Tempat Menarik Di Langkawi - 2 Hari Pusing Pulau (Pt 2)

wake up early in da morning dengan sarapan yang awesome kat poolside lobby terrace restaurant (klana paling suka baked potato casserole with sausage + special hotel helang-made sause... tersangatlahh yummyyy, sampai tergerak hati macam nak mintak resepi kat abang chef hotel tue... ngeh3x), semua dah semangat tip-top nak jelajah pulau lagenda pada hari pertama nie. Dalam antara kami nih, ada la sorang tu dilantik secara tak rasmi sebagai ketua xpdc... so, ikut planning chef de mission kami, 1st yang patut kami terjah ialah... ofcoz lah location paling terdekat dengan hotel, iaitu... Underwater World Langkawi.

1. Underwater World Langkawi
as mentioned early tadi kan, location Underwater World nie dekat, so.. jarak perjalanan dari hotel hanya memakan masa lebih kurang 20 minit. Patutnya boleh sampai lebih awal lagi, tapi memandangkan on the way kami lalu tepi pantai yang cantek mengoda... sempat lagi kami berenti n snap photo di beberapa tempat. Dekat2 nak sampai.. kiri kanan jalan klana lihat banyak chalet n rumah tumpangan jenis homestay style. Iklan2 tradisional massage jugak terpampang merata-rata... hurmmm.. klana dapat bayangkan penduduk langkawi nie business minded betul n xlepaskan peluang untuk memajukan ekonomi diorang dalam industri pelancongan. mat n minah saleh banyak kat cnie. xbestnya... ada satu kapel omputeh tu selamber bardak je naik skuter lalu depan van kami, dengan hanya pakai fabret beach clothes diorang... haishh.. rimas n mencocok2 mata betul lah...

langkawi
Underwater nie, bangunan dia duduk berjiran sebelah-menyebelah dengan shopping complex. Memandangkan kami sampai agak awal n kaunter tiket belum bukak, semua pakat ronda2 kejap kat dalam shopping complex tu (ekceli dalam complex tu pun xader apa sangat, masih pagi, banyak belum menjalankan biznes lagi). Dalam pukul 9.30 am, bila kaunter tiket start beroperasi, ramai mula beratur untuk beli tiket masuk. Untuk harga tiket, dewasa kena RM 28, kanak2 RM 18. Fees dia agak mahal compare dengan penang aquarium.. huhuhu. tapiii... yeps, ada tapi nya. well, nak taw jawapan kepada tapi nya tu... jom la kita masuk dalam ruang bangunan underwater nie dulu <--- juz to bagi suspen sikit... hikhik .. (^o~)v

macam aquaria kat klcc, kat cnie pown ada terowong glass, agak huge jugak. so, boleh jeling2 main mata dengan hidupan marine seperti ikan pari besar, kerapu, shark n bla3x.. ada juga section untuk ikan air tawar, 3d theatre show... tapiii..yang paling3x tak bleh blah dengan underwater langkawi nie ialah dia ada satu ruang khas yang dinamakan penguins section. bahagian ni klana paling lama sekali dok melekat, hingga terpisah dari group member lain. klana penah jumpa pingu2 cute nie kat zoo negara, tapi kat sini lagi banyak giler bilang n spesis. ada dari african dan yang paling2 special, ada rockhopper penguins kat sini. so fun n cute sangat tengok diorang jalan terkedek-kedek dengan jambul kuning bergoyang2 kat atas kepala. klana ada amik bedio pingu spesis rockhopper nie... siap edit dengan lagu sekali yaww, so.. tengok lah video kat atas tu... plzzz... haha!

2. Makam Mahsuri
agak2 dekat 2 jam jugak kami dok lepak kat underwater world. kemudian, chef de mission bagi arahan pada ahli rombongan berkumpul.. then start kira... satu, dua, tiga, lekuk, bla3x.. okeh, semua cukup, takde tercicir. kami mula meninggalkan pantai cenang (bye2 my cute pingu's..huk2). target seterusnya.. makam mahsuri...Jalan ke makam mahsuri bengkang-bengkok, di sepanjang tepi pantai yang bertebing curam. Jalanraya di atas tebing dengan laut nampak jauh di bawah. pokok2 hijau seperti pemandangan hutan kiri kanan jalan menjadikan panoramanya sangat indah. last sekali, dekat2 nak sampai, kami masuk area kampung yang di kelilingi dusun buah2an n sawah padi... dann ... trenggg.. dah pun sampai kat kompleks makam mahsuri..

tempat menarik di langkawi
makam mahsuri duduk dalam area bergelar kompleks... weihh.. biar betik??? mula klana pun terkezut babun jugak, ingatkan makam mahsuri nie juz macam makam hang tuah kat melaka tu.. tapi ia sebenarnya berada dalam satu kawasan terancang n dihias cantik... macam2 ada kat dalam nie. ada muzium, restaurant, pusat kraf, pameran geologi, burung n demonstrasi produk2 langkawi. dari pintu masuk utama, nun jauh di tengah2 komplek nie, nampak jelas binaan makam... tempat bersemadinya puteri lagenda berdarah putih.. menandakan kesucian diri ketika mati difitnah.. begitu lah sadisss sekali kesahnya (T_T). klana tengok sekitar makam banyak tandan2 pisang, macam ada orang buat upacara bayar nazar di makam nie... omg.

makam mahsuri replika
psstt.. the secret revealed!! selama nie klana mati-mati ingat pic kat atas nie betol-betol makam mahsuri.. rupe nya tipah tertipu!! yg atas tu hanya replika makam... yeps, tu lah yg diberitahu pd kami oleh salah seorang pekerja di makam mahsuri nie..

makam mahsuri sebenar
ni makam mahsuri sebenar, yg benar lagi sebenar-benarnya... hanya ditanda oleh dua batu sungai.. terletak tak jauh di sebelah makam yg dikata replika tadi.. staf kat situ cakap, tujuan dibuat macam nie bagi menjaga kesucian makam mahsuri sebenar.. huhu

~bersambung di Pt 3~

2 ulasan:

klANA berkata...

~org muo~ ha ah.. mcm2 ada.. tip-top n mmuaskn haty cuti2 kt cnie..

klANA berkata...

~zures~ btol, langkawi da bes, mummy ader masa nanti try la gi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics