Makanan Johor - Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Lama tak ronda-rondi ke Johor. Dulu masa klana stay kat sana, antara kenangan yang  teringat2 sampai sekarang ialah tentang kesedapan makanannya. Betul, negeri-negeri lain pun klana penah pegi, masing-masing punya masakan special.. yang jadi identiti bagi sesebuah negeri tu. Tapi, pada pendapat peribadi klana, negeri Johor sgt banyak makanan istimewa yang boleh dicuba. Entri kali ni style ala-ala jalan2 cari makan.. kalau klana or sesaper berpeluang ke Johor nanti, jangan lupa cuba masakan istimewa di bawah ni.. cuba jangan xcuba, pasti anda berpuashati dengan keenakannya..

makanan johor
~ Mee Rebus ~
Kalau di JB, antara yg femes tentu sekali mee rebus hj wahid kat plaza angsana atau kotaraya. klana dah banyak kali rasa mee rebus dia. kuahnya memang layan abiss.. n tambah2 sedap bila ditabur penderam yg ranggup macam keropok tu...mmm.. yummilicious!!  jika nak rasa mee rebus letak sum2 tulang pulak, boleh lah singgah di stulang laut. selain JB... kalau nak ke pulau tioman, n naik feri ikut jeti mersing, tak jauh dari situ, ada satu warung betul2 dekat simpang tiga... mee rebus dia pun sedap. recipe kuah mee rebus dia special sebab ada letak taucu, yg klana rasa jarang orang bubuh, terutama mee rebus sebelah utara.

 masakan johor
~ Laksa Johor ~
resepinya lebih kurang laksa utara. yg beza... kuah letak santan n xpakai laksa beras, tapi spaghetti. apa yg klana dengar, nak makan laksa johor paling sedap sebelah JB, boleh singgah di pasar kampung melayu. pagi2 dah ada orang jual... klana xpernah try lagi.. selalunya kalau teringin nak makan, juz turun ke dapur buat sendiri je.. ngeh3.

makanan johor
~ Soto Ayam ~
ingat johor.. ingat soto. begitu lah eratnya talian kasih negeri johor dengan makanan bernama soto nie... jadi, pegi mana2 tempat kat johor, pasti mudah jumpa warung atau restoran jual soto. dengan kuah pekat.. carikan ayam.. tauge.. nasi impit.. campur sambal kicap.. memang bes bangat2. jika stail klana.. suka makan soto nie dengan satey... nasi impit dalam soto tu, yg dah bergabung mesra2 alam dengan kuah sup dia.. pastu celup dengan kuah kacang si satey... haii.. nyum3. 

masakan johor
~ Asam Pedas ~
bila waktu lunch dan lalu ke bandar batu pahat, boleh lah singgah n try makan nasi bersama lauk asam pedas. di sini, antara yg terkenal dengan kesedapan asam pedas ialah restoran ali di tepi sg batu pahat. ada asam pedas ikan merah, siakap, pari atau sembilang. berbanding dengan asam pedas melaka, ramai kata asam pedas johor lebih pekat n lebih byk cili... memang betul2 'kaw' punya pedas...

makanan johor
~ Lontong Goreng ~
sebut saja lontong, biasanya kita bayangkan ianya juadah nasi impit yg dimakan dengan kuah lodeh. tapi, unik nya kat johor nie, ada sejenis masakan lontong  dipanggil lontong goreng. cara memasaknya sgt mudah. nasi impit akan digoreng bersama dengan rencah yg sama seperti kita nak masak mee goreng. 1st time klana makan lontong nie, di satu restoran kat taman ungku tun aminah.

makanan johor
~ Mee Bandung ~
mee bandung nie, boleh kata semua tempat boleh jumpa, tapi pada pendapat klana, semua xboleh challenge kesedapan mee bandung muar. seyes memang sedap giler.. btol3. kalau kat restoran tomyam, kuah mee bandung banyak letak sos tomato.. tapi beza dengan mee bandung muar... kuahnya ada rasa masam, manis, pedas... semua serba-serbi seimbang. jika dah makan.. akan terkenang2 kepowerannya (betol ke ayat nie.. ), jadi ramai yang makan mee bandung di muar nie akan beli pes mee bandung segera untuk di bawak balik.. buat stok.. ye lah, bila ketagihan, stay jauh pulak.. xyah la nak kena turun muar selalu...kan3.

makanan johor
~ Nasi Briyani ~
selain asam pedas.. batu pahat jugak gah dengan nasi briyani.. bukan mamak style... tapi gam punya. eh.. ader taruk gam ke.. xder la keje giler nak taruk gam klana oii.. tapi.. cara pembuatan nasik tu yg menjadikkan nasi briyani gam dapat nama. byk restoran di batu pahat menyajikan nasi nie. antara yg forfular ialah restoran nasi bariani power n mohd shah bariani. kelembutan nasi, aroma yg harum, plus2 masak merah ayam sebagai lauk utama.. akan menyebabkan si pemakan nasi nie akan berani mengeluarkn wang utk mencoba nya berkali2 di lain kali.. ha3hak.. (@_@)

makanan johor
~ Nasi Ambeng ~
boleh kata nasi ni merupakan masakan asli tradisional orang jawa. regu lauk nasik ni macam2 ada, biasanya ada ikan/ayam goreng, urap, serunding kelapa, tempe, etc. xsilap klana, dulu2 hanya boleh jumpa dalam majlis kenduri. tapi sekarang dah dikomersilkan. nak nasi ambeng sedap, boleh la berkunjung ke bandar baru uda, dekat dengan tampoi tu.
makanan johor
~ Telur Pindang ~
dulu masa mula2 dok johor, selain mendapat culture shock (eh, xkan tu pun blh terkezut.. biar betik ko nih.. hu3) dgn cara memakan pisang goreng cicah sambal kicap.. satu lagi yg unik ialah jika pegi kenduri kawen, kita akan dapat hadiah bunga telur... yg telurnya macam pic kat atas tu. bila balik, kupas telur tu.. jeng3.. semerbak bau unik keluar n isi dia xmacam telur rebus biasa. rasanya jugak unik.. coz telur ni rupa2nya direbus dengan pelbagai daun2 herba n rempah... kat kedai atau warung jugak kadang2 ada dijual.. diletak berlonggok dalam pinggan ditengah2 meja.. bagi klana dalam byk2 makanan kat atas.. telur pindang nie yg paling unik sekali.. setuju tak? ehheh... (~_^)v


2 ulasan:

Papa-NtiQ berkata...

hi klANA...cakap pasal makanan johor ni kan memang menarik..bermacam jenis authentic yg hanya johor je ada. Nanti jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan....makan hehe terutama area johor tapi tempat lain pun ada... dan klANA register follower ok TQ TQ TQ

klANA berkata...

~klANA~ hye.. btol, mknan johor byk yg bes2.. thx to u too papa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics