Kad Raya Dari Anis & Ucapan Salam Aidil Fitri

Kejap tadi bertandang ke rumah Anis, memasing sembang-sembang n ucap selamat hari lebaran. Time nak balik, Anis bagi buah tangan comey kat atas. Cantik kad rayanya, suasana hijau sawah padi dengan ibu dan anak membawa ketupat. Lengkap ade pantun lagi:

Segak bergaya si tampan jejak,
Ayu si dara berbaju kebaya,
1 syawal menjelang tiba,
Tangan dihulur maaf dipinta. 

Mengikut sama bait pantun di atas, kelana juga ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger tak kira di mana berada.. dengan pesanan.. bagi yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya, rancang perjalanan agar tidak terperangkap dalam kesesakan serta berehatlah di stesen-stesen Petronas terpilih untuk minum kopi percuma bagi menghilangkan penat dan mengantuk (en Petronas, bagi kelana komisen siket arr. :D Jumpa lagi lepas cuti raya nanti... salam.
 

Kisah Lucu 1 : Sesuatu Yang Dapat Memecut Dari 0 - 120

jom layan kesah lucu simple nie. juz untuk release tension setelah penat buat persiapan raya :D

 ~o0o~
Seorang isteri memberitahu suaminya, untuk besday tak lama lagi dia nak kan hadiah sesuatu yang boleh memecut dari 0 ke 120 dalam masa empat saat.

Isterinya mengharapkan hadiah seperti ini.. jeng3x
 Namun, suaminya telah memberi benda yang agak berlainan..

jom skroll down, tengok ape suami dia bagi?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tadaaa...
 Suaminya kini berada dalam keadaan kritikal tapi stabil di wad ICU :P

Bunga Ros Pelangi - Pelbagai Gambar Menakjubkan

Pada tahun 2004, dua syarikat Belanda iaitu River Flower dan F.J.Zandbergen melakukan kajian dan berjaya menghasilkan bunga ros yang mempunyai kelopak berwarna-warni. Bunga ros pelangi atau juga dikenali sebagai ros riang dihasilkan melalui ekstrak warna tumbuhan yang disuntik ke dalam pokok induk. Kaedah ini juga boleh dilakukan ke atas pelbagai pokok bunga, terutamanya jenis Chrysanthemum dan Hydrangea. 

Sebuah syarikat penjual bunga ros, Interrose membawa masuk bunga menakjubkan tersebut buat pertama kali untuk di pasarkan di Britain. Bunga tersebut dijual dengan harga RM 117 untuk sekuntum, manakala sedozen bunga beraneka warna itu berharga RM 311.

sumber: www.pickchur.com & Agensi



Resepi Kuah Kacang Berdaging

Lagi seminggu kita akan menyambut aidil fitri, insyaAllah. Bila sebut tentang raya, antara makanan yang sinonim dan popular ialah ketupat nasi. Tak kisah lah samada disediakan secara tradisional dengan dimasak dalam anyaman daun kelapa atau ketupat segera dalam plastik, juadah istimewa ini sangat secocok dimakan dengan rendang atau kuah kacang. Jadi, entri kali ni kelana nak berkongsi resepi kuah kacang special, sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu di hari raya nanti.

Bahan-bahan (anggaran untuk 15 orang):
  1. 1 kg kacang tanah.
  2. 10 ulas bawang merah.
  3. 2 labu bawang besar.
  4. 1/2 inci lengkuas.
  5. 1/2 inci halia.
  6. 10 - 15 tangkai cili kering.
  7. 1 sudu jintan putih.
  8. 1/4 kg daging lembu.
  9. 3 - 4 sudu besar gula pasir.
  10. 1/2 ketul gula kabung.
  11. garam secukup rasa.
  12. minyak masak untuk menumis.
Cara-caranya:
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Sejukkan, kemudian buang kulit dan dikisar. kalau stail kelana akan goreng kacang bagi agak garing sedikit. Selain senang nak blender (kurang melekit), masa masak nanti, warna kuah akan nampak lebih menarik. cuma jangan terlebih garing, takut kuah akan berasa pahit. Campurkan dengan 1 liter air suam. Adun hingga sekata.
  2. Potong melintang cili kering untuk membuang bijinya. Biji cili akan menyebabkan rasa 'maung' pada kuah. Cili kering tanpa biji juga menjadikan kuah lebih merah menawan. Rendam cili dalam air panas hingga lembut. Kisar hingga hancur.
  3. Bawang kecil, bawang besar, halia dan lengkuas dimayang. Kemudian blender sekali. Dalam part bawang dan segala macam untuk menumis ni, pebret kelana tidak akan kisar terlampau lumat. Jadi bila makan nanti, akan terasa sedikit kehadiran ramuan-ramuan ni dalam mulut, baru best.
  4. Tumbuk jintan putih ala kadar, cukup untuk mengeluarkan aromanya.
  5. Potong dadu daging, sama seperti nak masak rendang.
  6. Panaskan minyak. Masukkan bahan no. 3 dan 4 tadi. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili kering yang dah dikisar. Tumis lagi hingga agak garing.
  7. Masukkan campuran kacang kisar + air tadi. Kacau hingga sekata. Masukkan daging, masak hingga empuk. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Last sekali, tambahkan gula pasir, gula kabung dan garam secukup rasa (gula kabung disamping memanis, juga akan mengharum dan mencantikkan kuah).
Kuah kacang ni banyak version. Ada yang suka bubuh serai, belacan, udang kering atau santan sebagai penambah perisa. Cara di atas kira simple adanya, from my mom recipes.. di mana kalau perasan, tak menggunakan bawang putih. Ikut petuanya, ape-ape masakan tumis berlada ni kalau ada bawang putih kurang sedap rasa dan bau.. dan petua ini disambung oleh anak-anaknya pula.. hihi. Ape pun, terpulang lah pada selera memasing. Satu lagi, daging tu boleh guna yang ade lemaknya sikit, so kuah nanti akan lebih pekat (bagi menggantikan fungsi santan). Untuk tambah khasiat, time nak makan, tabur sikit racikan timun.. ia menjadi satu hidangan yang seimbang, ada ketupat nasi, daging dan sayur.. selamat mencuba n **bon appetit**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics