HOUSTON: Saintis Amerika Syarikat semalam menggandakan anggaran jumlah tumpahan minyak dari telaga di Teluk Mexico ketika gergasi tenaga Britain BP, cuba untuk menghentikan tumpahan terbabit.
Berita bahawa purata tumpahan mungkin melebihi 40,000 tong (1.68 juta gelen/6.36 juta liter) sehari disiarkan selepas bursa pasaran Amerika ditutup atau 317 juta liter. Presiden Barack Obama mengundang Pengerusi BP Carl-Henric Svanberg ke Rumah Putih Rabu depan untuk membincangkan tumpahan terbabit, kata Rumah Putih kelmarin. BP berada di bawah tekanan dari pentadbiran Obama sejak beberapa hari lalu. Ia menyebabkan Perdana Menteri British, David Cameron berkata bahawa Britain bersedia untuk membantu syarikat berkenaan berhadapan dengan tumpahan berkenaan.
Bercakap ketika satu lawatan ke Afghanistan, Cameron berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dengan Obama apabila mereka bertemu lagi. Ia kenyataan pertama Cameron yang dibuat secara umum mengenai tumpahan minyak terbabit.
Sementara itu jiran terbabit, Mexico turut berhadapan masalah pencemaran laut . Ia menjangka minyak dari tumpahan telaga di Teluk Mexico akan mencecah perairannya menjelang Disember dan mempertimbangkan bagaimana untuk menyaman syarikat terbabit kerana kemusnahan alam sekitar, kata Menteri Alam Sekitar Mexico, Juan Elvira.
Elvira berkata, Mexico cuba untuk menghalang tumpahan minyak, satu tugas sukar disebabkan Amerika menggunakan pelbagai usaha untuk melindungi kawasan pantainya. Tumpahan terbabit yang disifatkan terburuk dalam sejarah Amerika mungkin lebih besar daripada yang disangkakan.
Sumber: Berita Harian
Image Terra satellite yang dikeluarkan oleh pihak NASA's Advanced Spaceborne Thermal Emission and Reflection Radiometer (ASTER) menunjukkan tumpahan minyak dikenali sebagai Deepwater Horizon di Teluk Mexico. Image berwarna perak menunjukkan minyak yang tumpah, warna merah mewakili tumbuh-tumbuhan manakala biru muda untuk air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan