Tempat Makan Best - Kuala Gula Perak

assalam. hye uols, tentu masih sibuk beraya sakan kan (eh, sounds weird plk bila berulang sebut perkataan 'kan' ni kan.. opppss, kan lagik..hehe.. lepas nie lagi berderet-deret words 'kan' akan muncul, hambik ko klana.. huahua..). klana pun sama.. banyak open house nak pegi, biasa lah kan, lepas puasa ni, acara makan, makan dan makan di sana di sini di situ. oh, bila sebut tentang makan ni, baru klana teringat (ayat ni ayat basi dah kan.. bila sebut makan, konon-konon automatik teringat something berkaitan makan..hoho :p). sebenarnya, ada satu tempat makan best yang iols nak introduce kat uols..

kalo klana balik kg, selalu nya weols sefamily suka lepaks dan makans kat sini. namanya restoran terapung js muara, terletak di kuala gula, perak darul ridzuan. so, uols nak taw apa makanan yang special kat sini? memandangkan restoran ni terletak berdekatan dengan laut, maka tentulah hidangan berkaitan dengan seafood lah paling fofular. dan yang top-meletop kat sini ialah kari sembilang dan yang paling tempting sekali... one of my feveret dishes on the planet... ketam lembut tiga rasa... nyum1000x

tempat ni kira ramai pengunjung. biasanya datang dalam group atau family.. jadi dapat bayangkan berapa lama masa kena tunggu order kita siap. nasib baik restoran ni punya view yang cantek mengadap laut. jadi sementara makanan sampai, layan jer lah pemandangan kuala sungai. di tambah angin sepoi-sepoi bertiup, boleh jadi sejuk hati yang berasap menunggu nie.. it's okey, take ur time chef... hikhik..

bagi yang datang jauh.. dari kl ke, singapore atau benua amerika, boleh sewa chalet kat resort berdekatan.. comel design chalet tu, terletak di atas air lagi... bestnya kalau dapat bermalam kat sini..

taraa.. yang kami order dah pun sampai.... 1st, ikan kerapu bakar... tak silap klana, semua ikan-ikan yang di masak kat restoran ni di ambil hidup-hidup dari dalam sangkar. jadi, bayang kan lah saudara-saudari sekelian betapa freshnya isi ikan bakar nie...

kari ikan sembilang, masakan yang jadi identiti restoran dan juga kuala gula. pernah masuk dalam majalah 3 tentang keenakan kari sembilang di sini. hanya kari kosong je, tak ader bendi, tomato, etc... tapi still.. SEDAPPP!

yeaaay.. yang klana order dah sampai. ketam lembut..aww. dah nama pun lembut, boleh makan dengan kulit-kulit sekali. xperlu susah-payah kopek, hanya nganga mulut luas-luas.. terus ngap3. akibat terlampau rakus meratah (tapi tak lah sampai tahap gelojoh, masih lagi terkawal dalam etika gadis ayu bersopan-santun gitu.. ngeh3), hingga terlupa nak snap photo ketam 3 rasa yang kami order (sebenarnya juz nak abag, gambar atas tu adalah ehsan dari pakcik google, tq).

bagi sesiapa yang berminat nak berkunjung ke sini, elok lah buat tempahan awal. jadi, tak lah nanti tertunggu-tunggu order berjam-jam, terutamanya di hari minggu dan cuti umum. kbye..

8 ulasan:

Puteri Kasih berkata...

nampak sedap tu :)

klANA berkata...

~Puteri Kasih~ mmg sdp mknan kt cnie, kalau dh dtg sekali, pasti nk dtg lagi.. puteri cuba la nanti..hehe

APAN berkata...

menarik gak tmpt mkn ni...

Hazmin berkata...

Ketam tu yang nampak macam sedap tu... Nasib la jauhkan...

klANA berkata...

~APAN~ mmg mnarik, jemput lah singgah cnie

~Hazmin~ d cnie, ketam lmbt tu sgt femes, dtg jauh blh dok kt chalet comel tu.. sambil2 dtg cnie blh tgk bird watching sekali

tango berkata...

Mahal tak?

mohd shahriduan mohd saat berkata...

Ikan memang dalam sangkar dan boleh pilih ikan ke..harga pula mcmana..

klANA berkata...

~mohd shahriduan mohd saat~ masa kami pegi tu, seingat sy ikan tak pilih, diarong yg pilhkn, mungkin boleh request jika kita nk pilih sendiri.. harganye tak lah mahal sgt, utk hidang yg kami order tu tak sampai RM60 rasanye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics