Resepi Kuah Kacang Berdaging

Lagi seminggu kita akan menyambut aidil fitri, insyaAllah. Bila sebut tentang raya, antara makanan yang sinonim dan popular ialah ketupat nasi. Tak kisah lah samada disediakan secara tradisional dengan dimasak dalam anyaman daun kelapa atau ketupat segera dalam plastik, juadah istimewa ini sangat secocok dimakan dengan rendang atau kuah kacang. Jadi, entri kali ni kelana nak berkongsi resepi kuah kacang special, sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu di hari raya nanti.

Bahan-bahan (anggaran untuk 15 orang):
  1. 1 kg kacang tanah.
  2. 10 ulas bawang merah.
  3. 2 labu bawang besar.
  4. 1/2 inci lengkuas.
  5. 1/2 inci halia.
  6. 10 - 15 tangkai cili kering.
  7. 1 sudu jintan putih.
  8. 1/4 kg daging lembu.
  9. 3 - 4 sudu besar gula pasir.
  10. 1/2 ketul gula kabung.
  11. garam secukup rasa.
  12. minyak masak untuk menumis.
Cara-caranya:
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Sejukkan, kemudian buang kulit dan dikisar. kalau stail kelana akan goreng kacang bagi agak garing sedikit. Selain senang nak blender (kurang melekit), masa masak nanti, warna kuah akan nampak lebih menarik. cuma jangan terlebih garing, takut kuah akan berasa pahit. Campurkan dengan 1 liter air suam. Adun hingga sekata.
  2. Potong melintang cili kering untuk membuang bijinya. Biji cili akan menyebabkan rasa 'maung' pada kuah. Cili kering tanpa biji juga menjadikan kuah lebih merah menawan. Rendam cili dalam air panas hingga lembut. Kisar hingga hancur.
  3. Bawang kecil, bawang besar, halia dan lengkuas dimayang. Kemudian blender sekali. Dalam part bawang dan segala macam untuk menumis ni, pebret kelana tidak akan kisar terlampau lumat. Jadi bila makan nanti, akan terasa sedikit kehadiran ramuan-ramuan ni dalam mulut, baru best.
  4. Tumbuk jintan putih ala kadar, cukup untuk mengeluarkan aromanya.
  5. Potong dadu daging, sama seperti nak masak rendang.
  6. Panaskan minyak. Masukkan bahan no. 3 dan 4 tadi. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili kering yang dah dikisar. Tumis lagi hingga agak garing.
  7. Masukkan campuran kacang kisar + air tadi. Kacau hingga sekata. Masukkan daging, masak hingga empuk. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Last sekali, tambahkan gula pasir, gula kabung dan garam secukup rasa (gula kabung disamping memanis, juga akan mengharum dan mencantikkan kuah).
Kuah kacang ni banyak version. Ada yang suka bubuh serai, belacan, udang kering atau santan sebagai penambah perisa. Cara di atas kira simple adanya, from my mom recipes.. di mana kalau perasan, tak menggunakan bawang putih. Ikut petuanya, ape-ape masakan tumis berlada ni kalau ada bawang putih kurang sedap rasa dan bau.. dan petua ini disambung oleh anak-anaknya pula.. hihi. Ape pun, terpulang lah pada selera memasing. Satu lagi, daging tu boleh guna yang ade lemaknya sikit, so kuah nanti akan lebih pekat (bagi menggantikan fungsi santan). Untuk tambah khasiat, time nak makan, tabur sikit racikan timun.. ia menjadi satu hidangan yang seimbang, ada ketupat nasi, daging dan sayur.. selamat mencuba n **bon appetit**

7 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Tak tau pulak boleh letak daging dalam kuah kacang ni..

Tima kasih beri info ni Kelana!

kelana fana berkata...

Hairil Rizal~ welkam. nanti blh wife en Warlord cube.. blh ganti daging dgn ayam kalau suka.. kuah akan lbh manis berlemak dan pekat, macam ala2 kuah satay.. :)

Rezy Adisty berkata...

yum yum

~Mika Darkness~ berkata...

Oishii... *0*
msti cuba ni! thanks for the recipe~~ ^^

afeezz berkata...

salam ramadhan : nyam3.. sedapnyer kuah kacang

kelana fana berkata...

Rezy~ cube lah.. sgt sedap tau..

Mika~ welcome.. Mika buat nanti bagi kelana sikit.. :D

Afeezz~ salam.. thx singgah n komen :)

kelana fana berkata...

Rezy~ cube lah.. sgt sedap tau..

Mika~ welcome.. Mika buat nanti bagi kelana sikit.. :D

Afeezz~ salam.. thx singgah n komen :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics