Puisi Alam - Rintihan Sang Bumi


Sekian kali aku merayu
pada utusan bergelar khalifah
sayangi kalian pemberian anugerah
ambil endah segala nikmat
malangnya.. aku kecewa lagi...

Saban kali aku berseru
usah diloba segala khazanah
ingat-ingat masa hadapan
ada yang tumbuh tak semua berganti
sedihnya... aku disisih..

Aku merintih minta simpati
masa gemilang ku semakin musnah
rayu seru di pandang rendah
air, udara, rimba dan lautan
diragut serakusnya tanpa sempadan


Menjelang ketika penghuniku tak keruan
riang tawa tinggal kenangan
perit sengsara jadi mainan
terkapar-kapar minta dikembalikan
namun usaha dijawab kegagalan

kerna..

Di kala itu, aku kaku dan tuli
lesu tidak berdaya lagi..

7 ulasan:

fara dean berkata...

ada maksud yg tersirat!
save our environment!

kelana fana berkata...

~Fara~ btol sis. environ kita da trk sgt dah. kena save cpt sblm tlmbt. baru2 ni berita byk burung, ikan n haiwan lain mati scra global dlm jumlah besar.. satu petanda tak elok utk bumi..huhu (T_T)

Pemerhati Dunia berkata...

Dunia ini sudah hendak kiamat, kelana fana.

Macam-macam perkara sudah berlaku, banyak-banyakkanlah beramal dan sentiasa beringat, bumi ini juga makhluk-Nya.

Hairil Rizal berkata...

Mmg telah diterangkan didalam Al-Quran ttg kerakusan manusia menjahanamkan tempat tinggalnya sendiri.

BTW, ciptaan sendiri ke En Kelana?

kelana fana berkata...

~Pemerhati Dunia~ thxz atas ingatan sdra itu.. mmg byk tanda2 spti dlm hadis dunia dah sgt uzur skrg.. insafnya..

~Hairil~ gitulah.. Al-Quran menceritakn dulu, kini, masa depan.. sebgai pringatn buat manusia..

ciptaan sndri.. best tak (sambil kelip2 mata..hikhik)

nadzirah aqilah berkata...

bila semua mengejar kepuasan sendiri, masing-masing mula lupa dengan tanggungjawab pada isi bumi.. untuk yang masih menyedari semoga kiter bukan tergolong antara mereka.. ^_^

en.kelana... nice la bait-bait kata-kata tu.. lau jadi lagu boley menang AJL.. hehehe.. nadz suka!

kelana fana berkata...

~Nadzirah~ yeps.. mudah2an kiter bkn glongan tu.. tengs sbb nadz kata ok.. tmbh smgt klana nk bpuisi nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics