SAMBUTAN Tahun Baru Cina bakal diraikan dalam beberapa hari sahaja lagi dengan arnab mengambil alih tahun harimau mengikut Kalendar Lunar. Tahun Arnab dikatakan sebagai tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran.
Sempena sambutan tersebut, pelbagai aktiviti menarik berlangsung bermula pada 14 Januari hingga 9 Februari depan tidak terkecuali di The Curve. Dengan bertemakan The Joys of Spring, kempen sambutan kali ini lebih menjurus kepada simbol musim bunga. Pengunjung dapat merasai suasana di dalam pusat beli-belah dengan seni guntingan kertas bersama gabungan pelbagai simbol zodiak Cina serta tanglung.
Tarikan utama bertumpu kepada simbol zodiak arnab yang lebih dikenali dalam budaya Cina sebagai binatang cerdik dan pengasih. Ia diceriakan lagi dengan hiasan pokok bunga sakura yang membangkitkan suasana sambutan perayaan. Dekorasi tersebut dilengkapkan dengan pelbagai gerai yang menawarkan hadiah dan produk sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Dalam pada itu, pengunjung juga boleh membeli pelbagai jenis barangan daripada August Eight Collection, Clarity Enterprise, ETC, Fujimori, Juice Work, Little Diva, Sweet Memory dan Yours Truly Floral & Gifts.
Sepanjang kempen, sambil membeli-belah pengunjung yang datang berpeluang menonton persembahan menarik seperti tarian singa yang menampilkan aksi akrobatik daripada Kwong Ngai Acrobatic Lion Dance Troupe yang terkenal di peringkat antarabangsa selain tarian naga, 5 Emperor dan persembahan gendang 24 musim.
Persembahan lain termasuklah persembahan perubahan mimik muka Cina kuno, muzik instrumental yang dimain menggunakan alat muzik klasikal dan tarian tradisional bagi memeriahkan suasana. Turut diadakan ialah demonstrasi seni halus ukiran patung doh dan gula tarik. Pengunjung berpeluang menikmatinya manisan itu dengan percuma.
Bagi pengunjung yang mahu meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, mereka boleh memilih beberapa restoran di situ. “Kami menyambut kedatangan para pengunjung dengan memberikan pengalaman membeli-belah istimewa dengan menampilkan budaya dan tradisi bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina. “Ia bertepatan dengan tujuan kami untuk memberikan pengalaman unik yang diingati sampai bila-bila selain berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Pengurus Pusat The Curve, Adele D. Flores.
kredit: kosmo
p/s: bagi yang tak balik kampung, selain g rumah terbuka, boleh lah berkunjung kat the curve nie. sebut tentang chinese new year, klana masih ingat keenakan kuih bakul (halal), arwah abah bawak balik setelah bekunjung rumah rakan-rakan dia. x silap ingredient kuih ni lebih kurang ngan dodol kita, cuma bau dia cukup wangi menawan selera. maka, dok la kami adik beradik, ngap2 makan berebut-rebut. maklum lah, bleh jumpa setahun sekali jer kan..hahaha. yang lebih-lebih tu mak akan potong kecik-kecik, pastu goreng celup tepung.. wahhh.. nyum2.
Buat masyarakat cina, jugak especially kat nuffies team member and staff, klana ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2011. dengan ucapan bagi la angpow ke, BE ker.. lebih-lebih sikit tahun nie.. eceli, klana baru wat cashout baru-baru nie. tu untuk earning yg lepas-lepas. untuk coming soon, nampaknya blom sangkut sebarang BE lagik... siann nya isk3x... (harap-harap incik nuffnang sudi la 'terbace' and take da action tentang keluhan hati ku inih.. (=_=) + (@_@) = (T_T)
Buat masyarakat cina, jugak especially kat nuffies team member and staff, klana ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2011. dengan ucapan bagi la angpow ke, BE ker.. lebih-lebih sikit tahun nie.. eceli, klana baru wat cashout baru-baru nie. tu untuk earning yg lepas-lepas. untuk coming soon, nampaknya blom sangkut sebarang BE lagik... siann nya isk3x... (harap-harap incik nuffnang sudi la 'terbace' and take da action tentang keluhan hati ku inih.. (=_=) + (@_@) = (T_T)
13 ulasan:
jadi.. tahun akan datang ni dikatakan tahun yg pengasih dan cerdik la eh ? hehh..
~Hazari~ gitu lah, if ikut kepercayaan diorang.. (^-^)v
rebit mmg terbaek!!!
wah.... x penah msuk the curve... tgk dr luar je
~Pu3 @ Awin~ yeps.. comey n jinak.. tapi awas.. hahaha!
~Fath~ jom g tgk chinese culture dance n song joms...
Wah! Minat kueh bakul juga,lain kali try goreng celup telur yg di kacau dgn sedikit garam.
~Thomas~ tengs.. klana da dpt blaja 1 new tip.. klana akan cuba nanti.. (^-^)d
Mmg tak balik pun CNY ni. Bagus gak..boleh lah pegi The Curve nnti :)
~Hairil~ if Warlord wat review.. blh klana tmpg baca.. peace! (^o^)
tak pergi lagi the curve... nampak meriah disana!!
~Zik~ masih sempat nk pegi.. last 9 feb nie.. (^o^)d
Salam kelana.
Sudah naik kerja balik ke.
~Pemerhati~ salam.. alhamdulillah.. da naik balik.. (@_@)
Catat Ulasan