Menelan pedang merupakan satu seni pertunjukan purba dan menarik perhatian ramai di karnival, hiburan jalanan dan rancangan tv. Bermula di India 4,000 tahun lampau, seni unik ini tersebar menembusi pelbagai budaya di seluruh dunia. Ironinya, amalan menelan beberapa bilah pedang sekaligus dalam sesuatu pertunjukan tidak popular hinggalah abad ke 19 bila penelan-penelan pedang ini bersaing sesama sendiri, bertujuan menampilkan keunikan persembahan masing-masing.
Salah seorang daripada mereka ialah Kasera Ramesh Chandra. Pada bulan September 2006, beliau telah menelan sebelas bilah pedang serentak, sekaligus berjaya mengekalkan tradisi warisan budaya kuno India. Menurut laporan video, kebolehannya diperlihatkan apabila mengambilalih tempat pakciknya yang tercedera ketika melakukan persembahan. Kecederaan pakciknya seolah-olah telah memberikan kekuatan dan dorong kepada Kasera untuk terlibat sama dalam pertunjukan yang merbahaya ini.
Bukan hanya setakat menelan pedang, Kasera juga cuba meningkatkan prestasi persembahannya dengan menelan benda-benda tajam lain seperti besi pemanggang dan sebagainya. Namun, kehebatan Kasera masih dibayangi oleh Red Stuart, pemenang pertandingan 'the International Sword Swallower Awareness Day' dengan menelan 50 bilah pedang pada 28hb February, 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan