Kisah Buaya - Trauma Setelah Tertelan Handphone

Gena3x.. sblom nie kan orang da pesan kat awak, tapi awak degil, x nak dengar kata. selalu dok peringat, time makan toksah maen ikut bedal ajer. nengok-nengok dulu aper yang nak di telan tuh... memang sang bedal btol la awak inih!  eeee,  geram3x... nasib baek tak ader cuping telinga, idak lama dah kena piat-piat ngan haku... miahahahhh!

KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP


8 ulasan:

Tengku Puteri berkata...

sian kat buaya nih...ntah sakit ke apa bila fon tuh berdering...

Hairil Rizal berkata...

Aiyoh..org soh makan ayam, dia pegi makan handphone! Hahaha!

Yang doktor tu pun...lama benor nak buat tindakan. Pegi aje la x-ray skrg. Kalo betul ada, operate la keluarkan. Nanti mati la plak buaya tu...

nazua berkata...

kesian gena

Miss FZ berkata...

kesian buaya tu.huhu.

Tanpa Nama berkata...

da henpon 2 dok vibrate kt perut dia... mana tahan... cian.... :D

kak elon berkata...

tulah...dlm ganas tu...dlm hati ttp ada taman...yer lah...selalu bila dia membaham,mangsa yg masuk perut tu dah mati.dah x bergerak..ni dia telah henset..tp henset x mati..menyanyi lg dlm perut dia...mana dia x trauma...hehe

Nyue berkata...

he3...bunyi cm kelakar tp 2 lah realiti nyer..kcian buaya 2,,
apa2 lebih baik coz buaya 2 dh ganas2 ag..he3

klANA berkata...

~Nyue~ mesti lps kejadian tu buaya 2 xnak nakal2 lagi.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics