Gambar Dalam Gambar

Assalamualaikum n salam sejahtera.. tuan-tuan n puan-puan. entri simple mimple kali ni masih berkonsepkan gambar.. gambar dalam gambar. Gambar memainkan peranan penting dalam hidup kita. Sekeping gambar boleh memberi seribu maksud dan tafsiran.. Tapii.. bagaimana jika dalam sekeping gambar tuh ader lagi gambar serupa.. dan ada lagi gambar.. begitu lah seterusnya tanpa full stop.. tentu banyak maksud tersirat disebaliknya..saksikanlahhhh..







Dua Dalam Satu - Ilustrasi Dan Ilusi

Keadaan mendung kat luar. Dalam cuaca cengini, cepat betui mata nie nak kuyus. Fikiran pon dah slow..  rasa nak zzzzzzz jer. Keboringan yang amat bangat telah melanda. Time camni, main teka-teki besh jugak. Bukan teka-teki biasa or teka-teki pantun, tapi yang ader ilusi begambar... buat menyegarkan minda...

sebenarnya terdapat 5 ekor rusa dalam hutan nie..
Nampak sekumpulan tompok hitam atau perkataan 'LIFT'?

Kapal kah.. atau sebarisan tiang...

sepasang warga emas.. tapi ada lagi orang kat situ.. cuba kira

terdapat 11 wajah manusia dalam gambar di atas. kebanyakan hanya dapat jumpa 4 atau 5 wajah saja. Jika dapat jumpa 8 wajah, anda mempunyai deria tumpuan luarbiasa. Dapat jumpa 9 hingga 10.. tahniah.. deria anda melebihi dari luarbiasa. Jika dapat cari semua.. wow.. anda terlalu luarbiasa!

Penyanyi bersama penonton atau bangunan?

Siapa yang paling tinggi...


Kaomoji - Japanese Emoticons (^_^)

Nipponjin (orang Jepun), dorang tidak saja berbakat dalam menghasilkan anime dan manga yang hebat. Mereka jugak kretip dalam Kaomoji: Kao (wajah) dan moji bermaksud (huruf), merupakan huruf-huruf yang mencerminkan ekspresi wajah. Cer lihat gambar dibawah utk lebih memahami aper yang kelana maksudkan..

Sila klik utk tumbesaran yg sihat n jelas

Dengan kaomoji, chatting atau SMS jadik lebih senang n fleksible bebanding guna face mark buatan Barat seperti  :-) atau :-p. Means, tak perlu nak sengetkan kepala untuk pahamkan sesuatu emoticons tu. Coz, semua emoticons dalam kaomoji ni ditulis secara menegak. Contohnya, (^_^) untuk senyum. If senyum dalam hormat.. jadik gini pulak (^_^)d. whoaa.. guaner.. menarik tertarikkan?

Tersenyum: (^_^)
Tersenyum: (^-^)

Tertawa lebar: (^0^)

Senyum simpul: (^ . ^)

Bersorak riang: \(^0^)/

Berseru: (^ 3 ^)

Senyum malu, tersipu: (*^-^*)

Senyum merona: (o^-^o)

Merasa terganggu: ("- " ;)

Gugup: (-_- ;)

Garu-garu kepala: f(^_^)

Menangis: (T_T)

Menitiskan air mata (; _ ;)

Mengantuk: (" ~ ")

Geram: (>_<)

Marah: (-_-#)

Pening: (x_x)

Tertanya-tanya: ( ?_?)

Hairan: (@_@)

Tidur: (_ _)zzZZ

Bosan sampai tertidur:
(_ _')
Good bye:
(^o^)/~~

Memohon:
m(_ _)m
Mendengar:
w( ^_^)
Mencium:
(*^3^ )
Dicium:
(*^.^* )
Malu: (=_=)

Tersipu-sipu: (#^^#)

Bermimpi: (_ _)..ooOO

Menulis: X(. . )

Berlari: ((( (((;^ ^)

Tergesa-gesa: C= C=(;' _')

Putus asa: (o_ _)o

Tanda peace: (^_^)v

Merokok: (" 3 ")y-~~~-

Merokok:
y(^o^ )..ooOO

Ultraman: (@|@)
Satria Baja Hitam: (@w@)

ET: (-)(-)

Tikus: (" )~

Katak: n("~")n

Kucing: (=^.^=)

(^_^)v   SELAMAT MENCUBA   (^o^)/~~

Dulu dan Sekarang - Segalanya Berbeza

Dalam dok ronda-ronda tadi, kelana terjumpa satu koleksi yang menarik. Maaf jika sesetengah gambar ni tak secocok ngan budaya or cara hidup kita. Hanya sekadar untuk hiburan semata-mata. Blia dilihat, secara automatik kita akan kata "owhh.. dulu macam tu... jauh betul beza dengan  zaman sekarang nih.. unsangkarable betul lah" Kalau tak caya..yuk kita layan n nilai sendiri akan perbezaan itewww..

Fenomena Aneh - Air Terjun Membeku Dalam Cuaca Panas

Hierve el Agua di Oaxaca, Mexico kelihatan seperti air terjun yang indah, tetapi tidak bergerak. Nampak seolah-olah airnya membeku menjadi ais. Betulkah begitu? 

Sebenarnya ia hanya ilusi pemandangan bentuk batu, terhasil dari sisa mineral oleh aliran air yang menitis menuruni tebing curam. Warna putih yang kelihatan seperti air terjun mengalir deras itu adalah kalsium karbonat, sejenis mineral sama seperti stalaktit dalam gua batu kapur. Dengan ketinggian 12 - 30 meter, Hierve el Aqua yang dapat dilihat pada masa sekarang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk.

Hierve el Agua adalah bahasa Spanish bermaksud 'Air Mendidih'. Gelaran ini diberi kerana bahagian atas yang datar terdapat mata air panas. Mata air ini menghasilkan gelembung-gelembung buih ketika mengalir keluar dan membentuk sebuah kolam air panas kecil. Kaum Zapotec yang mendiami kawasan sekitar sejak 2,500 tahun lampau menganggap Hierve el Agua sebagai tempat suci dan dihormati.


6th BE - TQ Mr Nuffnang

syukur... alhamdulillah.. baru jer kelana wat n3 pasal BE yang mr Nuff kasi.. tak silap arini singgah melekap satu lagi BE tuk blog nie. Muahhhh to mr Nuffnang yang baek atie. means... skang nie ader 3 BE dok dalam akaun pemerhati alam semesta.

yang 3 lagi kekal dah jadik ME. trus trang kelana memang tak mahir bab-bab BE ngan ME nie. Cuma aper yang kelana taw, bila ader BE nie, total amaun kat akaun akan cepat bertambah... then BE tak lama pastu tukar jadik ME.. kan besh kalau BE yg ader tuh kekal fohreverrr.. mr Nuff yang handsome... bagi banyak-banyak n lama-lama siket BE kat kelana yepss..

nampaknya pasni kena banyak buat survey kat blog otai-otai teknik2 nak up kn income.. thxzzz wat dorang coz sudi share ilmu kat newbie cam kelana nie.. caiyok kat u'll. Tq jugak buat semua member-member blogger yang berkunjung ke blog alam semesta.. sokongan kalian sangat-sangat kelana hargai.

Kenangan Silam - Memelihara Hamster

Ni kesah 2 tahun lalu. Masa tu dah boring dok memerap kat rumah. Lalu time tu otak start aktip berpikir aper nak buat. Pling.. idea dah mari. Kelana ajak mak ronda-ronda kat pekan. Pegi lah kami ke pekan pagi-pagi morning tuu.. Dah puas pusing, window shopping, pekena laksa power kawan mak kat simpang dekat pejabat pos.. ntah cam mane on der way nak balik, tergerak atie ni.. singgah kat pets shop uncle.. kunun-kunun nak beli ikan la.. tambah koleksi dalam aquarium kat umah..

Dan di kedai uncle lah pandangan pertama ku berputik..cewah, bukan dengan saper-saper pon.. tapi dengan sepasang haiwan chomel bangat.. yang akhirnya mengubah rutin hidup kelana buat seketika.. jatuh chenta dengan hobi baru.. memelihara hamster.

Uncle suruh ambik yang jenis dwarf hamster. Tapi kelana tak minat sebab kecik sangat. Lagi pown uncle bagitaw jenis dwarf nie tak boleh bawak main.. kuat mengigit u... Kelana pilih jenis biasa.. bebulu panjang. Jenis ni boleh bawak keluar sangkar..coraknya cantik... macam-macam kaler ader, tompok itam putih, kelabu, etc. akhirnya sepasang hamster jadi pilihan kelana. Betina kaler cokelat.. jantan kaler kerim..

Sebetui time tu kelana blur ya amat blur ngan pelihara hamster ni. Serius memang tak prepare n tak jangka pon nak pelihara hamster. Suddenly lah omputeh cakap. Ingat boleh bawak balik belenggang camtu jerkk.. rupa-rupanya.. 

Haiya.. adek ooo.. manyak lagi u kena beli lorr.. sangkar besi, bekas makan, bekas khas isi air minum, serbuk kayu, roda untuk hamster main, rumah hamster, vitamin, shampoo untuk bersihkan bulu dan paling penting.. makanan hamster dalam bentuk campuran (palet, kuaci, jagung, gandum, kacang ijau, soya, etc).. wheww.. kopak dekat 200++ hingget jugak la duit akuh. uncle senyum, tapi mak  pulak jeling-jeling majer jer time tu.. membazir duit hang ni kelana oii.. owhh bonda ku sayang.. anakanda dah terpikat, nak wat camner lagik..

Maka bertambah lah ahli keluarga kami. Kaler cokelat tu cik puan comey nama dia.. kaler kerim belang putih si hubby.. panggei nama handsome.. comey + handsome.. baru ngam.. hihiks. Maka bertambah lah keje kelana kena buat.. bizi nengok makan minum dorang setiap hari.. kendian sibuk cari info dalam tenet tentang cara pelihara hamster ni..

Bagi sesaper yang berminat nak bela, nak kongsi siket info n tips yang kelana taw tentang haiwan kecik dan comel nih:
  • hamster haiwan nocturnal. sama cam tikus biasa. means.. nak tengok dorang aktip, main roda pusing dan bergurau senda hanya pada waktu malam. Siang hanya melepak tidog, tidog dan tidog. Bangun pun untuk makan or minum jeks.
  • tak silap kelana hamster dari german word.. hamstern bermaksud 'to hoard'. Memang kena pon, coz dorang ni ader habit pelik.. semua mende yang nak dimakan akan disumbat full house dalam pipi dorang. Kendian bawak masuk dalam rumah... bukan makan semuanya, cikit jer dia makan.. yang lain sorok.. tutup dengan habuk kayu bagi orang lain tak nampak. kekadang tergelak sensorang ngan gelagat comel n handsome tu. comel sumbat kuaci, jagung sampai pipi penuh gedembol.. pastu gi sorok. si hubby dia pulak, dapat jumpa... sumbat dalam pipi, bawak balik ke dalam bekas makanan. tu lah keje dorang tiap-tiap ari.. kihkihk :D
  • Selain makanan kering.. hamster suker sayur n buah. paling suka carrot, celery, lettuce n apple. if bagi apple, asingkan bijik dulu.. sangat tosik jika hamster termakan. Ketika n lepas pregnant, bakal si ibu tuh elok bagi putih telur rebus n cheese.. tak perlu banyak, agak-agak 2 or 3 cubit sehari dah cukup. nanti lahir anak yang sihat montel, susu ibu pun banyak.. carrot bagos bagi tiap-tiap ari.. bulu hamster nanti cantek berkilat memancar-mancar..hihii.
  • hamster haiwan yang kuat cemburu. hanya boleh bela sepasang hamster jer dalam satu-satu sangkar.. mereka takmaw idup bermadu.. if lebey dorang akan gadow.. beperang hingga cedera berdarah-darah. Untuk si ibu pulak.. bila dah start nak pregnant.. anak-anak dia seblom nie kena asingkan cepat-cepat.. tidak dia akan serang jugak.. heipp2
Tak sampai sebulan bela comey ngan handsome.. maka lahir lah 4 ekor anak dorang. Exicted sangat masa nie... kelana dah menjadi penternak hamster yang berjaya.. hurayyy! Bertambah-tambah sibuk kelana... n bertambah-tambah leteran bondaku sayang.. ye lah dok sibuk dengan hamster yang makin banyak, keje-keje lain dah terabai dah..
Bila makin membesar.. bertambah pulak budget untuk dorang. Serbuk kayu dari satu paket sebulan.. dah jadik 2 paket. Habuk kayu nie penting.. bagi hamster selesa tinggal dalam sangkar. Untuk panaskan badan dorang gak. Bila tido.. dorang suke kambus badan dengan serbuk kayu ni. Kena tukar seminggu sekali bila dah kotor.. selalunya sebab kencing.. eeee.. kencing hamster yang tak dapek nak nolong.. manyak mucuk ooo.. :P
Sebulan pas 1st generation lahir.. comey beranak lagi.. kali nie 11 ekog.. tu dia aihhh.. teruk akuh nak bagi mamam.. anak-anak hamster nie cepat besag.. dorang menyusu badan mak dia dalam seminggu.. pastu dah boley makan dah.. foto atas tuh masa umug 3 minggu.. time nie.. lagi-lagi la kuat makan.. cepat jer stok dorang abisss... 

Tak tahan.. budget sebulan tok hamster jer kat seratus.. masa untuk tumpahkan kaseh sayang berjam-jam kena  bagi perhatian.. mak pulak dah jadi pengacara melodi dah.. aduii.. last sekali kelana amik keputusan jual anak-anak tu kat uncle pets shop. Sekor 5 hinggit. Duit tuh dapat tampung beli keperluan hamster. bergitu lah generasi demi generasi si comey n handsome.. hingga pada suatu ari 6 bulan lalu... kelana bangun tidog.. kelana tengok si hansome tu tidog tak bangun-bangun lagik.. T_T.. sob.. sob.. pastu tu menyusul si comey.. pastu anak-anak dia.. dorang kena wabak hamster kots.. coz kat idung kluar cecair jernih cam hingus...

Skang projek perternakan hamster kelana da tersadai.. pasni nak bela lain lah... nak bela kuceng pulak.. boleh kan makk.. ngeee~

Award ke 7th n 8th - Dari Haw n Nelie

Hye semua.. Dalam dok bw semalam, ader 2 member blogger kasik award kat kelana.. dapat serentak sekali gush.. Dan kelana cepat2 lah wat n3 nie.. takut terluper lagik macam tejadi yang sudah-sudah...

Award kat atas dari M@T@HaW.. nama ringkas Haw... tengs ya bagi kat kelana.. sbagai tanda persahabatan. Ekceli.. award tuh dalam bentuk flash, bekelip-kelip, memang sangat cantik tertarik u.. ader Haw sertakan code untuk di copy.. Problemo nya kelana tak pandai nak paste kat ruang posting.. so sementara tu kelana print screen jek buleh kan en Haw.. nanti kelana try usha blog-blog otai camner nak settle mende nie..


8th award datang dari Nelie. Kretif kan design award nie.. If pegi blog Nelie nie.. memang terserlah kekretipan nya..cayiok3x.. kelana suker cara setting n grafik blog dia.. pastu sepeti selalu.. ada soklan cepumas kene jawappp.. nie dia..

1. adekah kamuu seorang yang manje ~ entah lar.. kekadang rase tringin nak bermanjer2an... mungkin dengan yang tetentu jer kot.. terutama kat my mom.. anak mak lar kater kn..huhuks!

2. bilakah kamu mempunyai blogger ~ hurmm.. pasti nya 6 bulan lalu.. yeps.. bulan Jun..

3. apekah perasaan kamuu bile dpt awards? ~ dah tentu hepi yippie.. thxs my dear 4 da award..

4. ucapan untuk saye? ~ ucapan.. hmmm.. maju lah sukan utk negara.. eheh.. wrong3x.. nak ucap bebanyak tima kaseh coz sudi bagi award.. moga menambah eratkan aktivitip pembloggeran kita..

5. tag kan bende nieh (klaw rajin) dekad, 5 orunk yg paleng dekat dgn kamuu ~ dekat jeks.. yang jauh pong buleh kan.. kelana nak bagi pada:

  • Awin

Dapat Hadiah Lagi - Buah Hati Yg Baek Ati Bagi

Dah lama nak buat n3 khas tentang mende nie...skang baru berjaya. Juz nak share perasaan hepi 1000x bangat-bangat.. yang lately buah atie pengarang jantong pisang kelana bagi hadiah lagi.. Ni bukan 1st, tapi yang keee.. japs2x.. nak rewind balik.. 1.. 2.. 3.. 4.. yaiiii.. dah ingat dahh.. hadiah yang ke lima.. yip2 hurraayyy!

Lepas cuti raye aji... ingatkan sidia nie dah lupe dah kat kelana.. frust betoi coz lama jugak dia nie tak tinggalkan aper2 message pownn.. fuhhh.. alhamdulillah.. lega bila taw yang dia masih ingat kan kelana.. muahh1000x.. tenkiu my sweetheart.. cayang bucuk2 so muchh!!

Untuk 1st time in da my life.. memperkenalkan buah hati ku yang famos amos.. treng3x..

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:


~~o0o~~

Inchik Nuffnang.. kuang3x..^.^

 ~~o0o~~

:


:



Otai blogger bagitaw.. si buah ati bucuk sorang nie.. kalau kita ingat aper yang dia bagi... makin banyak lagik lah nanti BE yang akan menyusul.. betoi ka gitew inchik nuff.. amboi3x.. manjer2 meow jugak engko yerr.. hihiks.. Tak kesah lah aper2 pown.. aper yang penting.. toche2 daun keladi yaa.. :P

Anniversary Giveaway - Ana Suzana

Tak silap kelana, ni peluang ke 2 datang dari Awin, mengetag untuk sertai giveaway. 1st dulu dalam bentuk contest rasanya. Tapi kelana terlepas peluang masa tu. Tak sempat nak join. Betul-betul sibuk. Kebizian melanda tak habis-habis seperti tak berpenghujung... alahai, kalah pak or mak menteri sibuknya kelana nie..huhuhu!

Kelana mintak maaf berjuta ampun pada Awin.. coz dulu tak join tag Awin.. dan kali nie lambat pulak buat en3 pasal giveaway dari kak Ana nie. Sori kan diriku ini ya Awin. Bukan disengajakan. Tersangat lah sibuk diriku.. hingga kan blog alam semesta terabai bersawang buat seketika. Kalau dulu, kelana mampu buat en3 setiap hari.. tapii.. sekarang kalian boleh lihat buktinya.. en3 kelana makin kurang. Aktiviti bw jenguk ke blog kenkawan pun dah tak berkesempatan lagi.. aiyakk... teruknya kelana nih!


Back to da stori of da topik.. en3 kali nie tentang ulangtahun perkahwinan blogger iaitu Ana Suzana.. sedappnya nama diaa. Sempena anniversarynya yang bakal menjelang tak lama lagi, beliau nak bagi sesuatu pada kita. Bagi mereka yang bernasib baik akan dihadiahkan.... cuba teka... yeayyy.. akan dapat tudung yang sangat cantek menawannnn.. 


Kelana sempat usha ker blog Ana.. dan dikhabarkan giveaway nie akan berakhir pada 26hb Nov jam 11.59pm. So, kelana kena tag dua orang yang bertuah untuk join anniversary giveaway ni.. Tinggal dua hari lagi.. masalahnya kelana taktaw nak ajak saper.. so sesiaper yang bace en3 nie, jom sama-sama kita joinn.. disamping memeriahkan ulangtahun perkahwinan mereka.. boleh mencuba nasib diri andaa...cuba ya, jangan tak cubaa..!

p/s: pada penganjur (Ana Suzana).. kelana nak ucapkan semoga berbahagia selalu dan dimurahkan rezeki sentiasa.. thx coz buat giveaway nie..

Salam AidilAdha 2010 - Maaf Zahir Batin


Bila Unta dah tak selera makan…

Kambing mula resah..

Lembu pura-pura gelisah..

Ayam je nampak cool!

itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat..

Selamat Hari Raya AidilAdha!!





Kisah Menyeramkan - Penampakan Pocong Di Belakang Rumah

Malam dah lewat. Perut masih meragam. Siang tadi dah berapa kali jumpa mr. tandas. Minyak angin pun dah sapu. Masih tak berkesan. Jarang kena camni. Mungkin penangan pelam muda siang tadi kotss.. cicah with kicap bercili..  melantak sunguh2x bagai orang mengidam.. sekarang perut dah protes dengan apa yang di telan.. aduhhh!

Kelana: mak! mak! joms teman gi tandas.. takut lah sorang2x.

Bondaku sayang: Hang ni, selalu kacau orang tengah tidog. Jom cepat. Dah besag pun penakut..

Kami dua beranak bergegas turun. Tandas terletak agak jauh di belakang rumah. Sekitarnya dikelilingi oleh pokok kelapa. Keadaan sangat sunyi. Malam gelap gelita tanpa sebutir bintang di langit.

Ketika langkah kami makin hampir ke destinasi, tetiba kelana terpandang sesuatu.. jeng3x

~~ o0o ~~
.. tang part seterusnya nie.. kelana akan cuba describe sebaik mungkin aper yang kelana nampak dengan mata kepala kelana sendiri.. yang mengubah persepsi kelana kepada hakikat alam ghaib.. ketika membace en3 ini.. pastikan diri dalam keadaan stabil dan jika ada 'sesuatu' menganggu, jangannn pandang belakanggg.. 
~~ o0o ~~ 
 
Kelana nampak satu objek aneh. Tingginya seperti orang dewasa. Fizikalnya berbentuk seperti kabus putih. Benda tu bergerak-gerak dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Peliknya, ia bergerak dalam keadaan terapung sedikit dari tanah. Pelik bin ajaib lagi, bukan setakat bergerak.. tapi mengeluarkan bunyi.. macam bunyi merungut-rungut. Bila tiba kat satu pokok kelapa, bahagian 'tangan' bergoyang-goyang seolah-olah sedang buat sesuatu pada pokok tuh! Ada tiga pokok kelapa yang 'dia' pegi. Setiap pokok 'dia' buat benda yang sama.

Dalam benda tu dok sibuk buat kerja dia.. kelana capai tangan mak, lalu cakap:

Kelana: Mak! mak! cuba tengok benda putih yang bergerak tu. Hantu bungkus ke..

Bondaku sayang: ishhh.. cahaya lampu rumah kita tu.. cepat gi berak!

Kelana: Cahaya lampu takan boleh bergerak camtu.. lagi pun ade keluar bunyi lagik.. 

Ketika kami dok sibuk cit cat tu lah.. tetiba benda tu berhenti bergerak.. seolah-olah mendengar suara kami.. dannn.. bahagian 'kepala' dia sepontan menoleh ke arah kami. Masa tu kelana dapat lihat bahagian muka benda alah tu kosong jer.. tak ade aper2x pon..
Aper yang kelana terbayang masa tu.. benda tu akan terbang melayang-layang n terkam kami... heeeee.. takut bangat time tu.. hilang terus sakit perut.. seram punya pasal. Mak cepat2x tarik tangan kelana.. berlari-lari kami masuk ke dalam rumah.

Selang dua tiga hari lepas peristiwa tu.. masa memalam.. turun hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung. Kami sekeluarga bergelap dalam rumah coz blackout. Hanya guna pelita minyak tanah. Tak lama lepas tu.. tetiba kelana  nampak satu pancaran cahaya terang kat celah dinding rumah. Kemudian berdentum bunyi guruh. Sangat kuat hingga adik kelana yang bongsu menangis terjerit-jerit. Keesokan pagi, abah bagitau tiga pokok kelapa kat belakang rumah dah kena panah petir. Kelana dengan mak pandang sesama sendiri. Kami pasti pokok kelapa tu lah yang telah 'dilawati' oleh makhluk putih itu...

MORAL OF DA STORI: kisah benar (betul ni.. bukan tipu taw!) ni telah membuka mata n minda kelana pada alam lain.. alam ghaib yang penuh misteri n tak boleh diprovekan oleh dunia sains.. tapi benar-benar ada.. Satu lagi, kelana penah dengar orang tua2x cakap, kilat tu memanah syaitan kat bumi.. dan sekarang baru kelana percaya kata2x tu.. 
 

Pemandangan Indah - Gambar Air Terjun Iguazu

Air Terjun Iguazu (Iguazu Falls) antara air terjun tercantik di dunia. Lokasinya di sempadan negara Brazil dan Argentina. Ia merupakan satu sistem di mana mengandungi 275 air terjun sepanjang 2.7 km, terletak di sungai Iguazu.

Sesetengah air terjun tersebut berketinggian 82m (296 kaki) dan majoritinya 64m (210 kaki). Paling menarik sekali adalah air terjun berbentuk U yang digelar 'The Devil's Throat'. Tingginya 82m dan lebar 150m.

Lebih tinggi dan dua kali ganda lebih lebar dari Air Terjun Victoria, Iguazu Falls terbentuk hasil dari letusan gunung berapi yang mengakibatkan retakan besar di permukaan bumi. Semasa musim hujan pada bulan November - Mac, jumlah aliran airnya ialah sebanyak 12,750 cubic m sesaat.

Eleanor Roosevelt, isteri presiden ke 32 Amerika Syarikat mengucapkan: 'poor Niagara' bila pertama kali melihat air terjun Iguazu yang mengagumkan ini...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics