7 Keajaiban Dunia - 28 Finalis New7Wonders Of Nature

Kempen pemilihan 7 keajaiban dunia untuk kategori alam (nature wonders) yang dianjurkan oleh New7Wonders Foundation telah memasuki fasa ke tiga. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasasnya Bernard Weber, matlamat utama yayasan ini adalah untuk melakukan kerja-kerja dokumentasi dan pemuliharaan karya monumen di seluruh dunia, iaitu bersesuaian dengan mottonya: "OUR HERITAGE IS OUR FUTURE".
7 keajaiban alam baru
Secara rasmi kempen pemilihan 7 keajaiban alam bermula pada tahun 2007, sejurus selepas kejayaan kempen 7 keajaiban buatan manusia (new 7 man-made wonders of the world). Penyertaan melibatkan 440 pencalonan dari 220 negara serata dunia. Setelah melalui beberapa peringkat saringan, 28 pencalonan secara rasmi telah terpilih untuk memasuki fasa ke tiga, seterusnya untuk ke fasa terakhir di mana pemilihan dijangka akan dilakukan oleh hampir 1 billion pengundi dari serata dunia. Pengisytiharaan secara rasmi akan diumumkan pada tarikh 11.11.11 nanti.

Berikut antara senarai pencalonan tersebut:

7 keajaiban alam
Halong Bay terletak di wilayah Quang Ninh, Vietnam. Teluk ini mempunyai ribuan pulau batu kapur dalam pelbagai saiz dan bentuk. Memiliki garis pantai 120 kilometer panjang, berkeluasan 1,553 kilometer persegi dan 1,969 buah pulau. Beberapa pulau-pulaunya  mempunyai gua yang sangat besar. Terdapat 200 spesies ikan dan 450 moluska mendiami perairan cetek yang menjadi sumber rezeki bagi nelayan tempatan.
7 keajaiban dunia
Uluru (Ayers Rock) adalah salah satu ikon pemandangan alam yang paling terkenal di Australia. Ketulan tunggal batupasir ini berketinggian 348 m dari aras laut dengan ukur keliling 9.4 km. Sebahagian besar strukturnya berada di dalam tanah. Permukaan Uluru akan bertukar warna mengikut perbezaan cahaya yang menimpanya pada setiap hari dan tahun.
7 keajaiban dunia baru
Pulau Jeju atau Cheju, adalah pulau volcano terkenal yang terletak di hujung semenanjung Korea dan berdekatan dengan negara Jepun. Di panggil Jejudo dalam bahasa Korea, di pulau ini terdapat gunung berapi aktif yang tertinggi di Korea iaitu Gunung Hallasan (1,950m dari aras laut).
 gambar keajaiban dunia
Jeita Grotto merupakan gua batukapur, terletak di lembah Nahr al-Kalb, 20 km ke utara Beirut, Lubnan. Di dalam gua ini mengalir sebatang sungai serta terdapat stalagmit dan stalatit dalam berbagai bentuk dan warna. Salah satu stalatitnya berukuran 8.20 m dan ini merupakan yang terpanjang di dunia.
gambar keajaiban dunia
Yushan, sebahagian dari Taman Nasional Yushan, adalah nama rangkaian pergunungan dan titik tertinggi yang terletak di tengah-tengah pulau Taipei. Juga digelar sebagai 'Gunung Jade', ketinggiannya mencecah 3,952m dari aras laut. Taman ini mengandungi pelbagai flora dan fauna di mana mempunyai hutan sub-tropika di kawasan lembah dan alpine di bahagian puncak.
gambar 7 keajaiban dunia
Black Forest merupakan kawasan hutan pergunungan yang terletak di bahagian barat daya negara German. Ia disempadani oleh lembah Rhine di bahagian barat dan selatan. Puncak tertinggi adalah gunung Feldberg dengan ketinggian 1,493m. Kawasan ini terkenal dengan cacing tanah gergasi yang tidak terdapat di tempat lain. Resipi termasyhur 'Black Forest Cake' juga dikatakan berasal dari wilayah ini.
gambar 7 keajaiban dunia
Delta Sundarbans terletak di muara Sungai Gangga, adalah hutan bakau terbesar di dunia. Kawasannya tersebar di seluruh bahagian Bangladesh dan bahagian barat Bengal, India. Sundarbans mempunyai rangkaian saliran air pasang surut yang kompleks, dataran lumpur dan pulau hutan bakau air payau. Hidupan liar  di sini termasuk harimau Bengal yang terkenal, burung, rusa bintik, buaya dan ular.
peta 7 keajaiban dunia baru
Selain daripada itu, tempat-tempat lain yang turut tercalon adalah:
  • Grand Canyon, USA.
  • Teluk Fundy, Kanada.
  • El Yunque, Puerto Rico.
  • Air Terjun Angel, Venezuela.
  • Pulau Galapagos, Ecuador.
  • Hutan Hujan Amazon.
  • Air Terjun Iguazu, Argentina & Brazil.
  • Tebing Tinggi Moher, Ireland.
  • Gunung Matterhorn, Itali & Switzerland.
  • Tasik Masurian, Poland.
  • Gunung Berapi Vesuvius, Itali.
  • Gunung Berapi Lumpur, Azerbaijan.
  • Laut Mati, Jordan.
  • Pulau Bu Tinah, UAE.
  • Gunung Kilimanjaro, Tanzania.
  • Gunung Table, Afrika Selatan.
  • Kepulauan Maldives.
  • Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, Filipina.
  • Pulau Komodo, Indonesia.
  • Terumbu Karang Besar, Australia.
  • Milford Sound, New Zealand.
sumber: www.new7wonders.com

5 ulasan:

ANIS HJ SUKARTI berkata...

subhanallah.. semuanya ciptaan Allah.. thanks for the info.. (^__^)

klANA berkata...

Nadzirah Aqilah~ welkam..sekdr berkongsi2 info bkaitan alam indah milik Maha Pencipta *Al-Khaliq* :)

Hairil Rizal berkata...

cik kelana, seronok tgk gambar-gambar calon2 baru 7 wonders tu. Yg tak bergambar tu pun mesti cantik kan?

Terima kasih for sharing!

klANA berkata...

Warlord~ yepss..lain2 pun cantek2 belaka..cuma sy undi yg 7 tu saje.. :)

Teratakindah~ welkam :)

klANA berkata...

Dedoku~ tu lah yg disarankan dlm A-Quran kpd kita..bak kata Maher Zain dlm lagunya..'Open Your Eyes'..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics