonders) yang dianjurkan oleh New7Wonders Foundation telah memasuki fasa ke tiga. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasasnya Bernard Weber, matlamat utama yayasan ini adalah untuk melakukan kerja-kerja dokumentasi dan pemuliharaan karya monumen di seluruh dunia, iaitu bersesuaian dengan mottonya: "OUR HERITAGE IS OUR FUTURE".
7 keajaiban alam baru
Secara rasmi kempen pemilihan 7 keajaiban alam bermula pada tahun 2007, sejurus selepas kejayaan kempen 7 keajaiban buatan manusia (new 7 man-made wonders of the world). Penyertaan melibatkan 440 pencalonan dari 220 negara serata dunia. Setelah melalui beberapa peringkat saringan, 28 pencalonan secara rasmi telah terpilih untuk memasuki fasa ke tiga, seterusnya untuk ke fasa terakhir di mana pemilihan dijangka akan dilakukan oleh hampir 1 billion pengundi dari serata dunia. Pengisytiharaan secara rasmi akan diumumkan pada tarikh 11.11.11 nanti.

Berikut antara senarai pencalonan tersebut:

7 keajaiban alam
Halong Bay terletak di wilayah Quang Ninh, Vietnam. Teluk ini mempunyai ribuan pulau batu kapur dalam pelbagai saiz dan bentuk. Memiliki garis pantai 120 kilometer panjang, berkeluasan 1,553 kilometer persegi dan 1,969 buah pulau. Beberapa pulau-pulaunya  mempunyai gua yang sangat besar. Terdapat 200 spesies ikan dan 450 moluska mendiami perairan cetek yang menjadi sumber rezeki bagi nelayan tempatan.
7 keajaiban dunia
Uluru (Ayers Rock) adalah salah satu ikon pemandangan alam yang paling terkenal di Australia. Ketulan tunggal batupasir ini berketinggian 348 m dari aras laut dengan ukur keliling 9.4 km. Sebahagian besar strukturnya berada di dalam tanah. Permukaan Uluru akan bertukar warna mengikut perbezaan cahaya yang menimpanya pada setiap hari dan tahun.
7 keajaiban dunia baru
Pulau Jeju atau Cheju, adalah pulau volcano terkenal yang terletak di hujung semenanjung Korea dan berdekatan dengan negara Jepun. Di panggil Jejudo dalam bahasa Korea, di pulau ini terdapat gunung berapi aktif yang tertinggi di Korea iaitu Gunung Hallasan (1,950m dari aras laut).
 gambar keajaiban dunia
Jeita Grotto merupakan gua batukapur, terletak di lembah Nahr al-Kalb, 20 km ke utara Beirut, Lubnan. Di dalam gua ini mengalir sebatang sungai serta terdapat stalagmit dan stalatit dalam berbagai bentuk dan warna. Salah satu stalatitnya berukuran 8.20 m dan ini merupakan yang terpanjang di dunia.
gambar keajaiban dunia
Yushan, sebahagian dari Taman Nasional Yushan, adalah nama rangkaian pergunungan dan titik tertinggi yang terletak di tengah-tengah pulau Taipei. Juga digelar sebagai 'Gunung Jade', ketinggiannya mencecah 3,952m dari aras laut. Taman ini mengandungi pelbagai flora dan fauna di mana mempunyai hutan sub-tropika di kawasan lembah dan alpine di bahagian puncak.
gambar 7 keajaiban dunia
Black Forest merupakan kawasan hutan pergunungan yang terletak di bahagian barat daya negara German. Ia disempadani oleh lembah Rhine di bahagian barat dan selatan. Puncak tertinggi adalah gunung Feldberg dengan ketinggian 1,493m. Kawasan ini terkenal dengan cacing tanah gergasi yang tidak terdapat di tempat lain. Resipi termasyhur 'Black Forest Cake' juga dikatakan berasal dari wilayah ini.
gambar 7 keajaiban dunia
Delta Sundarbans terletak di muara Sungai Gangga, adalah hutan bakau terbesar di dunia. Kawasannya tersebar di seluruh bahagian Bangladesh dan bahagian barat Bengal, India. Sundarbans mempunyai rangkaian saliran air pasang surut yang kompleks, dataran lumpur dan pulau hutan bakau air payau. Hidupan liar  di sini termasuk harimau Bengal yang terkenal, burung, rusa bintik, buaya dan ular.
peta 7 keajaiban dunia baru
Selain daripada itu, tempat-tempat lain yang turut tercalon adalah:
  • Grand Canyon, USA.
  • Teluk Fundy, Kanada.
  • El Yunque, Puerto Rico.
  • Air Terjun Angel, Venezuela.
  • Pulau Galapagos, Ecuador.
  • Hutan Hujan Amazon.
  • Air Terjun Iguazu, Argentina & Brazil.
  • Tebing Tinggi Moher, Ireland.
  • Gunung Matterhorn, Itali & Switzerland.
  • Tasik Masurian, Poland.
  • Gunung Berapi Vesuvius, Itali.
  • Gunung Berapi Lumpur, Azerbaijan.
  • Laut Mati, Jordan.
  • Pulau Bu Tinah, UAE.
  • Gunung Kilimanjaro, Tanzania.
  • Gunung Table, Afrika Selatan.
  • Kepulauan Maldives.
  • Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, Filipina.
  • Pulau Komodo, Indonesia.
  • Terumbu Karang Besar, Australia.
  • Milford Sound, New Zealand.
sumber: www.new7wonders.com

Buku Cerita Bergambar Yang Kreatif

Nak kongsi satu karya kreatif yang KF terima dari kotak email baru-baru ni. Motif ceritanya mungkin tahap sekolah atau untuk peringkat kanak-kanak, namun cara susunan dan penyampaian dalam bentuk lukisan ini sangat genius. Jom skroll down sampai habis..
Manusia hanya ciptaan Tuhan yang sangat kerdil jika dibandingkan dengan segala isi alam. Jadi, jangan terlalu risau tentang segala perkara. Luaskan pandangan dan minda kita. Jangan berdukacita dengan masalah yang menimpa. Dalamilah perkara yang kita minati. Hiduplah dengan aman dan selamat. Senyum selalu, sentiasa ceriakan diri dan memandang segala perkara dari sudut yang positif. Sekian.



Kanak-Kanak Berkawan Dengan Ular Sawa Besar

Sebahagian besar kanak-kanak mengimpikan bermain dengan haiwan peliharaan comel seperti kucing, hamster dan sebagainya. Hal sebaliknya bagi Sambath Uon, kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Kemboja yang suka bermain dengan ular sawa Burma sepanjang 15 kaki.

Ular peliharaannya bernama Chamreun (bermaksud Tuah) memasuki rumah Sambath tujuh tahun lalu ketika beliau masih bayi. Telah tiga kali cubaan ayahnya membuang ular tersebut ke dalam hutan gagal. Setiap kali dibuang, ular sawa itu akan kembali semula ke rumah Sambath.

Setelah tujuh tahun hidup bersama, akhirnya hubungan Sambath dengan ularnya semakin akrab. Bahkan kanak-kanak ini juga berjaya mengajar ular sawa betinanya melakukan beberapa tipu helah untuk dipertontonkan kepada orang-orang kampung. Orang-orang kampungnya juga dapat menerima baik kehadiran Chamreun dan menganggap ular sawa ini akan membawa tuah kepada mereka.

sumber: http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/1570673/Boys-best-friend-is-a-4.8-metre-long-python.html

Lagu Maher Zain - Lirik & Terjemahan Open Your Eyes

Maher Zain, artis Sweden  keturunan Lubnan berusia 28 tahun, telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung 'Thank You Allah' mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering kedengaran di internet, mungkin juga di radio. 

Pernah tercatat di kedudukan no 1 carta Amazon's World Music dan no 9 carta R&B, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube, manakala mendapat sambutan 'soldout' pada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden dan USA. Dengar khabar, dari sumber FB Maher Zain sendiri, beliau ada bercadang ke Malaysia...tungguu..

Gabungan pelbagai rentak seperti R&B, Soul, World Music dan Acoustic berserta bait-bait lirik indah penuh makna dengan alunan suara merdu menjadikan lagu-lagu Maher Zain tidak jemu untuk didengar.  Antara lagu yang mendapat tempat di hati peminat ialah 'Open Your Eyes'. Menurut Maher Zain ketika ditemuramah di La Taverna Cafe di Kaherah (sumber:myMetro), 'Open Your Eyes' bertujuan mengingatkan orang ramai supaya melihat sekeliling, memerhatikan dan mencari tanda kebesaran Tuhan yang ada di sekitar mereka. Berikut lirik dan terjemahan lagu tersebut:

Look around yourselves
lihatlah disekelilingmu
Can’t you see this wonder
tidakkah kau lihat keajaiban ini
Spreaded infront of you
bertebaran di depanmu
The clouds floating by
awan berarakan
The skies are clear and blue
langit biru dan cerah
Planets in the orbits
planet-planet pada orbitnya
The moon and the sun
bulan dan mentari
Such perfect harmony
harmoni dan sempurna

Let’s start question in ourselves
ayuh tanya pada diri kita
Isn’t this proof enough for us
apakah bukti ini tak cukup?
Or are we so blind
Atau kita buta?
To push it all aside..
untuk singkirkan itu semua?
No..
Tidak!
We just have to
Kita harus



Open our eyes, our hearts, and minds
buka mata, hati dan minda kita
If we just look bright to see the signs
Jika telah jelas melihat tanda-tanda (kebesaran Allah)
We can’t keep hiding from the truth
Kita takkan bisa sembunyikan kebenaran
Let it take us by surprise
Atau biarkan semua buat kita terkejut

 Take us in the best way
Bimbinglah kami jalan yang lurus
Allah.
.
Guide us every single day..
Bimbinglah kami setiap saat
Allah..

Keep us close to You
untuk dekat padaMu
Until the end of time..
Hingga akhir waktu
~o0o~
Look inside yourselves
lihat dalam diri kita
Such a perfect order
Betapa sempurnanya
Hiding in yourselves
Tersembunyi dalam dirimu
Running in your veins
Bergerak dalam urat-nadimu
What about anger love and pain
bagiamana dengan cinta dan rasa sakit?
And all the things you’re feeling
Dan semua yang kau rasakan
Can you touch them with your hand?
Bisakah kau sentuh dengan tanganmu?
So are they really there?
Apakah semua itu ada (kau rasakan)
~o0o~
When a baby’s born
Ketika bayi lahir
So helpless and weak
tak berdaya dan lemah
And you’re watching him growing..
dan kau lihat dia membesar
So why deny
kenapa kau ingkar? 
Whats in front of your eyes
apa yang ada didepanmu
The biggest miracle of life..
Keajaiban besar dalam hidup

You created everything
Kau ciptakan semuanya
We belong to You
Kami milikMu
Ya Robb we raise our hands
Ya Robb, kami mengadahkan tangan
Forever we thank You..
Terima kasih selamanya
Alhamdulillah..


Saintis Minta Manusia Hidup Di Planet Lain.

LONDON – Pakar astrofizik, Stephen Hawking, 68, memberi amaran bahawa bangsa manusia perlu membuka penempatan baru di angkasa lepas dalam tempoh dua kurun lagi atau berdepan risiko pupus. Pakar astrofizik terkenal itu berkata, satu-satunya peluang untuk mengekalkan kesinambungan manusia adalah dengan membuka penempatan baru di planet-planet asing.“Saya melihat bahaya menunggu umat manusia. Sebelum ini, sudah beberapa kali kita diancam kepupusan. Sebagai contoh, krisis peluru berpandu nuklear Cuba pada 1963,” kata Hawking.

“Populasi manusia meningkat dan sumber asli di bumi terhad. Kita pula mengubah alam sekitar yang mendatangkan risiko manusia itu sendiri,” tambahnya. Menurut Hawking, adalah sukar bagi umat manusia mengelak bencana dalam masa 100 tahun akan datang, inikan pula untuk tempoh 1,000 tahun atau sejuta tahun. “Satu-satunya peluang untuk selamat adalah untuk tidak kekal di bumi, tetapi memulakan kehidupan di angkasa lepas,” jelasnya.

– Agensi

kredit : kosmo.com.my

Belacan Beracun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B iaitu sejenis bahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan bahan pewarna itu dalam makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah (Karsinogen) serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil.

Melalui pandangan mata kasar, kehadiran Rhodamine B memang sukar dibezakan daripada bahan pewarna lain yang juga menghasilkan warna merah jambu.

Ia berlaku disebabkan terdapat segelintir pengeluar tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan, katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Keselamatan Makanan 2010 peringkat kebangsaan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin, di sini, semalam.

Menurutnya, penjualan dan penyediaan makanan mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan pelajar supaya mengamalkan tiga langkah penting mengenali makanan rosak iaitu lihat, hidu dan rasa terutama ketika membeli juadah berbuka puasa pada Ramadan ini.

Ibu bapa dan guru seharusnya menjadi penasihat kepada anak-anak supaya berhati-hati memilih makanan di bazar Ramadan.

Pastikan makanan yang dibeli bersih, elakkan pembelian makanan yang disediakan terlalu awal dan makanan yang menggunakan pewarna berlebihan supaya tidak terdedah kepada keracunan makanan, katanya.

Beliau berkata, penganjuran kempen itu bertujuan mendidik dan mengajar pelajar terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya mereka dapat mengenali makanan yang rosak dan tercemar.

Katanya, mengikut laporan kementerian tahun lalu, 303 episod keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara membabitkan 77 episod atau 25 peratus di kalangan pelajar sekolah dan 57 episod (19 peratus) bagi dapur asrama sekolah.

Sumber : Harian Metro



Dapat Award Ke 3 - Dari FAT


yess..syukur alhamdulillah pembuka kata
di awal 1 ramadhan nan mulia
hati ku hepi tak terkira
kerna mendapat award yang ke tiga

-o0o-

award kali ni cik fathiah beri
ku ucapkan terimakasih daun keladi
pemberian ini sangat2 ku hargai
sebagai tanda kenangan abadi

-o0o-

salam dihulur pada semua
persahabatan terjalin di dunia maya
jutaan tengkiu dari kelana
tanpa kalian siapalah saya.....


~salam ikhlas dari : aku pemerhati alam semesta~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics