Design Rumah - Konsep Hello Kitty

hai, pernah dapat tak hadiah hello kitty, kucing comey dgn riben pink mcm kat atas nie. kalau pernah dpt, mesti akan rasa bangga plus riak.. alah, mesti ada sikit2 atau banyak2 feeling mcm tu, kan3... hehehe

so, mcmana rasa agaknya jika dpt besday present hello kitty mcm pic kat bawah nie:

tmpt makan elegan dgn seat bentuk riben hello kitty.. wahuuoo..

nie yg plg mables, tmpt tido konsep pink, headboard pun bentuk reben pink... nak3!

guest dtg leh borak2 kat ruang tamu ni.. huaa, comey3..

sofa dgn reben pink!

heee.. luar rumah semuanya design konsep hello kitty.. seriously cute.. besh nya kalo dpt tinggal dlm umah nie.. \(^o^)/

Resepi Rendang Daging

rendang pedas daging

Bahan-bahan:
1. 1/4 kg daging
2. 1 biji kelapa parut
3. 2 sudu kerisik
4. 6 ulas bawang merah
5. 1/2 inci lengkuas
6. 1/4 inci halia
7. 2 batang serai
8. 1/4 inci kunyit hidup
9.  3 sudu cili kering kisar
10. sehelai daun kunyit
11. garam
12. gula
13. 1 keping asam keping

Cara Memasak:
daging potong dadu dan nipis. perah kelapa parut dengan sedikit air untuk ambil santan. hiris bawang merah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup. blender sampai dekat2 nak lumat dengan sedikit air. (nota - jangan lumat sangat, nanti makan tak rasa bahan2 ni). panaskan kuali. masukkan bahan yang dah diblender tadi. bila dah mendidih, masukkan daging. kacau. lepas tu masukkan cili kering yang dah diblender (nota - nak pedas lagi boleh extrakan cili). kacau lagi. dah agak2 sebati bahan dengan daging, masukkan santan. kacau selalu supaya santan tak berketul. last sekali masukkan kerisik dan daun kunyit yang dah dihiris kecil2. jangan lupa masukkan sama garam, gula secukup rasa. asam keping pun jangan dilupakan..hehe. masak sampai agak kuah agak kering dan pecah minyak. dah siap. senang dan simple jer buat rendang ni. boleh lah dimakan sama nasi atau ketupat..hehe

10 Pulau Tercantik Di Malaysia

1. Pulau Perhentian

perhentian island
Walaupun agak sukar untuk sampai ke sini, Perhentian merupakan antara pulau-pulau di pantai timur semenanjung Malaysia yang menjadi ikonik kepada para pengembara. Sebabnya kerana air di pulau ini begitu bersih hinggakan anda boleh bersnokel sekadar di tepi pantai bagi melihat pelbagai hidupan akuatik. Nelayan selaku pemandu pelancong boleh membawa anda dalam bot-bot kecil mereka untuk bersiar-siar sambil berenang dengan jerung atau penyu-penyu yang terdapat di sini.

2. Pulau Tioman 

tioman island
Meskipun Tioman terletak di negeri Pahang, ia dihubungkan dari bandar Mersing, Johor. Terdapat juga perkhidmatan feri terus dari Singapura. Pulau ini mempunyai dua aset tarikan kepada media dan pemasar pelancongan. Pertama, topografi dramatik pulau ini berbentuk titisan air mata di Laut China Selatan dan digunakan sebagai latarbelakang filem 'Pasifik Selatan' pada tahun 1958. Manakala majalah TIME menamakan ia salah-satu daripada pulau-pulau yang paling cantik di dunia pada tahun 1970an.

3. Pulau Langkawi

langkawi
Terletak bersempadan dengan negara Thailand, biarpun kedudukannya paling hampir dengan Perlis, Langkawi sebenarnya adalah sebahagian dari negeri Kedah. Pulau ini sangat masyhur bila dikaitkan dengan nama Mahsuri, seorang wanita yang dibunuh atas tuduhan berzina pada tahun 1819. Sebelum beliau meninggal, beliau telah mengucapkan sumpah "Tidak akan ada keamanan dan kemakmuran di atas pulau ini selama tujuh keturunan".

Dua tahun kemudian, Langkawi telah berjaya ditakluk dalam serangan oleh orang Thai, dengan kebanyakkan penduduknya mati disebabkan oleh kebuluran. Pulau ini juga telah mengalami kemunduran dalam jangkamasa panjang, hinggalah ia dimajukan sebagai pulau peranginan bebas cukai pada tahun 1986. Semenjak dari itu, Langkawi terus mengalami pertumbuhan menakjubkan dengan pertambahan resort-resort berprofil tinggi sepanjang sisir pantainya. Cara terbaik untuk melihat keindahan pulau ini ialah dengan menaiki kereta kabel hingga ke kemuncak gunung Mat Chincang setinggi 710 meter dari aras laut.

4. Pulau Pinang

penang
Digelar Pulau Mutiara, Pulau Pinang (Penang) mempunyai sejarah panjang dan gemilang. 'Ditemui' oleh Kapten Francis Light pada tahun 1786 dan termasuk dalam negeri-negeri selat selepas Melaka dan Singapura. Ibu negerinya, Georgetown telah diberi status bandar sejarah oleh UNESCO pada tahun 2008. Antara tempat melawat menarik di sini ialah Bukit Bendera, Padang Kota, pantai Batu Feringgi dan Botanical Garden. Sementara makanan yang popular pula adalah laksa di Jalan Macalister, makan atas daun pisang di Little India dan seafood di Gurney Drive.

5. Pulau Labuan

labuan
Terletak di pantai Malaysia Timur, kedudukannya di tengah-tengah antara Sabah dan Sarawak, Labuan merupakan salah-satu daripada tiga Wilayah Persekutuan selepas Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pemberian status istimewa sebagai pusat luar pesisir kewangan antarabangsa dan zon perdagangan bebas telah berjaya menarik pelabur asing dalam sektor ekonomi (kira-kira 6,500 syarikat luar pesisir beribu pejabat di sini). Untuk jangkapanjang, kerajaan Malaysia membayangkan pulau ini akan menjadi salah satu pusat perdagangan pesisir utama dunia seperti hab timur tengah di Dubai dan Bahrain.

Jika tidak terlibat dengan hal-hal kewangan, perkara menarik lain yang boleh dilakukan di sini ialah seperti aktiviti menyelam bagi melihat bangkai-bangkai kapal. Selama bertahun-tahun, banyak kapal telah tenggelam di perairan cetek di luar Labuan, menjadikannya sesuai untuk penyelam-penyelam novice. Di sini juga terdapat peninggalan makam peringatan perang, di mana 3,600 askar telah terkorban dalam perang dunia ke dua dahulu.

6. Pulau Layang-Layang

layang-layang island
Mempunyai terumbu karang yang lebih sedikit keluasannya daripada lapangan terbang, pulau kecil Layang-Layang terletak kira-kira 300 km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Pulau ini terhasil apabila Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan kerja-kerja penambakan tanah bagi menyatakan kedaulatan negara ke atas kepulauan Spartly, terletak di Laut China Selatan yang menjadi rebutan negara lain seperti China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Dikelilingi oleh perairan jernih dengan kedalaman hingga 2000 meter, Layang-Layang sering disenaraikan sebagai salah-satu daripada 10 tapak menyelam terbaik dunia kerana kepelbagaian hidupan marin. Kehadiran tentera laut telah menyelamatkan terumbu karang di sini dari dirosakan oleh amalan penangkapan ikan yang boleh merosakkan ekosistem sekitarnya. Di sini, penyelam boleh mengalami pengalaman melihat ratusan ekor jerung hammerhead bergerak dalam kumpulan, selain terdapat pari manta, ikan lumba-lumba, alu-alu dan penyu.

7. Pulau Sipadan

Pada akhir tahun 2002, setelah pertikaian pajang dengan Indonesia, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan pulau Sipadan adalah milik Malaysia. Negara dan juga negeri Sabah di mana pulau ini berada, merasa lega dengan keputusan ini kerana Sipadan sering dinilai sebagai tapak menyelam terbaik dunia, dengan kedudukan terletak di tengah-tengah planet dan mempunyai kepelbagaian bio-diverse hidupan marin yang terbanyak sekali. 

Dalam usaha untuk melindungi eko-sistem yang rapuh, pada tahun 2004 kerajaan Malaysia telah semua resort menyelam di perairan pulau ini mengharamkan aktiviti menyelam pada waktu malam dan menetapkan had para penyelam kepada hanya 120 orang sehari. Langkah ini berjaya, di mana perairan sekitarnya terus serasi dengan kehidupan marin sediada. Perairan sini adalah rumah kepada 3,000 spesis ikan, beratus-ratus spesis karang, sekumpulan besar pari manta dan jerung serta populasi besar bagi penyu hijau dan penyu karah.

Teka Teki - Gambar Apakah Itu?

assalam. hye uols. masa balik kg hari raya lepas, family klana pegi ziarah rumah makcik (sedara belah arwah abah). nak jadi citer, sambil-sambil borak plus makan ketupat cicah rendang kerang (redang makcik klana ni antara yg tersedap dlm kg, first reason singgah beraya rumah dia sebab ketagih redang kerang ni lah..hehe), spontaneous makcik tanya, "hei saudara-saudari cikebum-cikebum, uols nak **tuttt** tak? kalau nak, makcik nak bagi kat korang". Mak klana cakap "hai, mesti lah nak, orang dah nak kasi kan. mana bende tu, cer tunjuk, cer tunjuk, kami tak pernah tengok pun sebelum nie?" Makcik klana berkata lagi (wohoo, ayat bahasa baku xboleh blah kan... heheho) "gi tengok kat belakang dapur tu"

kami pun pakat serbu belakang dapur. semua excited nak tengok bende **tuttt** tu. al-maklum kan, seumur hidup xpernah tengok secara live dan xtau pun kat kampung klana ada mende nie. bila saja klana belek bende alah ni, klana rasa macam tak percaya yang ianya **tuttt**. kalau xpercaya (sila lah percaya...hahaha), cer tengok gambar kat bawah nie:

teka-teki
nak tau nama benda ni? tapi, kalau klana bagi jawapan, tentu siang-siang lagi klana dah mention nama nya kan. memandangkan klana asyik censored  nama **tuttt** dari awal lagi, tujuan nya ialah nak mintak uols teka apakah nama dalam gambar di atas tadi. yesss, kita main teka-teki.... nak3. jadi, apakah benda dalam gambar di atas wahai cikebum-cikebum sekelian. adakah dia...

a. sejenis batu?
b. sejenis haiwan??
c. lain-lain di atas...

masih lagi belum dapat teka apakah itu? ohyeaah.. mungkin pic yang di bawah nie akan menghilangkan segala yang blur2 itu... \(^o^)/

teka-teki bergambar
yeaaayy... siapa yang jawab tiram tadi? sila angkat kening... yaii.. tekaan anda betul... tepuk3. xsalah lagi, gambar atas ni  tiram...ia bukan sejenis kuih atau sos perencah masakan, tapi siput yang tinggal di muara sg. hidup dia dengan cara melekat kat tunggul-tunggul kayu atau ketul batu dalam air. mengikut kata pakcik klana yang mencari tiram nie, susah nak dapat tau kat mana ada tiram. hanya pengalaman membantu jejak lokasi dia. means, beruntung siapa yg dapat menangkap tiram. lagi lah untung jika kopek lalu jumpa mutiara dalam tiram tu...

kami kopek kulit untuk lihat kalau ada mutiara kat dalam.. tapi, kami keciwa.. hukhukk.. lagi satu, perasan tak warna dgn bentuk isi tiram yg kami kopek tu dengan tiram yg di bawah ni:


sebelum bagi tiram ni, pakcik klana mention yang boleh makan mentah-mentah. kami dok imagine kan isi tiram tu sebijik macam tiram kat obersea, putih dan nampak ada semangat sikit nak makan, rupanya tiram lokal ni lain macam bentuk isi dia.. lalu berlaku lah sesi tolak-menolak, sebelum ni semua excited nak makan tiram mentah, sekarang masing-masing buat memek muka, berkerut geleng-geleng macam budak kecik pipi gemboi xnak makan ubat... last-last, mak klana suruh kami bagi kat bang ngah makan, sebab sebelum ni dia yg beria-ia nak... ngah, baik ko telan cepat...gluppp!

Resepi Mee Rebus - Sambal Udang


assalam. hye uols! semalam klana buat open house. hanya panggil saudara dan kawan rapat, adalah dalam 15 ke 20 orang yang datang. open house sudah-sudah klana buat simple-mimple, goreng macaroni saja..hehe. kali ni, cuba buat kelainan siket. puding truffle dengan mee rebus. mee rebus johor yang awesome tuh tak pandai nak masak. jadi klana buat stail utara, yang dah diubahsuai... letak sambal udang masak kicap utk extra condiments. yeps, memang tak pernah dibuat orang. tapi respon dari yang makan, ramai cakap...urmmpp,  okey.. not bad lorr (klana tau, dorang juz nk ambik hati tu.. hukhuk). btw, resipi nya:

Bahan-bahan Hiasan
1. taugeh (celur)
2. bawang goreng
3. cili hijau (mayang nipis)
4. cucur udang (hiris dadu)
5. telur rebus (belah empat)
6. limau kasturi (belah dua)
7. sambal udang msk kicap.
8. tauhu goreng (potong dadu)
9. daun bawang dan daun sup (mayang halus)

Bahan-bahan Kuah (utk 15 - 20 org)
10. 4 sudu sup campbell (perisa ayam cendawan)
11. 3/4 kg keledek (isi warna oren)
12. 4 sudu besar kacang tanah
13. 4 sudu cili kering kisar
14. 3 sudu tepung jagung
15. 2 sudu rempah daging
16. 10 ekor udang hidup
17. 7 ulas bawang merah
18. 4 ulas bawang putih
19. 400 g daging 
20. gula melaka
21. gula pasir
22. garam

Cara Masak Kuah
bawang merah dan bawang putih dikisar. kemudian tumis sampai garing. masuk cili kering dengan rempah daging. tumis sampai naik bau. masuk daging yang dah dipotong dadu. gaul bagi sebati. biar lama sikit. kemudian masuk 4 liter air. rebus sampai daging empuk. lepas tu masuk keledek rebus yang dah diblender lumat. blender udang hidup (buang semua kulit) dengan kacang tanah goreng. dah lumat, masuk dalam kuah tadi. kacau sebati. last sekali, masuk sup campbell, tepung jagung, gula melaka, gula pasir. masuk garam secukup rasa. dah siap, boleh dihidangkan dengan bahan-bahan hiasan tadi. bon appetit!


Tempat Makan Best - Kuala Gula Perak

assalam. hye uols, tentu masih sibuk beraya sakan kan (eh, sounds weird plk bila berulang sebut perkataan 'kan' ni kan.. opppss, kan lagik..hehe.. lepas nie lagi berderet-deret words 'kan' akan muncul, hambik ko klana.. huahua..). klana pun sama.. banyak open house nak pegi, biasa lah kan, lepas puasa ni, acara makan, makan dan makan di sana di sini di situ. oh, bila sebut tentang makan ni, baru klana teringat (ayat ni ayat basi dah kan.. bila sebut makan, konon-konon automatik teringat something berkaitan makan..hoho :p). sebenarnya, ada satu tempat makan best yang iols nak introduce kat uols..

kalo klana balik kg, selalu nya weols sefamily suka lepaks dan makans kat sini. namanya restoran terapung js muara, terletak di kuala gula, perak darul ridzuan. so, uols nak taw apa makanan yang special kat sini? memandangkan restoran ni terletak berdekatan dengan laut, maka tentulah hidangan berkaitan dengan seafood lah paling fofular. dan yang top-meletop kat sini ialah kari sembilang dan yang paling tempting sekali... one of my feveret dishes on the planet... ketam lembut tiga rasa... nyum1000x

tempat ni kira ramai pengunjung. biasanya datang dalam group atau family.. jadi dapat bayangkan berapa lama masa kena tunggu order kita siap. nasib baik restoran ni punya view yang cantek mengadap laut. jadi sementara makanan sampai, layan jer lah pemandangan kuala sungai. di tambah angin sepoi-sepoi bertiup, boleh jadi sejuk hati yang berasap menunggu nie.. it's okey, take ur time chef... hikhik..

bagi yang datang jauh.. dari kl ke, singapore atau benua amerika, boleh sewa chalet kat resort berdekatan.. comel design chalet tu, terletak di atas air lagi... bestnya kalau dapat bermalam kat sini..

taraa.. yang kami order dah pun sampai.... 1st, ikan kerapu bakar... tak silap klana, semua ikan-ikan yang di masak kat restoran ni di ambil hidup-hidup dari dalam sangkar. jadi, bayang kan lah saudara-saudari sekelian betapa freshnya isi ikan bakar nie...

kari ikan sembilang, masakan yang jadi identiti restoran dan juga kuala gula. pernah masuk dalam majalah 3 tentang keenakan kari sembilang di sini. hanya kari kosong je, tak ader bendi, tomato, etc... tapi still.. SEDAPPP!

yeaaay.. yang klana order dah sampai. ketam lembut..aww. dah nama pun lembut, boleh makan dengan kulit-kulit sekali. xperlu susah-payah kopek, hanya nganga mulut luas-luas.. terus ngap3. akibat terlampau rakus meratah (tapi tak lah sampai tahap gelojoh, masih lagi terkawal dalam etika gadis ayu bersopan-santun gitu.. ngeh3), hingga terlupa nak snap photo ketam 3 rasa yang kami order (sebenarnya juz nak abag, gambar atas tu adalah ehsan dari pakcik google, tq).

bagi sesiapa yang berminat nak berkunjung ke sini, elok lah buat tempahan awal. jadi, tak lah nanti tertunggu-tunggu order berjam-jam, terutamanya di hari minggu dan cuti umum. kbye..

Resepi Spaghetti Simple - Kuah Pedas

resepi spaghetti
assalam. puasa dah tinggal beberapa hari lagi. uols berbuka dengan apa kalau time puasa ujung-ujung ni? kalau klana, time camni selalunya, untuk juadah berbuka, biasa buat lauk pakai tunjuk jer.. pling, pling dah siap atas meja ayam percik, nasik kerabu dengan kuih tepung talam ubi kayu, air tebu semua siap sekali..  komplit satu pakej hahaha.. magik ehh, macam mana tu klana.. cer citer, cer citer??  haaish, tak yah guna kayu magik macam hermione pakai tuh.. encek bazar bin ramadhan kan ader.. bawak duit gi tunjuk je nak yang tu, nak yang ni... senang kan... heheheh.

tapi, ari ni, tak semena-mena datang angin semangat berkobar-kobar nak turun dapur... yelah, asyik gi jumpa en bazar je, boring lah. lagi pun, semenjak 2 menjak 3 menjak ni, tekak meraung-raung, mengidam nak makan spaghetti lah pulak. tapi, mana nak cari spaghetti kat bazar, kan3.. so, nak tak nak kena lah jadi chef kejap. dah lama tak buat spaghetti ni. selalunya, cara simple kita pakai sos ready made yang dalam botol tuh.. alah, semua tau kan brand **tutttt** yang femes tu. masalah nya, dah jemu dah dengan rasa sos dia yang pure italian tu... masam dan tak pedas. oleh kerna itu, klana terpikir nak buat kuah spaghetti homemade yang simple dan pedas... resepi dia camni:

cara buat spaghetti
Bahan Dan Cara Memasak Kuah:

A. Bahan-bahan (anggaran untuk 5 - 6 orang makan)
1. 3 ulas bawang merah (tumbuk lumat).
2. 3 ulas bawang putih (tumbuk lumat).
3. 2 sudu cili kering (rendam dan kisar/blender halus).
4. 5 biji tomato segar yang ranum (kupas kulit, buang biji, blender isi hingga lumat).
5. 1/2 ulas bawang holland (potong dadu).
6. 250 g daging lembu segar (hiris kecil/nipis).
7. 4 biji cendawan butang segar (hiris nipis).
8. sedikit serbuk oregano.
9. sedikit garam.
10. 1/2 sudu besar gula.
11. satu sudu besar tepung jagung.

B. Cara-cara memasak
masukkan sikit minyak masak. jangan banyak, nanti kuah berminyak, tak sedap, nampak tak menarik! minyak dah pijar, masuk bawang merah dan bawang putih. dah naik bau, masuk cili kering. tumis lagi. sambil kacau, masuk garam. agak-agak nak garing cili, masuk daging. kacau lagi. biar daging agak setengah garing. kemudian, masuk pes tomato segar tadi. kacau sebati. kecilkan api. biar sampai campuran tomato tadi agak kering air dia. masukkan 2 gelas besar air. salah satu gelas tu dah dibancuh dengan tepung jagung. tujuan untuk bagi pekat kuah spaghetti. bila daging dah empuk, boleh lah masukkan bawang holland, cendawan dan last sekali tabur serbuk oregano dan gula. masak sampai kuah jadi pekat. masa nak berbuka nanti, boleh letak hirisan salad, lada benggala dan tabur parmesan cheese kat atas spaghetti.sedap!

Tempat Menarik Di Pahang - Tasik Chini (Pt 2)

sambungan dr Pt. 1...

1st impression bila tenung jauh tasik chini.. blh nampak byk pokok-pokok rimbun tumbuh atas permukaan air... seolah-olah macam jadi identiti bagi tasik chini, lihat dari jauh macam pokok apa ye.. nak tau apa pokoknya, kena tunggu bila bot sampai dekat dengan pokok tu..

tasik chini terpisah kepada beberapa kelompok oleh rimbunan pokok.. bila dah sampai dekat baru tau, yang pokok tu adalah pokok mengkuang... nama pokok ni klana dapat info dari pemandu bot sendiri. katanya lagi, orang-orang asli di situ guna daun mengkuang ni untuk buat macam-macam hasil anyaman kraftangan... untuk pergi dari satu tasik ke tasik lain kena lalu di celah-celah rimbunan pokok mengkuang tu...

lagi satu trademark tasik chini... pokok teratai. tapi ada orang panggil pokok ni pokok seroja.. ape2 je lah. sayang, time klana pergi bukan musim pokok ni berbunga, jadi dalam seluas-luas tasik chini, hanya satu bunga teratai jer yang dapat klana snap, tu pun nasib baik 'ternampak' oleh pemandu bot kami.. ikut kata pemandu bot lagi, kalo kena musim dia, akan penuh tasik chini dengan bunga-bunga teratai nih.. hoho, dapat bayangkan tak, musti cantek kan suasana pemandangan time tu.

lubang ular (snake hole).. ada kisah menarek tentang lubang ular nie.. nak tahu.. sila baca di bawah ni..

al kesah, menurut pemandu bot kami, abang rudi... mengikut kepercayaan kaum asli jakun yang tinggal sekian lama di sekitar tasik chini, menyakini bahawa bentuk alur dalam photo di atas merupakan peninggalan seekor ular besar. dalam kata lain, alur tu bekas tempat ular besar tu bertapa. panjang alur tu lebih kurang 200 meter, bermula dari tebing sungai, menganjur hingga ke kaki bukit berdekatan. ada pun, al kesahnya lagi oleh abang rudi, ketika bertapa, seluruh badan ular tersebut tertimbus oleh tanah, termasuklah kepalanya sekali. hanya nampak lubang hidungnya dipermukaan tanah.. ada pun lagi, ular besar itu makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan seperti kancil yang lalu berdekatan dengannya. bunyi dengusan hidung ular itu kadang-kala boleh didengari oleh penduduk setempat. bila dah cukup tempoh pertapaan, apabila tumbuh empat kakinya, ular tersebut bertukar menjadi naga.. lalu terhasil lah... ost magika naga tasik chini.. ohoho :P

destinasi akhir perjalanan kami, setelah 1/2 jam menyusur sungai chini yang bengkang bengok.... pintu empangan di pertemuan dengan sungai pahang...

lepas puas menjelajah sekitar empangan.. kami berpatah balik, dan singgah di kampung asal abang rudi, perkampungan orang jakun, kampung cendahan.. di kg ni, antara aktiviti menarik yang oleh kita lakukan ialah belajar selok belok menyumpit.. sangat menarek. jika singgah sini, jangan lupa cuba peluang yang jarang-jarang kita boleh jumpa di tempat lain.

abang rudi singgah sekejap ke rumah..

sampan kayu unik yang digunakan oleh orang jakun untuk menangkap ikan...

Tempat Menarik Di Pahang - Tasik Chini (Pt 1)

tasik chini
assalam. cuti sekolah baru nie klana n family telah melawat satu tempat yang dah lama sangat kami teringin nak pegi.. Tasik Chini, salah satu natural lake terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Banyak perkara menarik tentang Tasik Chini nie. klana share info yang diambik dari brochure Tasik Chini Resort:

"Calm and beautiful the serenity of Lake Chini belies the many secrets that it holds and hides. Indeed, Lake Chini and its surroundings are shrouded legends, some of which dates back to the 14th century. A legend has it that the monsters of the lake guard a submerged ancient Khmer City.

One of the more tales about Lake Chini is of a magical dragon, which lives in the lake. It is said to be guardian of an ancient lost city of gold, which lies in the lake. This local "Loch Ness Monster" has allegedly been sighted many times over the year by villagers who live beside the lake, but to date, no scientific evidence has been found to prove this existence, thus remaining a mystery possibly for year to come.

Lying majestically among 12,000 acres of lush tropical wildness is Lake Chini, Malaysia's second largest natural lake. Located in the wilds, it's a great place to unwind. Lake Chini is made up to series 12 freshwater lakes covering a large area of 12,000 hectares of Natural Forest.

Lake Chini is also endowed with a rich bio-diversified lush tropical wilderness that is home to 138 species of flora, 300 species non aquatic live and 144 species of fresh water fish. Between august and september the lake is transformed into a floating garden with thousand of white and pink lotus flower covering the surface. Fishing is popular activity at the lake and the best time to go angling is between november to january when the monsoon increases the size of the lake".

paint ball
Selain naik bot untuk melihat keindahan tasik, pihak Lake Chini Resort telah menyediakan macam2 lagi aktiviti lain kat sini seperti: paint ball, horse riding, canoeing, jungle trekking, fishing, camping, blow pipe challenge, visiting jakun's settlements, fish feeding, etc.

tasik chini resort
Cuti kami di Tasik Chini selama 2 malam. so, kami memilih untuk menginap di chalet kat atas. rega dia semalam rm140. overall kira memuaskan sebab faciliti masih keadaan sangat baru n selesa. harga tu masuk sarapan. cuma satu masalah kecil bila berkunjung kat sini, makanan kat cafe resort tak banyak pilihan. makan malam hanya ada nasik goreng kampung, nasik pattaya, nasik paprik n nasik goreng biasa. untuk 2 malam klana hanya makan nasik goreng kampung. harga boleh tahan.. rm10.50 sebab ada letak telur dadar n french fries. tapi masuk hari ke 2 dah start nak muak. tak dapat nak bayangkan kalau duduk lama lagi kat sini, rasanya boleh putus urat selera makan klana.. huhu.

tempat menarik di pahang
bahagian reception lake chini resort. selain masa pendaftaran, masa nak ke jeti naik bot atau ke cafe kena lalu kaunter yang comel ni dulu. klana suka dengan design backdrop dia, ada gambar bunga teratai besar. kat depan ada replika (dalam bekas kaca sebelah kanan receptionist) naga sri gumum, lagenda tasik chini...

tempat menarik di pahang
pagi isnin kami semua dah plan nak naik bot jelajah tasik chini (kami sampai petang ahad, setelah lebih 4 jam perjalanan dari kl). klana tengok pagi tu tak lah ramai orang kat jeti nak naik bot. kalau hari ahad sangat lah ramai, maybe sebab hari cuti ..

tasik chini

tasik chini
kat kaunter jeti terpampang peta tasik chini dengan pakej lawatan. boleh kita pilih mana2 tempat ikut budget kita. kami pilih pakej rm90++ yang melawat 6 tasik, empangan n kg orang asli. bila dah dapat boatman, jangan tunggu lama2, jom cepat2 turun masuk bot, siapa cepat, dia dapat duduk tempat yang best sekali.. klana rebut tempat duduk depan, pemandangan lebih jelas n senang nak ambil gambar... hehe.

bersambung di pt2..

Koleksi Biskut Comel - Sedapnya!

assalam.. cer tengok gambar biskut kat bawah ni.. ya ampun memang tersangat bangat lah comelnya... tentu  rasanya jugak sedap kan.. ada kombinasi rasa lemak berkerim, ranggup.. pastinya disukai ramai. okey tak  kalau time raya tahun ni (awalnya pikir raya, posa pun masih lambat lagi.. ekeke)  biskut-biskut almond london, semperit, tart nenas, cornflakes kita wat decor ikut bentuk macam kat bawah nie.. gud idea tak.. hehe..

koleksi biskut

koleksi biskut

koleksi biskut

koleksi biskut

gambar biskut

gambar biskut

gambar biskut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics