Keindahan Alam - Pemandangan Menarik Di China

China adalah negara yang kaya dengan sumber daya pelancongan termasuk keindahan lanskap, sungai menawan, mata air, air terjun, senibina kuno yang megah, haiwan dan tumbuhan aneh serta pelbagai struktur dan tapak bersejarah.

Ada 29 tapak warisan termasuk dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh UNESCO, iaitu 3 warisan alam semulajadi, 21 warisan budaya dan 4 warisan alam dan budaya bilateral.

 (sila klik imej untuk lihat dengan lebih jelas lagi)

Selain tapak warisan alam, China juga mempunyai banyak tempat-tempat yang mempunyai pemandangan indah dan  kaya dengan kepelbagaian latar belakang budaya.

Hutan Buluh Shunan (Shunan Zhuhai) - terletak di sebelah barat daya pergunungan Liantian yang memisahkan wilayah Changning dengan Jiangan. Meliputi kawasan seluas 120 km persegi pada ketinggian 600 ke 1000 m. Pada bahagian tengah kawasan ini, hampir 5000 hektar ditumbuhi oleh sejenis buluh besar yang tinggi dan tegak (species Phyllostachys Pubescens). Di Chengdu terletak wilayah habitat haiwan panda yang terkenal. Keindahan Shunan menjadi inspirasi kepada pelukis pemandangan hutan buluh Zheng Banqiao pada zaman Dinasti Qing. Pengambaran filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga dilakukan di sini.

Air Terjun Nuorilang (Nuorilang Waterfall) - Dalam banyak-banyak air terjun cantik di Jiuzhaigou, air terjun Nuorilang yang paling menakjubkan sekali. Ia terletak pada ketinggian 2365 m dari aras laut. Lebarnya 325 m dan tinggi 30-40 m. Sebanyak 5.8 cubic m air per saat mengalir melalui air terjun ini.

Sungai Yangtze (Changjiang) - hampir 6300 km, adalah sungai terpanjang dan terbesar di China, manakala ke tiga di dunia selepas sungai Nil di benua Afrika dan sungai Amazon di Amerika Selatan. Punca sungai ini bermula di bahagian barat gunung Geladandong, puncak utama rangkaian banjaran Tanggula di dataran tinggi Qinghai - Tibet, bahagian barat daya negara China.

Hutan Spruce Xueling di pergunungan Tianshan - kekal semenjak 40 juta tahun lampau. Ia seperti fosil hidup di kawasan pergunungan itu. Pada hujung bulan Oktober, angin sejuk dari Siberia tiba membawa sama kehadiran salji. Dengan diselimuti keputihan salji, keadaan begitu tenang, manakala pohon-pohon spurce seperti berdiri tegak seolah-olah barisan tentera yang memakai mahkota.

Yehliu - nama sebuah tanjung terletak di utara Taiwan. Ketinggiannya bermula dari 1700 m mencuram turun ke aras laut. Sekiranya dilihat dari udara, bentuk tanjung ini se akan-akan seekor penyu raksasa. Oleh itu, tanjung ini juga digelar 'Yehliu Turtle'.

Heavenly Lake - gunung Changbai merupakan salah satu daripada 10 gunung terkenal di China yang mempunyai keindahan alam luarbiasa. Gunung ini termashyur dengan tasik kawah menakjubkan, flora dan fauna serta kaya dengan pemandangan puncak bersalji. Dengan hutan dan salji terbentang saujana mata memandang, ditambah kehadiran tasik dan air terjun tercantik di utara China, menjadikan kawasan ini digelar 'Great Eurasian Green Gallery'.

Badain Jaran - padang pasir ke empat terbesar di dunia. Terletak di utara sempadan Hexi, keluasannya dianggarkan 49,000 km persegi. Di sini terdapat bukit pasir terbesar sekali di dunia.

Gunung Huangshan (Yellow Mountain) - terletak di selatan wilayah Anhui. Tidak diragui ia adalah gunung paling terkenal di negara China sehingga keindahannya kerap diabadikan dalam bentuk lukisan. Pada tahun 1990, ia diwartakan sebagai warisan alam semulajadi dan budaya dunia oleh ahli jawatankuasa warisan UNESCO.

Gua Zhijin - terletak di Bijie dalam wilayah Guizhou, di antara sungai Luichong dan Sancha. Kedua-dua merupakan sumber bagi sungai Wujiang. Zhijin merupakan gua di dalamnya terdapat sungai panjang yang telah kering sejak lama dahulu. Sekitar 1.2 juta tahun lampau, gua ini telah roboh disebabkan hakisan dan hanyutan tanah lalu membentuk ruang besar di dalamnya.

Peak Tomur - menjadi puncak tertinggi di gunung Tianshan iaitu 7439 m dari aras laut. Terletak di barat laut wilayah Wensu, kedudukan geografinya menjadi titik pertemuan penting yang menjadi laluan penghubung antara dunia barat dengan negara China pada zaman silam dahulu.

Guilin - menjadi buah mulut dan pujian orang ramai serata dunia kerana dikatakan antara tempat tercantik di China. Pepatah Cina mengatakan 'Guilin tempat tercantik dan merupakan syurga dunia'. Dengan memiliki bukit menara batu kapur serta aliran air sungai Li yang jernih, ia sering menjadi bahan karya seni lukis dan sajak masyarakat China.

Sawah Padi Bertingkat Longji (Dragon's Backbone Terraced Rice Fields) - mendapat pujian sebagai keajaiban seni pertanian di China! Ia merupakan warisan kuno yang dipusakai sejak 700 tahun lampau. Panorama ketika sawah digenangi air atau warna kekuningan bila padi masak menjadikan ia suatu pemandangan antara tercantik di negara China.

12 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Kalau ada rezeki lebih nak ke sini lah.

hazari. berkata...

hutan spruce xueling ngan panda la antara yang paling comel kat china. ahaha.

Hairil Rizal berkata...

Pernah smpai ke China tapi tak pernah smpai ke tempat tempat cantik tu. Hmmmm.....termenung menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi :)

fara dean berkata...

Subhanallah!
cantik sungguh China ni..semua ada..ada kawasan gunung..salji...dan padang pasir..umat Islam pun ramai..

julicavero berkata...

itu beneran di china sob?waw...keren abiss tuh..mantaff...pengen kesana

Pemerhati Dunia berkata...

Subhanallah. Indah benar ciptaan Allah...Maha Suci Allah.

Tanpa Nama berkata...

cm syok ja tu tempat..hehe,kalo gitu sa mo p sana aklo da rezeki and umur panjang..haha..wait for me

Tanpa Nama berkata...

sunguh indah tiada terkata....saya tak pernah sampai lagi tempat-tempat indah seperti dalam gambar yang anda paparkan itu...kalau di izinkan ALLAH ingin saya lawati tempat sebegitu indah....atulah anugerah ALLAH kepada kita yang pencinta alam semeta....

lukisan pemandangan berkata...

pemandangan yang luar biasa indanya..subhanallah...

Tanpa Nama berkata...

kalau ada rezeki nanti aku pasti ke sini untuk melihat keindahaan dan kebesaranNYA...'Amin'

Tanpa Nama berkata...

subhanalloh, indah sekali

Unknown berkata...

mohon izin backlink. ^^ menarik sgt entri ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics