Design Rumah - Mesra Alam

Teringin tak ade rumah cam kat bawah nie.. wohoo, bestkan, mesti sejuk suasana kat dalam, sejuk jugak mata memandang dari luar.. huhu




Resepi Singgang Ikan - Simple Tapi Sedap

Singgang atau masak pindang. yeps, sangat mudah resepi masakan ni. amik bahan-bahan, main campak-campak dalam periuk. dah siap. simple pun, sedap tau! kene masa tengah demam, tekak payau, ni lah taim yang sesuai untuk makan singgang. dalam pantang pun boleh, sebab banyak herba yang di taruk, sangat baik untuk kesihatan  ibu lepas bersalin.

singgang ikan


Bahan-bahannya:

1. Ikan senangin. tak suka senangin, ikan lain boleh, tenggiri, tongkol, kembung pun okey, janji ikan tu segar, baru terasa manis bila hirup kuah singgang tu nanti, sruppp..

2. Bahan rencah - seulas bawang kecil di hiris. Seulas bawang putih, sebatang serai di ketuk-ketuk atau belah. asam keping, kunyit hidup, daun kunyit, halia dengan lengkuas dihiris nipis, garam, gula dan sos tiram secukup rasa.

Cara-caranya:

sangat senang nak masak. masuk air dalam periuk. dah mendidih, masuk semua bahan tadi. agak-agak 10minit, masukkan ikan tadi. biarkan sampai ikan betul-betul masak. tutup api. dah siap, simple kan! Makan dengan cicah kicap cili padi memang kena sangat regu dengan singgang tadi. kalau klana suka makan dengan sawi masak kicap, nyum2 rasanya..hehe, cubalah!!

Tukang Masak Temui Telur Ayam Aneh

kalau ditanya apa bentuk telur ayam, pasti orang akan jawab bentuk bujur. pasti kan? melainkan dia tak pernah lihat telur ayam seumur hidup!! Tapi, jika jawapannya bujur semata, jawapan dia salah!! hohoho, sebabnya? lihat gambar di atas, sekarang ni dah ada dah telur ayam berbentuk bulat, macam bola ping pong... hehe, anehkan??

Sawi Goreng Telur - Mudah dan Khasiat

sawi goreng

Bahan-bahan:

1. seikat sawi hongkong

2. dua butir telur ayam

3. seulas bawang kecil

4. seulas bawang putih

5. sesudu sos tiram

6. garam secukup rasa.

7. bahan perencah tambahan (optional) - udang, ikan bilis, sotong, hati/pedal ayam

Cara memasak:

panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. dah panas, masukkan bawang kecil dan bawang putih yang telah di mayang halus. kacau hingga garing dan naik bau. lepas itu, pecahkan telur ayam ke dalam kuali. kacau hingga menjadi seperti memasak telur hancur. bila telur agak keras, masukkan pula sawi hongkong yang telah di potong-potong. kacau dalam api yang kuat, supaya sawi cepat empuk. masukkan sos tiram dan garam secukup rasa. angkat dan sedia dihidangkan.

Kursus Autocad

bagi yg tercari-cari

kelas belajar autocad,

boleh singgah ke link ni:

http://www.pelukis-pelan.blogspot.com/2014/03/senarai-tempat-kursus-autocad-di.html

kursus dikendalikan oleh pengajar yang mahir,

mengendalikan autocad selama 2o tahun (dlm bidang senireka)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics