Keindahan Alam - Pemandangan Menarik Di China

China adalah negara yang kaya dengan sumber daya pelancongan termasuk keindahan lanskap, sungai menawan, mata air, air terjun, senibina kuno yang megah, haiwan dan tumbuhan aneh serta pelbagai struktur dan tapak bersejarah.

Ada 29 tapak warisan termasuk dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh UNESCO, iaitu 3 warisan alam semulajadi, 21 warisan budaya dan 4 warisan alam dan budaya bilateral.

 (sila klik imej untuk lihat dengan lebih jelas lagi)

Selain tapak warisan alam, China juga mempunyai banyak tempat-tempat yang mempunyai pemandangan indah dan  kaya dengan kepelbagaian latar belakang budaya.

Hutan Buluh Shunan (Shunan Zhuhai) - terletak di sebelah barat daya pergunungan Liantian yang memisahkan wilayah Changning dengan Jiangan. Meliputi kawasan seluas 120 km persegi pada ketinggian 600 ke 1000 m. Pada bahagian tengah kawasan ini, hampir 5000 hektar ditumbuhi oleh sejenis buluh besar yang tinggi dan tegak (species Phyllostachys Pubescens). Di Chengdu terletak wilayah habitat haiwan panda yang terkenal. Keindahan Shunan menjadi inspirasi kepada pelukis pemandangan hutan buluh Zheng Banqiao pada zaman Dinasti Qing. Pengambaran filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga dilakukan di sini.

Air Terjun Nuorilang (Nuorilang Waterfall) - Dalam banyak-banyak air terjun cantik di Jiuzhaigou, air terjun Nuorilang yang paling menakjubkan sekali. Ia terletak pada ketinggian 2365 m dari aras laut. Lebarnya 325 m dan tinggi 30-40 m. Sebanyak 5.8 cubic m air per saat mengalir melalui air terjun ini.

Sungai Yangtze (Changjiang) - hampir 6300 km, adalah sungai terpanjang dan terbesar di China, manakala ke tiga di dunia selepas sungai Nil di benua Afrika dan sungai Amazon di Amerika Selatan. Punca sungai ini bermula di bahagian barat gunung Geladandong, puncak utama rangkaian banjaran Tanggula di dataran tinggi Qinghai - Tibet, bahagian barat daya negara China.

Hutan Spruce Xueling di pergunungan Tianshan - kekal semenjak 40 juta tahun lampau. Ia seperti fosil hidup di kawasan pergunungan itu. Pada hujung bulan Oktober, angin sejuk dari Siberia tiba membawa sama kehadiran salji. Dengan diselimuti keputihan salji, keadaan begitu tenang, manakala pohon-pohon spurce seperti berdiri tegak seolah-olah barisan tentera yang memakai mahkota.

Yehliu - nama sebuah tanjung terletak di utara Taiwan. Ketinggiannya bermula dari 1700 m mencuram turun ke aras laut. Sekiranya dilihat dari udara, bentuk tanjung ini se akan-akan seekor penyu raksasa. Oleh itu, tanjung ini juga digelar 'Yehliu Turtle'.

Heavenly Lake - gunung Changbai merupakan salah satu daripada 10 gunung terkenal di China yang mempunyai keindahan alam luarbiasa. Gunung ini termashyur dengan tasik kawah menakjubkan, flora dan fauna serta kaya dengan pemandangan puncak bersalji. Dengan hutan dan salji terbentang saujana mata memandang, ditambah kehadiran tasik dan air terjun tercantik di utara China, menjadikan kawasan ini digelar 'Great Eurasian Green Gallery'.

Badain Jaran - padang pasir ke empat terbesar di dunia. Terletak di utara sempadan Hexi, keluasannya dianggarkan 49,000 km persegi. Di sini terdapat bukit pasir terbesar sekali di dunia.

Gunung Huangshan (Yellow Mountain) - terletak di selatan wilayah Anhui. Tidak diragui ia adalah gunung paling terkenal di negara China sehingga keindahannya kerap diabadikan dalam bentuk lukisan. Pada tahun 1990, ia diwartakan sebagai warisan alam semulajadi dan budaya dunia oleh ahli jawatankuasa warisan UNESCO.

Gua Zhijin - terletak di Bijie dalam wilayah Guizhou, di antara sungai Luichong dan Sancha. Kedua-dua merupakan sumber bagi sungai Wujiang. Zhijin merupakan gua di dalamnya terdapat sungai panjang yang telah kering sejak lama dahulu. Sekitar 1.2 juta tahun lampau, gua ini telah roboh disebabkan hakisan dan hanyutan tanah lalu membentuk ruang besar di dalamnya.

Peak Tomur - menjadi puncak tertinggi di gunung Tianshan iaitu 7439 m dari aras laut. Terletak di barat laut wilayah Wensu, kedudukan geografinya menjadi titik pertemuan penting yang menjadi laluan penghubung antara dunia barat dengan negara China pada zaman silam dahulu.

Guilin - menjadi buah mulut dan pujian orang ramai serata dunia kerana dikatakan antara tempat tercantik di China. Pepatah Cina mengatakan 'Guilin tempat tercantik dan merupakan syurga dunia'. Dengan memiliki bukit menara batu kapur serta aliran air sungai Li yang jernih, ia sering menjadi bahan karya seni lukis dan sajak masyarakat China.

Sawah Padi Bertingkat Longji (Dragon's Backbone Terraced Rice Fields) - mendapat pujian sebagai keajaiban seni pertanian di China! Ia merupakan warisan kuno yang dipusakai sejak 700 tahun lampau. Panorama ketika sawah digenangi air atau warna kekuningan bila padi masak menjadikan ia suatu pemandangan antara tercantik di negara China.

Tentang Senyum

Kita SENYUM ketika masih bayi...





Ketika usia muda... SENYUM menambah cantik wajah!





meski pun kecantikan pudar di mamah usia.. mereka SENYUM tanda gembira!!


Tak kira apa berlaku pada kita,
kekal kan senyum di wajah...
kerna ia menyerlahkan kecantikan,
juga menambah pahala,
kerna SENYUM itu adalah sedekah.



Kisah Buaya - Trauma Setelah Tertelan Handphone

Gena3x.. sblom nie kan orang da pesan kat awak, tapi awak degil, x nak dengar kata. selalu dok peringat, time makan toksah maen ikut bedal ajer. nengok-nengok dulu aper yang nak di telan tuh... memang sang bedal btol la awak inih!  eeee,  geram3x... nasib baek tak ader cuping telinga, idak lama dah kena piat-piat ngan haku... miahahahhh!

KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP


Snow Walk i City Sesuai Untuk Keluarga Beriadah

SHAH ALAM - Sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk merasai keseronokan menggelongsori keputihan dan kedinginan salji. Namun untuk ke negara-negara Eropah pada musim sejuk, bajet mungkin menjadi penghalang. 

Tetapi, hari ini, impian itu mungkin menjadi kenyataan apabila i-City kini menawarkan pakej keseronokan berganda untuk anda merasai sendiri kesejukan bermain salji tanpa perlu memperuntukkan wang yang banyak.

Berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk adalah sebuah taman tema salji yang mula dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2011. Ia amat sesuai untuk membawa keluarga beriadah sambil menikmati suasana yang dingin.

 Peta lokasi ke Snow Walk, i-City, Shah Alam (klik untuk lebih jelas)

Ia tidak sekadar gah dengan keluasannya yang mengagumkan, malah turut mempunyai keunikan tersendiri kerana menggunakan teknologi dari Korea dan tenaga pakar dari China. Snow Walk yang melibatkan pelaburan bernilai RM10 juta ini dilengkapi kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais yang diukir khas oleh tenaga profesional dari Harbin, China. Menariknya, pengukir ais profesional itu terpaksa berkampung di Malaysia selama dua bulan bagi menghasilkan ukiran terbaik.

Pengukir ais dari Harbin, sedang menjalankan kerja-kerja mengukir ais di pusat budaya zodiak di Snow Walk.

Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang meyelubungi Snow Walk dikatakan hampir 90 peratus menyamai salji semula jadi. Ini kerana, salji yang diimport khas ini mempunyai struktur yang lebih ringan, halus dan lembut serta bakal mencetuskan pengalaman baru buat pengunjung terutama yang belum pernah melihat atau menyentuh salji.

Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10. Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. - SelangorKini.



Updated 10/06/11: Gambar-gambar ketika melawat Snow Walk i-city, Shah Alam

Tempat beli tiket masuk ke SnoWalk. Harga Rm25 untuk dewasa, kanak-kanak Rm20 (termasuk kos sewa baju sejuk). Siapa datang dengan own transport, boleh redeem Rm10 parking fee masa beli tiket kat sini.


View pintu masuk utama bangunan SnoWalk. Pic nie klana snap time nak malam. So, boleh nampak pokok2 dengan cahaya lampu macam2 kaler di bahagian halaman bangunan nie. Nak tengok effect lampu warna-warni, kena lah datang waktu malam..


Bahagian tempat ambik baju sejuk. Ader macam2 kaler n design, pilih lah mana berkenan di hati, kena pakai, jangan tak pakai.. coz tempat nak masuk nanti tu tersangat lahhh sejukkkk... sama sebijik cam kat obersea nun..hehe


Bagi yang datang dengan pakai heels, sangat disarankan sewa kasut but kat sini. kadar sewa Rm10, siap pakej dengan stokin sekali. Kat dalam sangat sejuk n beberapa tempat agak slippery, jadik elok sewa untuk faktor keselamatan n keselesaan.


Laluan utama kat bahagian dalam SnoWalk. Penuh dengan salji yang memutih. sepanjang laluan diletakkan blok2 ais berbagai bentuk yang boleh bertukar2 kaler. kejap biru, kejap pink, hijau, etc. memang sangat2 menarik!


penguin bercahaya..


untuk rasa jadi orang eskimo.. boleh la try masuk dalam igloo nie..hhaha..


banyak blok ais berbagai2 bentuk ada kat dalam nie...


ranting pokok dipenuhi salji.. pemadangan macam kat negara sejuk.. sangat cantek!!



SnoWalk i-City Sesuai Untuk Keluarga Beriadah

SHAH ALAM - Sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk merasai keseronokan menggelongsori keputihan dan kedinginan salji. Namun untuk ke negara-negara Eropah pada musim sejuk, bajet mungkin menjadi penghalang. 

Tetapi, hari ini, impian itu mungkin menjadi kenyataan apabila i-City kini menawarkan pakej keseronokan berganda untuk anda merasai sendiri kesejukan bermain salji tanpa perlu memperuntukkan wang yang banyak.

Berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk adalah sebuah taman tema salji yang mula dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2011. Ia amat sesuai untuk membawa keluarga beriadah sambil menikmati suasana yang dingin.

 Peta lokasi ke Snow Walk, i-City, Shah Alam (klik untuk lebih jelas)

Ia tidak sekadar gah dengan keluasannya yang mengagumkan, malah turut mempunyai keunikan tersendiri kerana menggunakan teknologi dari Korea dan tenaga pakar dari China. Snow Walk yang melibatkan pelaburan bernilai RM10 juta ini dilengkapi kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais yang diukir khas oleh tenaga profesional dari Harbin, China. Menariknya, pengukir ais profesional itu terpaksa berkampung di Malaysia selama dua bulan bagi menghasilkan ukiran terbaik.

Pengukir ais dari Harbin, sedang menjalankan kerja-kerja mengukir ais di pusat budaya zodiak di Snow Walk.

Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang meyelubungi Snow Walk dikatakan hampir 90 peratus menyamai salji semula jadi. Ini kerana, salji yang diimport khas ini mempunyai struktur yang lebih ringgan, halus dan lembut serta bakal mencetuskan pengalaman baru buat pengunjung terutama yang belum pernah melihat atau menyentuh salji.

Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10. Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. - SelangorKini.





9th Award - Dari Sis Fara

fush..fush.. banyaknya habuk kat blog nie.. achummm... da stat bersin dah. mana sinus spray nih.. okeh, dah jumpa.. spray idung sat.. pstt pstt.. aiyoyoh.. inie macam manyak terok maa.. baru seminggu tak update.. dah berabuk sana sini situ.. ish ish ish.. if sebulan tak jengok, ingat-ingat maw spiderman lepak kan, jadik tempat dia dating ngan MJ... abes bersawang-sawang.. whuwhuk.. mula nak potpet karut dah.. sori aaaih.. ngeee..

okeh.. dah siap kemas, skang jalan-jalan ronda-ronda time pulak.. nak gi rumah sis fara japs.. tengok resepi or cari info menarik-tertarik kat ctu. bez blog sis fara nie.. samping tu nak gi ambek sometin special dia nak kasik kat klana.. yeszerr.. dah amik bawak balik dah.. ni diaaa.. wawau, canteknya, siap bergerak-gerak lagi.. tengs ya sis!


Award nie, selaen laen dari yang laen (.. laen macam bunyik ayat ni) , dia ada makna tersirat tersurat di sebaliknya.. treng treng:

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

klana nak ucap syabas inspektor sahab jugak kat pereka award nie.. memang mables sangat-sangat. bukan senang kan, nak keluar idea kreatip camnie.. cantek n penuh bermakna. okes... tu aja lah ucapan yang nak disampaikan.. sekian.. tepuk3x... (berangan jadi pemenang AJL japs.. hahaha!)


Haiwan Terancam - Tokek Di Gilai Pemburu Haram

Tokek... unik lah nama nie.. macam tuan empunya diri jugak.  Tapi cian kat tokek, sejak dapat publisiti media, idup dia tak tenteram.. tak privacy lagi. Dulu boleh borak-borak ngan kengkawan kat open air.. skang sosial life dah berubah. Kena sembang sorok-sorok. Ni lah akibatnya if dah fofular macam Ana Rafalli tu..

KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan. 

kredit: kosmo

p/s: Heran jugak klana, camner nilai tokek ni boleh cecah juta-juta sekor. Logik or gimik.. entah lah. Apa pun, coz orang nak cepat kaya punya fasal, dorang akan carik sedaya upaya. Harap spesies tokek tak pupus macam hidupan terancam lain sebelum nie.. (T_T)

Puisi Alam - Rintihan Sang Bumi


Sekian kali aku merayu
pada utusan bergelar khalifah
sayangi kalian pemberian anugerah
ambil endah segala nikmat
malangnya.. aku kecewa lagi...

Saban kali aku berseru
usah diloba segala khazanah
ingat-ingat masa hadapan
ada yang tumbuh tak semua berganti
sedihnya... aku disisih..

Aku merintih minta simpati
masa gemilang ku semakin musnah
rayu seru di pandang rendah
air, udara, rimba dan lautan
diragut serakusnya tanpa sempadan


Menjelang ketika penghuniku tak keruan
riang tawa tinggal kenangan
perit sengsara jadi mainan
terkapar-kapar minta dikembalikan
namun usaha dijawab kegagalan

kerna..

Di kala itu, aku kaku dan tuli
lesu tidak berdaya lagi..

Sandwich Telur - Scramble Bercili

salam 1malaya.. pagi tadi agak rushing sket. banyak benda nak di settle kan. so, untuk brekpes, klana tak sempat beli nasik lemak bungkus daun pisang kat kedai acheh. dah tak dan nak terkedek-kedek jalan kaki.. lebih kurang 100m kat main road depan rumah tu.

bila bukak esbok, tengok masih ader sket tomato, daun salad, timun baki buat nasik ayam kelmarin. cadang nak ratah camtu jer.. makan dengan sos thousand island sedapkan.. tapi bila lihat kat kitchen bench ader telur ngan sket lagi roti gardenia yang dah nak expired.. idea nak buat sandwich telur pon suda marii.. jeng jeng!

memandangkan perot dah menyanyi-nyanyi mintak di isi, dengan sepantas power ranger (ekceli tak la pantas pon.. potong bawang masih tersiput-siput lagik.. thehe..) klana start misson menghasilkan satu resepi sarapan pagi.. sandwich telur yang agak special.. laen skit dari yang biasa.. taraa.. ni lah hasilnya..

sandwich telur scrambled bercili.. gabungan barat n timur... oit2, jangan la gelak.. dalam dunia skang nie macam2 bleh tejadi, bukan orang jer bleh mix.. kan3... hehe. ngancam tak.. wpon presentation tak macam chef wan.. tapi rasanya delicious malicious.. very good one i tell u... if nak try test cara nie.. klana share cara nak buat:
  •  3 biji telur ayam
  •  1 sudu cili kering dah dikisar
  •  setengah ulas bawang besar, potong dadu
  •  secubit garam
  •  sedikit minyak masak or marjerin
pecahkan telur dalam mangkuk, masuk kan sedikit garam, then kacau.. pastu masukkan bawang besar dan sebatikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan satu sudu cili kisar, tumis bagi agak garing. Last, masukkan telur tadi, dan kacau2 hingga agak keras.. dah pun siap.. cepat, simple, sedap, berkhasiat, bla3.. haha!


Baki egg scramble buat sandwich tadi.. klana goreng balik bagi garing n hancur lagi skit.. yihaa. da ader lauk untuk lunch.. mungkin dinner jugak kot.. save masa n budget untuk arini... (^-^)v

nota: bila bace mastika, baru klana taw perkataan 'sandwich' nie berasal dari gelaran orang bernama John Mantagu, the Fourth Earl of Sandwich (1718-1792).. peristiwa berlaku pada malam tahun 1762, bila dia tengah dok sibok sangat berjudi, sampai tak sempat nak mamam.. lalu mintak kat waiter dua keping roti taruk daging bakar kat tengah.. dari situ orang minat dengan cara Mantagu tu.. then maka terkenal la perkataan sandwich seantero dunia.. nak detail bleh check kat link ni : http://www.wordsources.info/words-mod-sandwich.html 

Segmen - Bloglist Blogger 2011

Elo hye.. salam n seramat pagi.. hait2. Da bekpes lom.. jom join together.. nes o cicah biskut marie.. nyum2. Okes.. sebelum mengarut (bkn mencarut yaw,  x di benarkan sama sekali kt cni.. haip2), cheq nak habag.. cheq dah kena tag daa.. ngan Aunt T. Toche2 kat aunt T, coz dengan tag ni klana dapat kenal blogger cik Diana yang menganjurkan segmen nie..

Header blog Cik Diana


Nak join segmen ni kena introduce myself... haa... 1st.. nama. Nak taw nama cheq.. okeh nak nama betui or x brapa betui.. hikhik. ok2, x bleh main2.. nak abag seyius.. x yah fening2 lalat lorr.. panggei klana dah memadai, nama yang sangat unique lagik antique (perasan!). Umug.. nanti sat, pinjam calculator sat...hurmm.. lahir tawun 198?... baru abes blaja kat u mana tah.. so agak2 brapa umur kuh inih.. coba terkaa, hahaha (x yah teka kot, wat abih masa korang jeks). Tapi sowie ah.. perangai masih childis lagik.. giler2 sama.. ngee. Keje? x der keje.. dok umah tolong uncle wat biz dia jer.. ikut suker ati dia nak bagi berape..hukhuk. Asai.. penang mali lorr.. tatak sombong punyaa.. aiyakkk! 

Asal usul n concept header pemerhati alam semesta

Panjang cerita nyaa.. so, di ringkas se ringkas2nya. me sangat1000x minat dengan alam. Bila memerhati alam.. rasa tenang sangat2.. banyak rahsia2 menakjubkan disebalik segala yang diciptakanNya.. tenang n menginsafkan (T_T)... nama kelana fana pulak sebab nak kait kan dengan tema blog nie (fuiyoo.. macam la best sangat, kan2).. ekceli nak pilih nama laen.. tapi pokcik google tak kasi..hukhukhuk..

Saper Dah Bace n3 nie Kena TAG! 

yeps3x.. anda, anda dan anda.. klana kena tag 3 orang untuk melengkapkan syarat join segmen cik diana. meh la join.. meh3 (sambil kaki kuis2 lantai.. mintak simpati..ciannya kat diaa..huhuhu).

*tarikh tutup - 14/01/11

Apa Itu Cinta?

Seorang murid bertanya : "Cikgu.. apa itu cinta?"

Lalu cikgunya berkata : "Bagi menjawab soalan itu, kamu kena pergi ke sawah.. pilih sebutir padi yang paling besar dan bawa balik ke sini"

Tapi ada peraturannya: Kamu hanya boleh pilih sekali sahaja, tak boleh patah balik untuk tukar pilihan lain.

Murid itu pun pergi ke sawah di sebelah sekolah. Sampai di petak pertama, dia jumpa sebutir padi bersaiz besar. Namun, pada pendapatnya mungkin ada lagi padi lebih besar dari itu.

Tepat sekali jangkaannya, di petak lain dia menjumpai padi lebih besar dari yang pertama tadi. Jadi, dia mula terfikir.. di depannya mungkin ada padi-padi yang lebih besar lagi. Lalu dia terus mencari...

Kemudian.. setelah mencari hampir separuh sawah, baru lah murid itu perasan padi-padi tersebut tidak sebesar padi sebelumnya. Dia menyesal dan kecewa kerana telah melepaskan peluang lalu pulang berjumpa cikgunya dengan tangan kosong.


Cikgunya berkata :"Itu lah cinta... anda sentiasa mencari yang lebih sempurna, tapi kemudian bila anda menyedarinya, anda telah pun kehilangan yang dicintai itu.."

p/s: dapat dari email... translate dari bahasa omputeh, if x dapat tangkap maksud dia, jangan salah kan kelana ya, salah kan padi kat sawah tu.. hahaha.


Raja Lawak 5 - Senarai Nama 12 Finalis

12 finalis yang sudah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak Astro sekaligus menjadi pelapis bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak dan jenaka yang semakin rancak membangun telahpun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan pada 27 Disember 2010 di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti empat musim sebelum ini, program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang komedi di kalangan rakyat Malaysia kini kembali menggamatkan kaca televisyen untuk musim kelima dan bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 di Astro Prima (saluran 105).

12 finalis terbaik telah dikenal pasti menerusi sesi ujibakat yang teliti terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan PUKAW, Kumpulan R2, Kumpulan BOBO, Kumpulan KOPIO, Kumpulan BALAS, Kumpulan KAMI, Kumpulan LUCKY, Kumpulan TBO serta empat peserta solo iaitu; NAZMI, MAN, EPY dan LEMAN.

Seperti musim-musim sudah, kesemua peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi dan bakal menerima latihan serta bimbingan profesional oleh barisan pengkritik tetap pada setiap minggu secara bergilir-gilir sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan secara langsung.

Tiga orang pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak.

Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Prima.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat melalui program Al Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 30 & 31 Disember 2010 (Khamis &Jumaat), jam 9.00 malam. Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2011. Manakala persembahan para peserta pada setiap minggu boleh ditonton menerusi program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 dari studio Finas, Hulu Kelang.

Program Raja Lawak Musim Kelima sekali lagi bakal menyaksikan gandingan mantap Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara di Gelanggang Raja Lawak Astro pada setiap minggu.

Pihak Astro juga amat berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran Radio Sinar FM sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan turut disokong oleh Radio Era FM serta Murai.com.my selaku portal hiburan rasmi untuk musim ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.rajalawak.com.my atau dengan menekan butang merah ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

sumber: www.astro.com.my/rajalawak

Tips Kurus Pelik - Guna Cacing!!

wah wah wah.. lama betol kita tak jumpa kan.. ko aku lihat makin hanggun.. bodi ko akuh tengok makin lansing mansing gitew.. aper rahsia ko.. cer citer siket kat akuh nih.. 

betui ker bodi kuh inih nampak langsing.. whu whu whu, bangga riaknya diri kuh inih.. rahsia? takder lah aper rahasia sangat.. aku guna cacing jerr!

Whatt?? CACING.. owh my gucci.. biar betikk haaa..

Gitu lah lebih kurang skesta pendek.. yang dah berlaku.. tapi bukan kat negara kita (coming soon?).. dialog yang da berlaku kat China.. hahaa.. ini stori betui dongg.. pelik tapi benar sih!

~~o0o~~


XIAMEN – Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.

Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

~~o0o~~ 

p/s: macam-macam kan tektik n teknik untuk mendapat figura idaman kalbu.. huhu. okes jugak cara camnih.. da tak perlu pakai slimming patch ker.. or ikut program diet seimbang, ikat perot.. time makan ambik bau jer.. hahaha.. tapiii.. mana nak dapat telur cacing? kat mana ader jual ? lagi satu.. kena pikir kesan sampingan... cacing senang membiak. if da bergulung-gulung dalam badan.. mau tinggal rangka dibuatnya badan kita.. ayoyo.. kena pikir sejuta kali yaa sebelum mencoba tekenik inih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics