Award ke 7th n 8th - Dari Haw n Nelie

Hye semua.. Dalam dok bw semalam, ader 2 member blogger kasik award kat kelana.. dapat serentak sekali gush.. Dan kelana cepat2 lah wat n3 nie.. takut terluper lagik macam tejadi yang sudah-sudah...

Award kat atas dari M@T@HaW.. nama ringkas Haw... tengs ya bagi kat kelana.. sbagai tanda persahabatan. Ekceli.. award tuh dalam bentuk flash, bekelip-kelip, memang sangat cantik tertarik u.. ader Haw sertakan code untuk di copy.. Problemo nya kelana tak pandai nak paste kat ruang posting.. so sementara tu kelana print screen jek buleh kan en Haw.. nanti kelana try usha blog-blog otai camner nak settle mende nie..


8th award datang dari Nelie. Kretif kan design award nie.. If pegi blog Nelie nie.. memang terserlah kekretipan nya..cayiok3x.. kelana suker cara setting n grafik blog dia.. pastu sepeti selalu.. ada soklan cepumas kene jawappp.. nie dia..

1. adekah kamuu seorang yang manje ~ entah lar.. kekadang rase tringin nak bermanjer2an... mungkin dengan yang tetentu jer kot.. terutama kat my mom.. anak mak lar kater kn..huhuks!

2. bilakah kamu mempunyai blogger ~ hurmm.. pasti nya 6 bulan lalu.. yeps.. bulan Jun..

3. apekah perasaan kamuu bile dpt awards? ~ dah tentu hepi yippie.. thxs my dear 4 da award..

4. ucapan untuk saye? ~ ucapan.. hmmm.. maju lah sukan utk negara.. eheh.. wrong3x.. nak ucap bebanyak tima kaseh coz sudi bagi award.. moga menambah eratkan aktivitip pembloggeran kita..

5. tag kan bende nieh (klaw rajin) dekad, 5 orunk yg paleng dekat dgn kamuu ~ dekat jeks.. yang jauh pong buleh kan.. kelana nak bagi pada:

  • Awin

Dapat Hadiah Lagi - Buah Hati Yg Baek Ati Bagi

Dah lama nak buat n3 khas tentang mende nie...skang baru berjaya. Juz nak share perasaan hepi 1000x bangat-bangat.. yang lately buah atie pengarang jantong pisang kelana bagi hadiah lagi.. Ni bukan 1st, tapi yang keee.. japs2x.. nak rewind balik.. 1.. 2.. 3.. 4.. yaiiii.. dah ingat dahh.. hadiah yang ke lima.. yip2 hurraayyy!

Lepas cuti raye aji... ingatkan sidia nie dah lupe dah kat kelana.. frust betoi coz lama jugak dia nie tak tinggalkan aper2 message pownn.. fuhhh.. alhamdulillah.. lega bila taw yang dia masih ingat kan kelana.. muahh1000x.. tenkiu my sweetheart.. cayang bucuk2 so muchh!!

Untuk 1st time in da my life.. memperkenalkan buah hati ku yang famos amos.. treng3x..

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:


~~o0o~~

Inchik Nuffnang.. kuang3x..^.^

 ~~o0o~~

:


:



Otai blogger bagitaw.. si buah ati bucuk sorang nie.. kalau kita ingat aper yang dia bagi... makin banyak lagik lah nanti BE yang akan menyusul.. betoi ka gitew inchik nuff.. amboi3x.. manjer2 meow jugak engko yerr.. hihiks.. Tak kesah lah aper2 pown.. aper yang penting.. toche2 daun keladi yaa.. :P

Anniversary Giveaway - Ana Suzana

Tak silap kelana, ni peluang ke 2 datang dari Awin, mengetag untuk sertai giveaway. 1st dulu dalam bentuk contest rasanya. Tapi kelana terlepas peluang masa tu. Tak sempat nak join. Betul-betul sibuk. Kebizian melanda tak habis-habis seperti tak berpenghujung... alahai, kalah pak or mak menteri sibuknya kelana nie..huhuhu!

Kelana mintak maaf berjuta ampun pada Awin.. coz dulu tak join tag Awin.. dan kali nie lambat pulak buat en3 pasal giveaway dari kak Ana nie. Sori kan diriku ini ya Awin. Bukan disengajakan. Tersangat lah sibuk diriku.. hingga kan blog alam semesta terabai bersawang buat seketika. Kalau dulu, kelana mampu buat en3 setiap hari.. tapii.. sekarang kalian boleh lihat buktinya.. en3 kelana makin kurang. Aktiviti bw jenguk ke blog kenkawan pun dah tak berkesempatan lagi.. aiyakk... teruknya kelana nih!


Back to da stori of da topik.. en3 kali nie tentang ulangtahun perkahwinan blogger iaitu Ana Suzana.. sedappnya nama diaa. Sempena anniversarynya yang bakal menjelang tak lama lagi, beliau nak bagi sesuatu pada kita. Bagi mereka yang bernasib baik akan dihadiahkan.... cuba teka... yeayyy.. akan dapat tudung yang sangat cantek menawannnn.. 


Kelana sempat usha ker blog Ana.. dan dikhabarkan giveaway nie akan berakhir pada 26hb Nov jam 11.59pm. So, kelana kena tag dua orang yang bertuah untuk join anniversary giveaway ni.. Tinggal dua hari lagi.. masalahnya kelana taktaw nak ajak saper.. so sesiaper yang bace en3 nie, jom sama-sama kita joinn.. disamping memeriahkan ulangtahun perkahwinan mereka.. boleh mencuba nasib diri andaa...cuba ya, jangan tak cubaa..!

p/s: pada penganjur (Ana Suzana).. kelana nak ucapkan semoga berbahagia selalu dan dimurahkan rezeki sentiasa.. thx coz buat giveaway nie..

Salam AidilAdha 2010 - Maaf Zahir Batin


Bila Unta dah tak selera makan…

Kambing mula resah..

Lembu pura-pura gelisah..

Ayam je nampak cool!

itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat..

Selamat Hari Raya AidilAdha!!





Kisah Menyeramkan - Penampakan Pocong Di Belakang Rumah

Malam dah lewat. Perut masih meragam. Siang tadi dah berapa kali jumpa mr. tandas. Minyak angin pun dah sapu. Masih tak berkesan. Jarang kena camni. Mungkin penangan pelam muda siang tadi kotss.. cicah with kicap bercili..  melantak sunguh2x bagai orang mengidam.. sekarang perut dah protes dengan apa yang di telan.. aduhhh!

Kelana: mak! mak! joms teman gi tandas.. takut lah sorang2x.

Bondaku sayang: Hang ni, selalu kacau orang tengah tidog. Jom cepat. Dah besag pun penakut..

Kami dua beranak bergegas turun. Tandas terletak agak jauh di belakang rumah. Sekitarnya dikelilingi oleh pokok kelapa. Keadaan sangat sunyi. Malam gelap gelita tanpa sebutir bintang di langit.

Ketika langkah kami makin hampir ke destinasi, tetiba kelana terpandang sesuatu.. jeng3x

~~ o0o ~~
.. tang part seterusnya nie.. kelana akan cuba describe sebaik mungkin aper yang kelana nampak dengan mata kepala kelana sendiri.. yang mengubah persepsi kelana kepada hakikat alam ghaib.. ketika membace en3 ini.. pastikan diri dalam keadaan stabil dan jika ada 'sesuatu' menganggu, jangannn pandang belakanggg.. 
~~ o0o ~~ 
 
Kelana nampak satu objek aneh. Tingginya seperti orang dewasa. Fizikalnya berbentuk seperti kabus putih. Benda tu bergerak-gerak dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Peliknya, ia bergerak dalam keadaan terapung sedikit dari tanah. Pelik bin ajaib lagi, bukan setakat bergerak.. tapi mengeluarkan bunyi.. macam bunyi merungut-rungut. Bila tiba kat satu pokok kelapa, bahagian 'tangan' bergoyang-goyang seolah-olah sedang buat sesuatu pada pokok tuh! Ada tiga pokok kelapa yang 'dia' pegi. Setiap pokok 'dia' buat benda yang sama.

Dalam benda tu dok sibuk buat kerja dia.. kelana capai tangan mak, lalu cakap:

Kelana: Mak! mak! cuba tengok benda putih yang bergerak tu. Hantu bungkus ke..

Bondaku sayang: ishhh.. cahaya lampu rumah kita tu.. cepat gi berak!

Kelana: Cahaya lampu takan boleh bergerak camtu.. lagi pun ade keluar bunyi lagik.. 

Ketika kami dok sibuk cit cat tu lah.. tetiba benda tu berhenti bergerak.. seolah-olah mendengar suara kami.. dannn.. bahagian 'kepala' dia sepontan menoleh ke arah kami. Masa tu kelana dapat lihat bahagian muka benda alah tu kosong jer.. tak ade aper2x pon..
Aper yang kelana terbayang masa tu.. benda tu akan terbang melayang-layang n terkam kami... heeeee.. takut bangat time tu.. hilang terus sakit perut.. seram punya pasal. Mak cepat2x tarik tangan kelana.. berlari-lari kami masuk ke dalam rumah.

Selang dua tiga hari lepas peristiwa tu.. masa memalam.. turun hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung. Kami sekeluarga bergelap dalam rumah coz blackout. Hanya guna pelita minyak tanah. Tak lama lepas tu.. tetiba kelana  nampak satu pancaran cahaya terang kat celah dinding rumah. Kemudian berdentum bunyi guruh. Sangat kuat hingga adik kelana yang bongsu menangis terjerit-jerit. Keesokan pagi, abah bagitau tiga pokok kelapa kat belakang rumah dah kena panah petir. Kelana dengan mak pandang sesama sendiri. Kami pasti pokok kelapa tu lah yang telah 'dilawati' oleh makhluk putih itu...

MORAL OF DA STORI: kisah benar (betul ni.. bukan tipu taw!) ni telah membuka mata n minda kelana pada alam lain.. alam ghaib yang penuh misteri n tak boleh diprovekan oleh dunia sains.. tapi benar-benar ada.. Satu lagi, kelana penah dengar orang tua2x cakap, kilat tu memanah syaitan kat bumi.. dan sekarang baru kelana percaya kata2x tu.. 
 

Pemandangan Indah - Gambar Air Terjun Iguazu

Air Terjun Iguazu (Iguazu Falls) antara air terjun tercantik di dunia. Lokasinya di sempadan negara Brazil dan Argentina. Ia merupakan satu sistem di mana mengandungi 275 air terjun sepanjang 2.7 km, terletak di sungai Iguazu.

Sesetengah air terjun tersebut berketinggian 82m (296 kaki) dan majoritinya 64m (210 kaki). Paling menarik sekali adalah air terjun berbentuk U yang digelar 'The Devil's Throat'. Tingginya 82m dan lebar 150m.

Lebih tinggi dan dua kali ganda lebih lebar dari Air Terjun Victoria, Iguazu Falls terbentuk hasil dari letusan gunung berapi yang mengakibatkan retakan besar di permukaan bumi. Semasa musim hujan pada bulan November - Mac, jumlah aliran airnya ialah sebanyak 12,750 cubic m sesaat.

Eleanor Roosevelt, isteri presiden ke 32 Amerika Syarikat mengucapkan: 'poor Niagara' bila pertama kali melihat air terjun Iguazu yang mengagumkan ini...



Ketibaan Musim Tengkujuh 2010

Bila kelana tengok berita malam tadi, terpapar kat kaca tv keadaan negeri Perlis dan Kedah yang mula dilanda banjir. Dilaporkan hujan lebat berterusan sejak kelmarin. Pusat-pusat pemindahan banjir dibuka untuk menempatkan buat sementara bagi 3,000 mangsa yang terlibat. Katanya, hujan akan berterusan beberapa hari lagi. Lebih banyak kawasan akan dinaiki air.

Bawah skrin tv pula menari-nari laporan dari Jabatan Meteorologi tentang lekukan tropika. Ia membawa angin kencang dan hujan lebat di kawasan yang terlibat. Dibawah ni kelana copy n paste kenyataan akhbar dari jabatan tersebut:

KENYATAAN AKHBAR
(01 November 2010)

AMARAN LEKUKAN TROPIKA 
Di keluarkan pada 1.20 petang 01/11/2010

AMARAN LEKUKAN TROPIKA (PERINGKAT MERAH) 

Kawasan tekanan rendah di Laut China Selatan yang dikesan pada 25 Oktober 2010 dan mencapai tahap lekukan tropika pada 1 November 2010. Apabila angin maksimum mencapai kelajuan sehingga 63 kmsj maka kawasan tekanan rendah tersebut diklasifikasikan sebagai kawasan lekukan tropika. Lekukan Tropika dikesan berada kira-kira 50km ke Timur perairan pantai Kelantan (Latitud 6.5 Utara Longitud 103.0 Timur) pada jam 11.00 pagi, 1 November 2010. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kmsj. Semasa lekukan tropika merentasi negeri Kelantan, Kedah dan Perlis, kemungkinan angin kencang mencapai 20-25 knot (40-50 kmsj) dan langkisau 35 knot(70kmsj) dijangka berlaku di negeri-negeri tersebut. Sehubungan itu, ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan pelantar minyak.
Lekukan tropika tersebut menyebabkan hujan lebat dan angin kencang berlaku. Sehubungan itu, jabatan juga mengeluarkan amaran hujan lebat dan amaran angin kencang dan laut bergelora seperti berikut:-

AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH) 
Dikeluarkan pada: 9.45 pagi 01/11/2010

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Ditingkatkan daripada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan pada 8.45 malam, 31/10/2010. 

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli), Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. 

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. 

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) 

KEMASKINI 

I) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 8.45 malam 31/10/2010. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kedah (Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. 

II) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 1.25 petang, 31/10/2010 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

NASIHAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING) 

Dikemaskini pada 9.45 pagi 1/11/2010

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka turun di Kedah (Daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang mulai Isnin, 1 November 2010 sehingga Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

Untuk laporan sepenuhnya, boleh lah rujuk di www.met.gov.my 

p/s: begitu lah sunnatullah ketetapan Maha Pencipta. Hanya kita  sebagai makhluk perlu menghadapinya dengan penuh berhikmah dan sabar. Bila tiba musim tengkujuh ni, kelana teringat masa kecik-kecik dulu, dapat mandi ujan dan main air kat laman rumah. Air naik setakat setengah betis. Memang best sesangat masa tuh. Kelana buat kapal n itik angsa dari kertas. Puas berpesta dengan kenkawan. Kebetulan pulak time cuti sekolah. Sehari suntuk berendam sampai jari kaki kecut-mecut...huhu.

Cuma kesian kat mak, banyak kerja rutin terganggu. Kain baju dibasuh lambat kering. Terpaksa sidai bawah rumah. Arwah abah pulak sibuk menjala n memukat.  Masa ni tak perlu pegi paya atau sungai. Hanya tebar jala kat atas jalan je. Herankan, atas jalan pun ade ikan! Sepat, puyu n haruan jadi lauk kami sepanjang musim tengkujuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics