Tempat Menarik Di Melaka - Kg Morten

rumah di melaka
assalam.. masa naik river cruise, boat driver ada mention pasal kg morten. masa dalam bot, bila tengok secara sambil lalu perkampungan tu, timbul perasaan nak tahu. apa yang ada kat dalam kawasan situ. selama ni, macam-macam tempat menarik di melaka.. kat ayer keroh dan bandar hilir, dah banyak kali kami pergi. kg morten belum pernah sekali pun. jadi, lepas habis sesi terjah river cruise, semua sepakat untuk serbu bagi menjawab misteri yang menyelubungi kami... hehe..

kampung morten 
lagi pun, dari taman rempah bukannya jauh sangat. hanya jalan kaki lebih kurang 15 minit ikut tepi sg melaka.. kemudian seberang guna jambatan melengkung yang cantik dihias corak bunga raya tu.. dah pun sampai ke kg morten.

rumah di melaka
hokeh.. sekarang klana nak jadi cikgu sejarah jap.. mintak perhatian semua, cikgu nak cerita siket latarbelakang kg morten ni (sambil cekak pinggang, konon-konon cuba nak tunjuk garang.. ngeh3).. Kg morten merupakan satu-satunya kg melayu yang terletak ditengah-tengah bandar melaka. Mula dibuka pada tahun 1922 oleh Tuan J.F Morten, salah seorang pengawai tanah British di Melaka dahulu yang telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dari Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British. sebelum dibangunkan, ia adalah kawasan paya... **hurmm, patutlah kalau lihat sekarang ni, area dekat kg ni masih ada lagi pokok-pokok bakau... fikir seorang murid yang tak lah terer sangat..hehe**

rumah di melaka
ada 85 buah rumah di kampung ni, 52 buah masih mengekalkan rekabentuk tradisional rumah melaka...

kg morten
pintu gerbang kayu menyambut ketibaan pengunjung yang datang.. halaman rumah dihias kreatif dan cantik oleh pemilik rumah.. kesemua tuan atau puan rumah kat sini peramah.. meh la jemput masuk, jangan malu-malu, boleh minum-minum, boleh sembang-sembang sejarah melaka dengan mereka... sambil belek-belek barang-barang antik dalam rumah tu..

rumah melaka
salah satu ciri unik rumah di melaka ni.. tangga batu yang dihiasi jubin corak geometri atau bunga.. time petang duduk ramai-ramai kat tangga ni... beshhh..

rumah melaka
bagi yang belajar senibina, mesti salute kat pembuat model miniature rumah melaka di atas... sangat halus hasil kerja tangan mereka.. nampak real..

3 ulasan:

Aliff Tan berkata...

Saya mencari seorang pemandu pelancong di melaka sity pada 7 july 2012 untuk group seramai 32 orang @ satu bas. sesiapa yg ada kelapangan, sila berhubung dengan saya di 012 4301642 / macroone@yshoo.com

Ismail

Unknown berkata...

Wow, tq byk2 a.klana.. next week memg nk ke melaka & tringin sgt ke sgi melaka. Tp kalau pegi pde wktu mlm lg best kot..

klANA berkata...

~koleksi aqula~ welkam..hehe..yeps, melaka waktu mlm pd sy lagi cantek, lagi happening..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics