Ketibaan Musim Tengkujuh 2010

Bila kelana tengok berita malam tadi, terpapar kat kaca tv keadaan negeri Perlis dan Kedah yang mula dilanda banjir. Dilaporkan hujan lebat berterusan sejak kelmarin. Pusat-pusat pemindahan banjir dibuka untuk menempatkan buat sementara bagi 3,000 mangsa yang terlibat. Katanya, hujan akan berterusan beberapa hari lagi. Lebih banyak kawasan akan dinaiki air.

Bawah skrin tv pula menari-nari laporan dari Jabatan Meteorologi tentang lekukan tropika. Ia membawa angin kencang dan hujan lebat di kawasan yang terlibat. Dibawah ni kelana copy n paste kenyataan akhbar dari jabatan tersebut:

KENYATAAN AKHBAR
(01 November 2010)

AMARAN LEKUKAN TROPIKA 
Di keluarkan pada 1.20 petang 01/11/2010

AMARAN LEKUKAN TROPIKA (PERINGKAT MERAH) 

Kawasan tekanan rendah di Laut China Selatan yang dikesan pada 25 Oktober 2010 dan mencapai tahap lekukan tropika pada 1 November 2010. Apabila angin maksimum mencapai kelajuan sehingga 63 kmsj maka kawasan tekanan rendah tersebut diklasifikasikan sebagai kawasan lekukan tropika. Lekukan Tropika dikesan berada kira-kira 50km ke Timur perairan pantai Kelantan (Latitud 6.5 Utara Longitud 103.0 Timur) pada jam 11.00 pagi, 1 November 2010. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kmsj. Semasa lekukan tropika merentasi negeri Kelantan, Kedah dan Perlis, kemungkinan angin kencang mencapai 20-25 knot (40-50 kmsj) dan langkisau 35 knot(70kmsj) dijangka berlaku di negeri-negeri tersebut. Sehubungan itu, ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan pelantar minyak.
Lekukan tropika tersebut menyebabkan hujan lebat dan angin kencang berlaku. Sehubungan itu, jabatan juga mengeluarkan amaran hujan lebat dan amaran angin kencang dan laut bergelora seperti berikut:-

AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH) 
Dikeluarkan pada: 9.45 pagi 01/11/2010

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Ditingkatkan daripada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan pada 8.45 malam, 31/10/2010. 

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli), Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. 

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. 

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) 

KEMASKINI 

I) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 8.45 malam 31/10/2010. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kedah (Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. 

II) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 1.25 petang, 31/10/2010 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

NASIHAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING) 

Dikemaskini pada 9.45 pagi 1/11/2010

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka turun di Kedah (Daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang mulai Isnin, 1 November 2010 sehingga Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

Untuk laporan sepenuhnya, boleh lah rujuk di www.met.gov.my 

p/s: begitu lah sunnatullah ketetapan Maha Pencipta. Hanya kita  sebagai makhluk perlu menghadapinya dengan penuh berhikmah dan sabar. Bila tiba musim tengkujuh ni, kelana teringat masa kecik-kecik dulu, dapat mandi ujan dan main air kat laman rumah. Air naik setakat setengah betis. Memang best sesangat masa tuh. Kelana buat kapal n itik angsa dari kertas. Puas berpesta dengan kenkawan. Kebetulan pulak time cuti sekolah. Sehari suntuk berendam sampai jari kaki kecut-mecut...huhu.

Cuma kesian kat mak, banyak kerja rutin terganggu. Kain baju dibasuh lambat kering. Terpaksa sidai bawah rumah. Arwah abah pulak sibuk menjala n memukat.  Masa ni tak perlu pegi paya atau sungai. Hanya tebar jala kat atas jalan je. Herankan, atas jalan pun ade ikan! Sepat, puyu n haruan jadi lauk kami sepanjang musim tengkujuh...

14 ulasan:

currentlife2u berkata...

berhati semasa banjir..jgn terlalu suka bermain air kerana suka membawa duka...
Senjata umat islam adalah doa,sama2 kita amalkan;
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.”
maaf seandainya ucapan diatas tidak menyenangkan tuan punya blog..
blog anda sangat menarik..teruskan penulisan anda..

klANA berkata...

~Currentlife2u~ thx atas nasihat n doa tu.. nasihat menasihati amalan yg mulia :)

Kak Mahh berkata...

Setiap amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan perlu kita PEKA.

Yaya berkata...

huhuu bagus info nehhh

klANA berkata...

~Zmah~ yepss.. demi kebaikan bersama.. ;)

~Aleeya~ info yg sgt ptg kpd mrk yg memerlukan.. ^_^

Hairil Rizal berkata...

Teringat merasa banjir kat Kedah masa praktikal kat Gurun dulu...

Banjir...ada suka dalam duka. Ada duka dalam suka..

klANA berkata...

~Hairil Rizal~ menarik tuh.. blh kongsi ngan kami tak.. plzzzz

Tanpa Nama berkata...

banjir.. :'(

NoorGie berkata...

hujaaaannnnn...kat kota tinggi pun hujan en kelana...pagi2 subuh2 morning dah hujan...budak2 pun ramai yang ambik kesempatan ponteng...al maklumlah...periksa akhir tahun dah habis...

Amri Abd Rani berkata...

Pahang belum banjir lagi....
mngkin xlama lagi...
mnta2 xjadi....

cikpuanhady berkata...

hehehe..klu time kanak2 dulu, kalau time banjir suka sebab leh main air, ..tapi skang takyah tunggu banjir, leh gi main air kat pool..agagaga

Kak Mahh berkata...

Akak ada beberapa gambar banjir di Tumpat tapi perlu disimpan untuk terbitan akan datang.

Amri Abd Rani berkata...

Pahang xjd banjir kot....
hujan renyai2 je...

Alhamdulillah...

klANA berkata...

~Hanida~ begitu lah ketentuan Ilahi..

~NoorGie~ kwn2 kelana kdg2 suke buat jokes.. mcmana kota tinggi blh banjir..hehe.. juz gurau jer! Cikgu Noor ngajar kat sek maner yer.. :)

~Amri~ dgr2 berita, Pahang dah buat persediaan.. yeps.. mudah2an tak jadi.. aminnn.

~Haszuraidah~ yaii.. betol tu.. ke sunway lagoon jomss.. :D

~Zmah~ oraits sis.. nanti kongsi2 kat kami sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics