Snow Walk i City Sesuai Untuk Keluarga Beriadah

SHAH ALAM - Sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk merasai keseronokan menggelongsori keputihan dan kedinginan salji. Namun untuk ke negara-negara Eropah pada musim sejuk, bajet mungkin menjadi penghalang. 

Tetapi, hari ini, impian itu mungkin menjadi kenyataan apabila i-City kini menawarkan pakej keseronokan berganda untuk anda merasai sendiri kesejukan bermain salji tanpa perlu memperuntukkan wang yang banyak.

Berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk adalah sebuah taman tema salji yang mula dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2011. Ia amat sesuai untuk membawa keluarga beriadah sambil menikmati suasana yang dingin.

 Peta lokasi ke Snow Walk, i-City, Shah Alam (klik untuk lebih jelas)

Ia tidak sekadar gah dengan keluasannya yang mengagumkan, malah turut mempunyai keunikan tersendiri kerana menggunakan teknologi dari Korea dan tenaga pakar dari China. Snow Walk yang melibatkan pelaburan bernilai RM10 juta ini dilengkapi kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais yang diukir khas oleh tenaga profesional dari Harbin, China. Menariknya, pengukir ais profesional itu terpaksa berkampung di Malaysia selama dua bulan bagi menghasilkan ukiran terbaik.

Pengukir ais dari Harbin, sedang menjalankan kerja-kerja mengukir ais di pusat budaya zodiak di Snow Walk.

Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang meyelubungi Snow Walk dikatakan hampir 90 peratus menyamai salji semula jadi. Ini kerana, salji yang diimport khas ini mempunyai struktur yang lebih ringan, halus dan lembut serta bakal mencetuskan pengalaman baru buat pengunjung terutama yang belum pernah melihat atau menyentuh salji.

Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10. Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. - SelangorKini.



Updated 10/06/11: Gambar-gambar ketika melawat Snow Walk i-city, Shah Alam

Tempat beli tiket masuk ke SnoWalk. Harga Rm25 untuk dewasa, kanak-kanak Rm20 (termasuk kos sewa baju sejuk). Siapa datang dengan own transport, boleh redeem Rm10 parking fee masa beli tiket kat sini.


View pintu masuk utama bangunan SnoWalk. Pic nie klana snap time nak malam. So, boleh nampak pokok2 dengan cahaya lampu macam2 kaler di bahagian halaman bangunan nie. Nak tengok effect lampu warna-warni, kena lah datang waktu malam..


Bahagian tempat ambik baju sejuk. Ader macam2 kaler n design, pilih lah mana berkenan di hati, kena pakai, jangan tak pakai.. coz tempat nak masuk nanti tu tersangat lahhh sejukkkk... sama sebijik cam kat obersea nun..hehe


Bagi yang datang dengan pakai heels, sangat disarankan sewa kasut but kat sini. kadar sewa Rm10, siap pakej dengan stokin sekali. Kat dalam sangat sejuk n beberapa tempat agak slippery, jadik elok sewa untuk faktor keselamatan n keselesaan.


Laluan utama kat bahagian dalam SnoWalk. Penuh dengan salji yang memutih. sepanjang laluan diletakkan blok2 ais berbagai bentuk yang boleh bertukar2 kaler. kejap biru, kejap pink, hijau, etc. memang sangat2 menarik!


penguin bercahaya..


untuk rasa jadi orang eskimo.. boleh la try masuk dalam igloo nie..hhaha..


banyak blok ais berbagai2 bentuk ada kat dalam nie...


ranting pokok dipenuhi salji.. pemadangan macam kat negara sejuk.. sangat cantek!!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics