Photo Mengemparkan - Badan Burung Mengandungi Plastik

The Great Pacific Garbage Patch sering disebut sebagai sebuah pulau besar sampah terapung-apung di tengah Lautan Pasifik. Para saintis tidak tahu berapa besar longgokan sampah tersebut, walaupun ada menganggarkan bahawa ukurannya seluas Texas, Amerika Syarikat atau kemungkinan dua kali ganda dari saiz tersebut.

Tetapi untuk berbicara tentang betapa besarnya pulau sampah ini dan pengaruhnya dalam mencemar dan merosakkan kehidupan laut tidak mudah untuk digambarkan. Anda tidak boleh melihat tumpukan sampah plastik dengan mata kasar atau imej satelite kerana sebahagian besar plastik telah dipecahkan menjadi potongan-potongan kecil yang terletak di bawah paras laut.

Jurufoto Chris Jordan, yang sebelum ini telah merakam pelbagai isu sensasi bagi media massa di Amerika Syarikat serta tragedi seperti Taufan Katrina untuk difilemkan, telah menemui cara untuk mendokumentasikan kesan jumlah besar plastik dibuang dalam kehidupan laut.

Pada musim gugur 2009, Jordan melawat Atol Midway di Lautan Pasifik dan merakamkan bukti luar biasa dari sampah manusia yang ditemui di dalam perut burung Albatros. Burung-burung kecil diberi makan sampah plastik oleh induk mereka yang keliru membezakan antara makanan dengan plastik. Akibatnya, ratusan ribu anak Albatros yang mengalami keracunan, tersedak, atau menderita kerana tercekik mati setiap tahun.

Jordan mengatakan dalam blognya bahawa foto-fotonya adalah asli dan mengambarkan keadaan sebenar isi perut anak burung. Plastik itu tidak "dipindahkan, ditempatkan, dimanipulasi, diatur, atau diubah dengan cara apapun."







2 ulasan:

Nilzaf Melati berkata...

Ya Allah... kesiannya binatang ni semua tertipu makan plastik. Semoga ada tempat lain untuk burung ni cari makan...

kelana fana berkata...

Nilzaf~apungan sampah tu sgt2 luas. plbagai jenis yg hampir serupa dgn makanan betul burung2 tu. nasib sama macam penyu, plastik terapung2 disangka obor2 makanannya..kesiankan kat haiwan2 tu :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics