Saintis Minta Manusia Hidup Di Planet Lain.

LONDON – Pakar astrofizik, Stephen Hawking, 68, memberi amaran bahawa bangsa manusia perlu membuka penempatan baru di angkasa lepas dalam tempoh dua kurun lagi atau berdepan risiko pupus. Pakar astrofizik terkenal itu berkata, satu-satunya peluang untuk mengekalkan kesinambungan manusia adalah dengan membuka penempatan baru di planet-planet asing.“Saya melihat bahaya menunggu umat manusia. Sebelum ini, sudah beberapa kali kita diancam kepupusan. Sebagai contoh, krisis peluru berpandu nuklear Cuba pada 1963,” kata Hawking.

“Populasi manusia meningkat dan sumber asli di bumi terhad. Kita pula mengubah alam sekitar yang mendatangkan risiko manusia itu sendiri,” tambahnya. Menurut Hawking, adalah sukar bagi umat manusia mengelak bencana dalam masa 100 tahun akan datang, inikan pula untuk tempoh 1,000 tahun atau sejuta tahun. “Satu-satunya peluang untuk selamat adalah untuk tidak kekal di bumi, tetapi memulakan kehidupan di angkasa lepas,” jelasnya.

– Agensi

kredit : kosmo.com.my

11 ulasan:

suri berkata...

berkemungkinan kita akan kesana heee..

cuma tak tahi bila kita akn ksana..


yg pasti tika itu duit adalah yang pling utma sb nak ke sana bukan mudah perlu ada sejumlah wang yg besar kan heeee..

~Mika Darkness~ berkata...

O_O wow. tggl dgn makhluk asing la nmpknye kte nti...

kelana fana berkata...

Suri~program angkasa lepas spti US ngan Europe (NASA & ESA) byk ke arah mencari tpt alternative di bulan or planet. Diorang sdg cari sumber2 utama spti air di marikh utk memungkinkn manusia hidup. Betul, time tu org2 yg byk duit jer yg terpilih..

Mika~hmm..nampaknya fiction sci movie akan jadi kenyataan..hihi :)

Ahmad Zaki berkata...

Assalamualaikum...

Bumi adalah tempat tinggal orang Islam, sudah dinyatakan dlm Al Quran.

Allah SWT telah mencabar manusia yang kufur dan ingkar, agar mencari "tempat tinggal" yg lain selain bumi. Segalanya ketentuan Allah SWT.

Ahli sains Stephen Hawking tu juga pernah berkata manusia tidak patut cuba berkomunikasi atau menghantar signal pada makhluk asing kerana risikonya amat tinggi utk mereka menyerang bumi.

kelana fana berkata...

Ahmad Zaki~waalaikumussalam..Al Quran sumber ilmu yg mutlak..segala kejadian hingga ke hari kiamat terkdg dlm Al Quran..thx coz sudi berkongsi pdgn yg sgt bermanfaat utk semua.. :)

Faizal@PeJAY berkata...

giler pe nak dok tggal mana

kelana fana berkata...

Faizal~mmm..dgn teknologi yg ada skrg nie mmg sukar nak terima idea hawking nih..:)

n@jwamz berkata...

wow... ahahaha klako pun ade...
jenuh nk mengangkut brg2 kalu nk pindah...ngeeeee

kelana fana berkata...

N@jwamz~hihi..untung syarikat pindah memindah time tu nanti :)

ayin~weeweet berkata...

ms tu sy dh xda kot.ngee~

kelana fana berkata...

Ayin~jangkaannya 2 kurun dari sekrg means, lbh krg tahun 2210..tak tau la kot2 ade antara kite blh cecah umur 200 tahun.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics