Sang Bedal Di Pantai PD

makhluk aneh buaya
MOHD. FAREZ (kiri), Azay dan Suhaimi bersama bangkai buaya tembaga yang ditemui di pantai Port Dickson semalam.


PORT DICKSON Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini. Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan. Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.

Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang. Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai, katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak. Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut.

kredit : kosmo.com.my

7 ulasan:

Mama JnJ berkata...

besarnya boya!

MamaYatie berkata...

eeee..biar betik ni...takoot nak gi PD

kelana fana berkata...

Mama JnJ n Mama Yatie ~ seblm ni dah ada yg kena gigit boya masa mandi kat PD, boya dari sg Linggi rupenya. Mungkin ada lagi yg lain, pihak berkuasa kena buat sesuatu utk atasi masalah ni..

thomas berkata...

Bahaya betul,besar juga buaya ni mcm yg saya tenguk di Miri crocodile farm.

S..U..D..@..I..S berkata...

salam
alamak! boya tembaga ka tu. besar gedabak menakutkan

cemomoi berkata...

masih ada lagi ke ni?

Cik Shiqa berkata...

ergh seram nye tgok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics