Tempat Menarik Di Pahang - Tasik Chini (Pt 2)

sambungan dr Pt. 1...

1st impression bila tenung jauh tasik chini.. blh nampak byk pokok-pokok rimbun tumbuh atas permukaan air... seolah-olah macam jadi identiti bagi tasik chini, lihat dari jauh macam pokok apa ye.. nak tau apa pokoknya, kena tunggu bila bot sampai dekat dengan pokok tu..

tasik chini terpisah kepada beberapa kelompok oleh rimbunan pokok.. bila dah sampai dekat baru tau, yang pokok tu adalah pokok mengkuang... nama pokok ni klana dapat info dari pemandu bot sendiri. katanya lagi, orang-orang asli di situ guna daun mengkuang ni untuk buat macam-macam hasil anyaman kraftangan... untuk pergi dari satu tasik ke tasik lain kena lalu di celah-celah rimbunan pokok mengkuang tu...

lagi satu trademark tasik chini... pokok teratai. tapi ada orang panggil pokok ni pokok seroja.. ape2 je lah. sayang, time klana pergi bukan musim pokok ni berbunga, jadi dalam seluas-luas tasik chini, hanya satu bunga teratai jer yang dapat klana snap, tu pun nasib baik 'ternampak' oleh pemandu bot kami.. ikut kata pemandu bot lagi, kalo kena musim dia, akan penuh tasik chini dengan bunga-bunga teratai nih.. hoho, dapat bayangkan tak, musti cantek kan suasana pemandangan time tu.

lubang ular (snake hole).. ada kisah menarek tentang lubang ular nie.. nak tahu.. sila baca di bawah ni..

al kesah, menurut pemandu bot kami, abang rudi... mengikut kepercayaan kaum asli jakun yang tinggal sekian lama di sekitar tasik chini, menyakini bahawa bentuk alur dalam photo di atas merupakan peninggalan seekor ular besar. dalam kata lain, alur tu bekas tempat ular besar tu bertapa. panjang alur tu lebih kurang 200 meter, bermula dari tebing sungai, menganjur hingga ke kaki bukit berdekatan. ada pun, al kesahnya lagi oleh abang rudi, ketika bertapa, seluruh badan ular tersebut tertimbus oleh tanah, termasuklah kepalanya sekali. hanya nampak lubang hidungnya dipermukaan tanah.. ada pun lagi, ular besar itu makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan seperti kancil yang lalu berdekatan dengannya. bunyi dengusan hidung ular itu kadang-kala boleh didengari oleh penduduk setempat. bila dah cukup tempoh pertapaan, apabila tumbuh empat kakinya, ular tersebut bertukar menjadi naga.. lalu terhasil lah... ost magika naga tasik chini.. ohoho :P

destinasi akhir perjalanan kami, setelah 1/2 jam menyusur sungai chini yang bengkang bengok.... pintu empangan di pertemuan dengan sungai pahang...

lepas puas menjelajah sekitar empangan.. kami berpatah balik, dan singgah di kampung asal abang rudi, perkampungan orang jakun, kampung cendahan.. di kg ni, antara aktiviti menarik yang oleh kita lakukan ialah belajar selok belok menyumpit.. sangat menarek. jika singgah sini, jangan lupa cuba peluang yang jarang-jarang kita boleh jumpa di tempat lain.

abang rudi singgah sekejap ke rumah..

sampan kayu unik yang digunakan oleh orang jakun untuk menangkap ikan...

1 ulasan:

chedai berkata...

bestnyaaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics