SnoWalk i-City Sesuai Untuk Keluarga Beriadah

SHAH ALAM - Sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk merasai keseronokan menggelongsori keputihan dan kedinginan salji. Namun untuk ke negara-negara Eropah pada musim sejuk, bajet mungkin menjadi penghalang. 

Tetapi, hari ini, impian itu mungkin menjadi kenyataan apabila i-City kini menawarkan pakej keseronokan berganda untuk anda merasai sendiri kesejukan bermain salji tanpa perlu memperuntukkan wang yang banyak.

Berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk adalah sebuah taman tema salji yang mula dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2011. Ia amat sesuai untuk membawa keluarga beriadah sambil menikmati suasana yang dingin.

 Peta lokasi ke Snow Walk, i-City, Shah Alam (klik untuk lebih jelas)

Ia tidak sekadar gah dengan keluasannya yang mengagumkan, malah turut mempunyai keunikan tersendiri kerana menggunakan teknologi dari Korea dan tenaga pakar dari China. Snow Walk yang melibatkan pelaburan bernilai RM10 juta ini dilengkapi kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais yang diukir khas oleh tenaga profesional dari Harbin, China. Menariknya, pengukir ais profesional itu terpaksa berkampung di Malaysia selama dua bulan bagi menghasilkan ukiran terbaik.

Pengukir ais dari Harbin, sedang menjalankan kerja-kerja mengukir ais di pusat budaya zodiak di Snow Walk.

Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang meyelubungi Snow Walk dikatakan hampir 90 peratus menyamai salji semula jadi. Ini kerana, salji yang diimport khas ini mempunyai struktur yang lebih ringgan, halus dan lembut serta bakal mencetuskan pengalaman baru buat pengunjung terutama yang belum pernah melihat atau menyentuh salji.

Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10. Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. - SelangorKini.





8 ulasan:

fathiah berkata...

suke pegi cni..... nk pegi lg laaa.. heeee

kelana fana berkata...

~Fat @ Ratu Ais~ oihh.. fat da g dah.. musti bez kn3x.. nk ikut.. nk ikut.. \(^o^)/

fara dean berkata...

mmg best klau dpt p yg ni..
walau umah akak dekat je dlm 3km..tp..br skali je pi..
jem!

kelana fana berkata...

~Fara~ wah... sis dkt jer kn.. jem tu yg x brp bez dgr.. cam kes nk p agri exibit kt serdang aritu, x jadi.. half way patah blk coz jem jgk.. owhh.. (@_@)

Hairil Rizal berkata...

Kelana, mmg boleh main salji kat sini ke? Mcm yg kat Genting kan?

Takut dia bagi tgk aje...mcm kat rumah 4 musim Bukit Cerakah...

kelana fana berkata...

~Hairil~ if btol x blh maen.. x bst la kn.. mungkin dpt pegang2 salji jer kot.. x bst lah x dpt maen gelongsor salji.. huhu

siti berkata...

nak tanya sikit.....kalau nak main snowball boleh ke?

klanafana berkata...

~siti~ blh, cuma saljinya agak kasar.. maen baling2 blh benjol.. ehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics