'Qeswachaka' adalah nama bagi jambatan gantung terletak di selatan wilayah Canas, 100 km dari bandar Cuzco, Peru. Ia diperbuat daripada anyaman sejenis rumput tempatan dipanggil 'Qoya', hanya cukup lebar untuk satu orang melaluinya pada satu-satu masa. Terbentang 120 meter di atas sungai ApurÃmac, sekitar 13,000 kaki dari paras air, Qeswachaka (juga dieja Q'eswachaka atau Keswachaka) dibina dengan menggunakan teknik Qhapaq kuno, digunakan oleh orang-orang Inca zaman purba.
Rumput yang mereput dari kesan cuaca menyebabkan ia perlu diganti baru setiap tahun. Sekitar 1,000 lelaki dan wanita, dari pelbagai komuniti Andes berkumpul di jambatan Qeswachaka, setiap minggu kedua bulan Jun, untuk upacara pembinaan semula. Rumput Qoya panjang ditenun menjadi enam kabel panjang dan diikat pada batang kayu putih yang ditanam di setiap hujung jambatan.
Cara ini bukanlah kerana negara mereka tidak mampu menyediakan jambatan yang moden, tetapi merupakan cara bagi orang-orang Andes untuk merayakan dan menghormati nenek moyang mereka Inca, disamping mengekalkan tradisi cara hidup mereka berusia berabad-abad lamanya.
2 ulasan:
kreatif betul diorang ni...kalaulah boleh buat di sini..nda payah tunggu pilihanraya ..hehe
kreatif kan Mama, tak sangka rumput pun blh buat jambatan..
Catat Ulasan