Tentang Kucing - Kenapa Tidur Dalam Posisi Melucukan

Kucing haiwan peliharaan popular di kalangan masyarakat kita. Haiwan jinak  dan comel ini boleh dibawa tinggal bersama-sama dalam rumah. Banyak keistimewaan dan fakta menarik tentang kucing. Ia antara haiwan yang paling banyak menghabiskan masanya dengan.....tidur, iaitu purata selama 16 jam sehari. Lama bukan?

Tentu ada di kalangan rakan-rakan pernah melihat gambar kucing tidur dalam posisi yang melucukan. Atau melalui pengalaman kucing yang dibela sendiri. Menjadi persoalan sekarang, kenapa kucing-kucing tersebut tidur dalam keadaan demikian di berbagai-bagai tempat. Apakah sebabnya? Bagi memecah kebuntuan ini, KF telah menemuramah pokcik google untuk mendapatkan jawapannya. Jom kita terjah bersama-sama...

haiwan peliharaan
Samada sengaja ditidurkan oleh tuannya begitu, anak-anak kucing memang gemar tidur berhimpitan antara satu sama lain. Kucing haiwan bersosial dan kerap berinteraksi sesama mereka. Selain dari itu, cara ini juga dapat memanaskan badan ketika tidur. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Cat_behavior

haiwan peliharaan
Kucing haiwan dalam kumpulan sama dengan harimau kumbang dan harimau bintang. Oleh itu, keinginan untuk melepak dan tidur di atas pokok tetap ada, tak kira lah samada ia kucing kampung atau kacukan. Dan mereka tidak perlu risau risiko jatuh ketika tidur. Deria keseimbangan yang terletak dalam telinga sangat sempurna. Jika jatuh, mereka boleh mendarat dengan baik tanpa mengalami kecederaan. Sumber: http://www.catscans.com/facts.htm

haiwan peliharaan
Kerap kita jumpa kucing tidur dalam keadaan terlentang. Empat kaki ke atas mendedahkan perut..hehe..macam orang tidur pulak. Ini bermakna kucing tersebut merasa sangat selesa dan selamat dengan keadaan persekitaran tempat dia tidur. Sumber: http://www.sniksnak.com/cathealth/whydo.html

kucing lucu
Selain berkeadaan terlentang, kucing juga suka tidur berdekatan dengan cahaya matahari, seperti di tepi tingkap. Dengan ini, ia dapat menyeimbangkan suhu dalam badannya ketika tidur. Sesetengah kucing akan  mengubah posisi tidurnya mengikut pergerakan matahari. Sumber: http://www.sniksnak.com/cathealth/whydo.html

Antara tempat tidur pebret...dalam kotak. Kucing pantang jumpa kotak kosong, kecil pun tak mengapa, janji boleh loloskan badannya. Tidur dalam keadaan sempit macam tu akan menjadikan dirinya rasa selamat. Sama seperti kanak-kanak ketakutan yang tidur dalam selimut..haha. Sumber: http://ezinearticles.com/?Facts-About-Cats-Sleep-Behavior&id=2080997

Last sekali, ini lah gaya paling famous kucing tidur....sehingga sang durian ambil kesempatan (durian kucing tidur). Kucing punya tidur, durian dapat nama..ngee~. Masalahnya, pokcik google tak dapat merungkai persoalan ni..kenapa dan mengapa kucing paling suka tidur stail macam tu...puas KF pujuk rayu...namun hampa. Mungkin ada yang mempunyai jawapan...boleh lah kongsi-kongsikan di sini.


9 ulasan:

Cik Nad berkata...

durian!!
hehe~

~Mika Darkness~ berkata...

comelnye!!! xD
geram tul tgk kucing2 tu sume! lbih2 lg yg tdur trlentang tu. >w<

Bidadari fiza berkata...

subhanallah..=)


comelnya...(^___^)

amira berkata...

subhanallah.. kucing ni comel!!!

nas berkata...

comelnyer...
napela manusia tak tido berhimpit3
hehehhehehhehehe
thx info tue..
jeles tengok..
cm durian..hehehhee

jom bace entri terbaru nas klik:

rahsia gadis mesej lucah terbongkar

tehr berkata...

kat rumah saya ada 11 ekor kucing
macam2 gaya tidur ada...
hahaha hahaha

Mar berkata...

kucg yg sgt cute,...suka yg tidur terlntang 2,

Onelove...Jambu merah warna berkata...

kucing2 ni mcm2 rgam...slalu mghiburkan hati..kcg kt umah da la cbuk nk tdo atas katil jgak..slagi kte x bgn die xnak bgn..hu3.. bl nk mntak mkan dan2 buat mate mngantuk..huhuhu

yahaya berkata...

info yg menarik dan melucukan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics