Resepi Singgang Ikan - Simple Tapi Sedap

Singgang atau masak pindang. yeps, sangat mudah resepi masakan ni. amik bahan-bahan, main campak-campak dalam periuk. dah siap. simple pun, sedap tau! kene masa tengah demam, tekak payau, ni lah taim yang sesuai untuk makan singgang. dalam pantang pun boleh, sebab banyak herba yang di taruk, sangat baik untuk kesihatan  ibu lepas bersalin.

singgang ikan


Bahan-bahannya:

1. Ikan senangin. tak suka senangin, ikan lain boleh, tenggiri, tongkol, kembung pun okey, janji ikan tu segar, baru terasa manis bila hirup kuah singgang tu nanti, sruppp..

2. Bahan rencah - seulas bawang kecil di hiris. Seulas bawang putih, sebatang serai di ketuk-ketuk atau belah. asam keping, kunyit hidup, daun kunyit, halia dengan lengkuas dihiris nipis, garam, gula dan sos tiram secukup rasa.

Cara-caranya:

sangat senang nak masak. masuk air dalam periuk. dah mendidih, masuk semua bahan tadi. agak-agak 10minit, masukkan ikan tadi. biarkan sampai ikan betul-betul masak. tutup api. dah siap, simple kan! Makan dengan cicah kicap cili padi memang kena sangat regu dengan singgang tadi. kalau klana suka makan dengan sawi masak kicap, nyum2 rasanya..hehe, cubalah!!

4 ulasan:

sud@is berkata...

As salam singgah
elok sangat singah disini tengah demam ni...makan singgah kot boleh hilang pahit2 mulut.....

klANA berkata...

cuba lah,simple je, agar nanti cepat sembuh

AMIIZAA berkata...

sedapppppppppnya....rindu nak masak singgang :):)

klANA berkata...

betul sis.. senang dimasak, sedap dimakan (~o^)v

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics