Nama-Nama Bunga Di Malaysia

assalam... entri kali ni bertujuan untuk share koleksi gambar bunga berserta nama-nama bunga itu (cewahh.. ayat skema cam lecture dlm kelas landscape.. ngeh3) yang telah klana snap masa cuti-cuti melencong di malaysia...

bunga-bunga malaysia
Cannonball Flower aka Bunga Peluru Meriam (fuhh.. dasatnya nama dia.. huhu) amik kat Botanical Garden, Penang.
 
bunga petunia
Ekceli klana xberapa pasti sangat nama bunga ni.. mungkin dalam genus petunia. tapi kaler n bentuk kelopak ada iras-iras bunga senduduk, cuma pistil dia agak pendek sikit. lokasi : Muzium Taiping 

bunga petunia
lagi group of red petunias... kaler bunga yg terang kontras dgn warna daun... ni di perkarangan hotel grand continental, cameron highlands...

bunga tahi ayam
Rasanya bunga ni biasa-biasa jak, orang panggei bunga taik ayam kan.. nama saintifiknya.. Lantana Camara. cuma, bila ada encek rama-rama orange tu hinggap, baru nampak luar biasa cantik siket.. ehehe.

bunga raya
adakah ini spesis bunga raya hybrid? ouwhh.. mungkin ya, klana xberapa pasti... akan tetapi.. kelopak berbentuk kerinting n berkaler pink itu.. bagi ku sangat lah cantek n menawan sekali..

yg ni klana pasti sangat-sangat...hehe.. ni memang dua kuntum bunga raya.. di Cameron Highlands..

bunga raya
lagi genus hibiscus...di perkarangan masjid selat melaka (malacca straits mosque)... bunga raya ni macam-macam jenis kan, yang nie cam bunga kebangsaan tu, cuma daun dia capuk-capuk merah hijau...

bunga lily
bunga bakung atau lily (lilium) jingga.. bunga yg paling klana suka selepas bunga mawar... kata pengkaji bunga, mawar simbol kecantikan n lily kesucian.. betul ke maksud dia camtu?? kalau perasan, dalam pic kat atas ada seekor sang rama-rama 'rajah broke' sedang hinggap pd bunga-bunga tu.. haipp2..

bunga melur
Bunga Melur (nama saintifik: Jasminium Sambac).. berbau harum, banyak kegunaannya dalam bidang perubatan, kosmetik dan upacara2 agama.. antara jenis tanaman bunga yang femes sebagai penghias laman rumah.. termasuklah di rumah bonda terchenta ku... hehe


update: 08hb Jun 2012

bunga teratai
bunga teratai. atau setengah org panggil bunga seroja, mana satu yg betul, entah lah..huhu. snap kat tasik chini, pahang.

sepit udang
heliconia aka sepit udang... dpt nmpk tak sekor belalang dah kena sepit dah..hehe

updated 09.11.12

orkid hyrid
orkid hybrid..dgn kaler terang n kontras, pasti semua peminat bunga ingin memiliknya, so awesome!

orchid hybrid
lagi orkid hybrid, dgn kaler purpel yg lembut, i loike..

bunga daisy
 bunch of daisy flowers, cantek sebagai hiasan taman atau letak atas meja dalam rumah.

marigold flower
daisy purpel

marigold? daisy?? or chrysanthemum (kekwa)???... cuba teka (~_^)v

limau nipis
selingan.. limau nipis paling mahal in da earth..sebijik harga dia RM50 hinggit..huhu, nak beli tak..hehe

Kucing Comel - Eh Aku Punya xLah Comel Sangat

Saya ada dua kucing, ekornya panjang
Bulu warna oren cantik bebelang
Bila saya panggil diorang pun datang
Tersangat manjanya saya pun sayang

Saya beri makan nasi campur ikan
Diorang minum susu riang selalu
Jaga waktu malam tidur waktu siang
Bulu oren-moren saya pun sayang
 
kucing comel
owh.. kucing saya xberbulu
 mcm kucing parsi..

kucing comel
atau.. bermata biru
 macam kucing oversea..

gambar kucing comel
ia hanya kucing kampung
jenis red-tabby...
hey.. yg ini saya plg sayang
namanya timmy...

gambar kucing comel
kucing kedua agaklah garang
namanya boren.. kuat kelahi..
suka merayau2, pulang jarang2
bila dah balik.. luka sana-sini..

** nota: baca sambil nyanyi..ikut rentak lagu
Saya Ada Kucing... hihii (^0^)v **

Hadiah Bunga - Kena Reject Lah Lagi

Tempat: library...

Suasana: duduk sorang2.. mesti lah senyap-sunyi.. kalau dok dlm group... abis la.. alamat kena sound dgn abg2 library.. wakaka

Cerita: kisah nya begini..
kisah lelaki
pikat perempuan
maksud bunga
pikat wanita
Rumusan:
 pikat perempuan aka wanita dgn berbekal sekuntum bunga ros merah.. awww.. mmg romantis abiss.. tentu tujuan n maksud dia suci lagi murni kn.. caiyok2. ehhe.. cuma, seribu kali sayang.. membuat kejutan n memaksa cinta tu xbetol caranya der... percayalah, cinta memerlukn waktu utk tumbuh dan berkembang.. pastinya perlu ada komitmen dr dua hati. btw, thxz coz sudi menjadi secret admirer.. n akan ku kenang 'pengorbanan'mu itu sampai bila2.. ngee..

Pelik Tapi Benar - 2 Tahun Tak Tanggal Make Up

The Daily Chilli melaporkan, di Korea Selatan ada seorang gadis yang tidak membasuh mukanya selama dua tahun. Pelik kan? Tentu ada sebab kenapa dia buat begitu...
 
pelik tapi benar
 Bae dengan make-up tebal (kiri) dan penampilan wajah sebenar (kanan).

Gadis berusia 20 tahun bernama Bae-Dal-mi ini memberi alasan "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur" katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.

sumber: health.asiaone.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics