Koleksi Biskut Comel - Sedapnya!

assalam.. cer tengok gambar biskut kat bawah ni.. ya ampun memang tersangat bangat lah comelnya... tentu  rasanya jugak sedap kan.. ada kombinasi rasa lemak berkerim, ranggup.. pastinya disukai ramai. okey tak  kalau time raya tahun ni (awalnya pikir raya, posa pun masih lambat lagi.. ekeke)  biskut-biskut almond london, semperit, tart nenas, cornflakes kita wat decor ikut bentuk macam kat bawah nie.. gud idea tak.. hehe..

koleksi biskut

koleksi biskut

koleksi biskut

koleksi biskut

gambar biskut

gambar biskut

gambar biskut

Bunga Anggur

assalam... semalam singgah ke rumah makcik.. sedang belek-belek pokok bunga depan laman, klana ternampak pokok anggur.. dah lama pokok anggur ni ditanam, tapi klana tengok sebelum ni macam hidup segan mati tak mahu.. kali ni subur, banyak bunga dia... kata makcik, lepas dicantas setogel-togelnya, baru pokok anggur tu nampak perubahan drastik bombastik gitu.. banyak pucuk-pucuk daun baru tumbuh, setiap tunas akan ada bunga yang lebat..

anggur malaysia
ada setengah tangkai bunga dah nampak putik-putik anggur. ni anggur jenis masak kaler hijau.. sebelum ni klana pernah makan...  rasa masam-masam manis, cuma saiz buah kecil, tak macam anggur import... tapi okey jugak kan, tak sangka kat negara kita pun anggur boleh tumbuh dan berbuah... malaysia bolehh... hehe.

updated: 10-06-12

buah anggur
buah anggur yang semakin membesar.. dah boleh makan tak lama lagi.. nyum2

Tempat Menarik Di Melaka - Kg Morten

rumah di melaka
assalam.. masa naik river cruise, boat driver ada mention pasal kg morten. masa dalam bot, bila tengok secara sambil lalu perkampungan tu, timbul perasaan nak tahu. apa yang ada kat dalam kawasan situ. selama ni, macam-macam tempat menarik di melaka.. kat ayer keroh dan bandar hilir, dah banyak kali kami pergi. kg morten belum pernah sekali pun. jadi, lepas habis sesi terjah river cruise, semua sepakat untuk serbu bagi menjawab misteri yang menyelubungi kami... hehe..

kampung morten 
lagi pun, dari taman rempah bukannya jauh sangat. hanya jalan kaki lebih kurang 15 minit ikut tepi sg melaka.. kemudian seberang guna jambatan melengkung yang cantik dihias corak bunga raya tu.. dah pun sampai ke kg morten.

rumah di melaka
hokeh.. sekarang klana nak jadi cikgu sejarah jap.. mintak perhatian semua, cikgu nak cerita siket latarbelakang kg morten ni (sambil cekak pinggang, konon-konon cuba nak tunjuk garang.. ngeh3).. Kg morten merupakan satu-satunya kg melayu yang terletak ditengah-tengah bandar melaka. Mula dibuka pada tahun 1922 oleh Tuan J.F Morten, salah seorang pengawai tanah British di Melaka dahulu yang telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dari Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British. sebelum dibangunkan, ia adalah kawasan paya... **hurmm, patutlah kalau lihat sekarang ni, area dekat kg ni masih ada lagi pokok-pokok bakau... fikir seorang murid yang tak lah terer sangat..hehe**

rumah di melaka
ada 85 buah rumah di kampung ni, 52 buah masih mengekalkan rekabentuk tradisional rumah melaka...

kg morten
pintu gerbang kayu menyambut ketibaan pengunjung yang datang.. halaman rumah dihias kreatif dan cantik oleh pemilik rumah.. kesemua tuan atau puan rumah kat sini peramah.. meh la jemput masuk, jangan malu-malu, boleh minum-minum, boleh sembang-sembang sejarah melaka dengan mereka... sambil belek-belek barang-barang antik dalam rumah tu..

rumah melaka
salah satu ciri unik rumah di melaka ni.. tangga batu yang dihiasi jubin corak geometri atau bunga.. time petang duduk ramai-ramai kat tangga ni... beshhh..

rumah melaka
bagi yang belajar senibina, mesti salute kat pembuat model miniature rumah melaka di atas... sangat halus hasil kerja tangan mereka.. nampak real..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics