Apa Itu Cinta?

Seorang murid bertanya : "Cikgu.. apa itu cinta?"

Lalu cikgunya berkata : "Bagi menjawab soalan itu, kamu kena pergi ke sawah.. pilih sebutir padi yang paling besar dan bawa balik ke sini"

Tapi ada peraturannya: Kamu hanya boleh pilih sekali sahaja, tak boleh patah balik untuk tukar pilihan lain.

Murid itu pun pergi ke sawah di sebelah sekolah. Sampai di petak pertama, dia jumpa sebutir padi bersaiz besar. Namun, pada pendapatnya mungkin ada lagi padi lebih besar dari itu.

Tepat sekali jangkaannya, di petak lain dia menjumpai padi lebih besar dari yang pertama tadi. Jadi, dia mula terfikir.. di depannya mungkin ada padi-padi yang lebih besar lagi. Lalu dia terus mencari...

Kemudian.. setelah mencari hampir separuh sawah, baru lah murid itu perasan padi-padi tersebut tidak sebesar padi sebelumnya. Dia menyesal dan kecewa kerana telah melepaskan peluang lalu pulang berjumpa cikgunya dengan tangan kosong.


Cikgunya berkata :"Itu lah cinta... anda sentiasa mencari yang lebih sempurna, tapi kemudian bila anda menyedarinya, anda telah pun kehilangan yang dicintai itu.."

p/s: dapat dari email... translate dari bahasa omputeh, if x dapat tangkap maksud dia, jangan salah kan kelana ya, salah kan padi kat sawah tu.. hahaha.


10 ulasan:

Hairil Rizal berkata...

Sweet!

Sebab tulah kita tak boleh berkira sangat dalam bab ni.

Tapi...

Ada org berpendapat, biarlah tak dapat cinta itu asalkan hidup tak disusahkan oleh cinta...

:)

klANA berkata...

~Hairil~ tq.. blh jgk, sbgi pilihan utk dia.. x maw dikecewakn.. or maybe..penah dikuciwakn n x maw dilukai buat sekian kali.. (T_T)

Kak Mahh berkata...

CINTA...perlu ada dalam diri kita.

klANA berkata...

~Zmah~ yeps.. bagai aur dgn tebing..saling memerlukn.. (o^-^o)

Tanpa Nama berkata...

bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Cintailah kekurangannya dan cintailah kelebihannya. jgn terlalu leka mengejar sesuatu yang sempurna sehingga kita kehilangan apa yang miliki. yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran

klANA berkata...

~Tinta~ tengs.. sgt indah n penuh makna sekali kata2 itu.. (*^-^*)

Aesya Zealous berkata...

wah..indah sungguh

klANA berkata...

~Aesya~ tenkiu..dpt dr email.juz share kt cni..(^o^)

Qawiem Khairi berkata...

menarik.
ada rasionalnya..
membuat dri ini terfikir sendiri..
terimas. (",)

Zaty's Cookies berkata...

I like..
Sweet cerita ni.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics