Kisah Menyeramkan - Penampakan Pocong Di Belakang Rumah

Malam dah lewat. Perut masih meragam. Siang tadi dah berapa kali jumpa mr. tandas. Minyak angin pun dah sapu. Masih tak berkesan. Jarang kena camni. Mungkin penangan pelam muda siang tadi kotss.. cicah with kicap bercili..  melantak sunguh2x bagai orang mengidam.. sekarang perut dah protes dengan apa yang di telan.. aduhhh!

Kelana: mak! mak! joms teman gi tandas.. takut lah sorang2x.

Bondaku sayang: Hang ni, selalu kacau orang tengah tidog. Jom cepat. Dah besag pun penakut..

Kami dua beranak bergegas turun. Tandas terletak agak jauh di belakang rumah. Sekitarnya dikelilingi oleh pokok kelapa. Keadaan sangat sunyi. Malam gelap gelita tanpa sebutir bintang di langit.

Ketika langkah kami makin hampir ke destinasi, tetiba kelana terpandang sesuatu.. jeng3x

~~ o0o ~~
.. tang part seterusnya nie.. kelana akan cuba describe sebaik mungkin aper yang kelana nampak dengan mata kepala kelana sendiri.. yang mengubah persepsi kelana kepada hakikat alam ghaib.. ketika membace en3 ini.. pastikan diri dalam keadaan stabil dan jika ada 'sesuatu' menganggu, jangannn pandang belakanggg.. 
~~ o0o ~~ 
 
Kelana nampak satu objek aneh. Tingginya seperti orang dewasa. Fizikalnya berbentuk seperti kabus putih. Benda tu bergerak-gerak dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Peliknya, ia bergerak dalam keadaan terapung sedikit dari tanah. Pelik bin ajaib lagi, bukan setakat bergerak.. tapi mengeluarkan bunyi.. macam bunyi merungut-rungut. Bila tiba kat satu pokok kelapa, bahagian 'tangan' bergoyang-goyang seolah-olah sedang buat sesuatu pada pokok tuh! Ada tiga pokok kelapa yang 'dia' pegi. Setiap pokok 'dia' buat benda yang sama.

Dalam benda tu dok sibuk buat kerja dia.. kelana capai tangan mak, lalu cakap:

Kelana: Mak! mak! cuba tengok benda putih yang bergerak tu. Hantu bungkus ke..

Bondaku sayang: ishhh.. cahaya lampu rumah kita tu.. cepat gi berak!

Kelana: Cahaya lampu takan boleh bergerak camtu.. lagi pun ade keluar bunyi lagik.. 

Ketika kami dok sibuk cit cat tu lah.. tetiba benda tu berhenti bergerak.. seolah-olah mendengar suara kami.. dannn.. bahagian 'kepala' dia sepontan menoleh ke arah kami. Masa tu kelana dapat lihat bahagian muka benda alah tu kosong jer.. tak ade aper2x pon..
Aper yang kelana terbayang masa tu.. benda tu akan terbang melayang-layang n terkam kami... heeeee.. takut bangat time tu.. hilang terus sakit perut.. seram punya pasal. Mak cepat2x tarik tangan kelana.. berlari-lari kami masuk ke dalam rumah.

Selang dua tiga hari lepas peristiwa tu.. masa memalam.. turun hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung. Kami sekeluarga bergelap dalam rumah coz blackout. Hanya guna pelita minyak tanah. Tak lama lepas tu.. tetiba kelana  nampak satu pancaran cahaya terang kat celah dinding rumah. Kemudian berdentum bunyi guruh. Sangat kuat hingga adik kelana yang bongsu menangis terjerit-jerit. Keesokan pagi, abah bagitau tiga pokok kelapa kat belakang rumah dah kena panah petir. Kelana dengan mak pandang sesama sendiri. Kami pasti pokok kelapa tu lah yang telah 'dilawati' oleh makhluk putih itu...

MORAL OF DA STORI: kisah benar (betul ni.. bukan tipu taw!) ni telah membuka mata n minda kelana pada alam lain.. alam ghaib yang penuh misteri n tak boleh diprovekan oleh dunia sains.. tapi benar-benar ada.. Satu lagi, kelana penah dengar orang tua2x cakap, kilat tu memanah syaitan kat bumi.. dan sekarang baru kelana percaya kata2x tu.. 
 

20 ulasan:

Unknown berkata...

eeeeeeiiii seram nye.
nauzubillah la tqa terserempak mnde2 ni...

klANA berkata...

~tqaAwesome~ benda2 nie ade sekeliling kiter.. cuma tak di izinkn nmk jer.. ;)

Unknown berkata...

hehe tula.
org2 teroilih je leh nampak 0_0

klANA berkata...

~tqaAwesome~ sekali seumur idup okey.. if kerap sgt.. nauzubillah.. takut lah.. sampai skrg ta berani nak pegi area pokok kelapa tu .. :(

Hairil Rizal berkata...

Hush...seram ler.
Tabik spring! Citer seram ori terbaek!

Yaya berkata...

aduiii takotnye hehhe

klANA berkata...

~Hairil Rizal~ thx.. :D

~Aleeya~ yai..betui..mmg tkt hingga.. skrg pun masih tkt nak ke blkg rmh..

jamilah.chantek berkata...

seram sejuk aku baca...

klANA berkata...

~Jamilah~ hihiks ;)

Amri Abd Rani berkata...

xnak jumpa hantu...menakutkan..hihi

klANA berkata...

~Amri~ betui3x.. mintak dijauhkan sesgt.. :)

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...

waa, menarik betul story engkau ye, seram gak aku

deem berkata...

uiks...klu aku yang jmpa sure demam seminggu...takot!!!

klANA berkata...

~Nazrul & Deem~ satu kesah bnr yg sebnr bnr nyaa.. thxs sudi sggh n bace! ;)

Fontonk berkata...

itulah namanya hantu bungkus yang lapag nak makan pisang. haha. dia suruh hangpa bukak balutan dia, dia nak capai pisang. hahaha

klANA berkata...

~Fontonk~ info menarik, thx.. cuma musykil ler.. why pisang.. an2 tu dok kat pokok kelapa time tu.. ??

hazwani yusof berkata...

waaa. ada hantu ! lariiii :D

itu kelana lukis sendiri ka?
guna apa?

klANA berkata...

~Hazwani~ yeps, lakaran brk jeks :D guna adobe illustrator..^^

luna berkata...

uish..sy pun ade gak pengalaman cani mase kecik2 dulu..menakutkan sgt2..geram sgt kat yg x percaya tu..sbb hanya yg dah mengalami je yg tau..

klANA berkata...

~Luna~ betul tu.. org yg blm lihat mgkn anggap mende nie tak wjd.. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics