KUANTAN - Seorang ahli perniagaan yang memiliki kijing unik yang tertera kalimah serta tulisan jawi pada cangkerangnya me nawarkan kepada sesiapa yang berminat melakukan penyelidikan ke atas spesies siput dalam simpanannya itu.
Kijing adalah sejenis haiwan yang menyerupai kupang atau kepah.
Abdul Jabar Abdul Hamid, 48, berkata, beliau terpanggil berbuat demikian kerana percaya tulisan jawi pada cengkerang kijing yang ditemui olehnya sejak lapan tahun lalu itu adalah semula jadi dan bukan sengaja diukir oleh manusia.
"Mulanya saya dan seorang rakan menemui dua siput kijing, satu besar satu kecil di celah batu semasa berjalan dekat sebatang sungai di Indera Mahkota ketika banjir besar melanda pada tahun 2001.
"Bila dibelek, saya amat terkejut apabila mendapati tertera tulisan jawi pada cengkerang dua haiwan yang masih hidup itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan