Belacan Beracun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B iaitu sejenis bahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan bahan pewarna itu dalam makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah (Karsinogen) serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil.

Melalui pandangan mata kasar, kehadiran Rhodamine B memang sukar dibezakan daripada bahan pewarna lain yang juga menghasilkan warna merah jambu.

Ia berlaku disebabkan terdapat segelintir pengeluar tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan, katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Keselamatan Makanan 2010 peringkat kebangsaan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin, di sini, semalam.

Menurutnya, penjualan dan penyediaan makanan mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan pelajar supaya mengamalkan tiga langkah penting mengenali makanan rosak iaitu lihat, hidu dan rasa terutama ketika membeli juadah berbuka puasa pada Ramadan ini.

Ibu bapa dan guru seharusnya menjadi penasihat kepada anak-anak supaya berhati-hati memilih makanan di bazar Ramadan.

Pastikan makanan yang dibeli bersih, elakkan pembelian makanan yang disediakan terlalu awal dan makanan yang menggunakan pewarna berlebihan supaya tidak terdedah kepada keracunan makanan, katanya.

Beliau berkata, penganjuran kempen itu bertujuan mendidik dan mengajar pelajar terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya mereka dapat mengenali makanan yang rosak dan tercemar.

Katanya, mengikut laporan kementerian tahun lalu, 303 episod keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara membabitkan 77 episod atau 25 peratus di kalangan pelajar sekolah dan 57 episod (19 peratus) bagi dapur asrama sekolah.

Sumber : Harian Metro



13 ulasan:

fara dean berkata...

salam..
saya dah lama tak mkn belacan..sejak tahu pasal ni..

zalila berkata...

err (!)

sy suke mkn belacan mentah. beracun ke? abis lahh sy.. ;(

Hairil Rizal berkata...

Terima kasih sbb tepek video dari filem Bujang Lapok tu.

Itula perkara pertama yg teringat bila sebut ttg 'belacan'

Hahaha!

klANA berkata...

Fara~KF pun sama. tapi aper alternatif lain yer~rindu pd sambal belacan~ cicah jantung pisang rebus :)

Ais Kirm~mungkin bukan semua kotz..kalau yg ori cam yg kat langkawi tak bubuh rasanya...

Hairil~ur welcome.hihi ;)

Ellen berkata...

adoii..baru tau pasal belacan ni..thks 4 d info ya...hehe

Idalara berkata...

mng tak pernah guna belacan yg dibeli di kedai..beli dgn org kampung di melaka yg buat sendiri di rumah...sudah pasti halal dan tidak mengandungi pewarna.

klANA berkata...

Ellen~welcome..KF pun baru tau sebnrnya.. ;)

Idalara~melaka mmg terkenal dgn belacan yg ori. udg geragau segar pun byk kat situ :)

CIK TOM berkata...

ish bahaye tue..
nasib baik cik tom x suke belacan..huhu..

cik gold berkata...

sodapnya sambal belacan (^_^)

klANA berkata...

Tomato~byk mkn skrg campur bhn kimia bahaya..kes peniaga nak kayo cepat lah nie :(

Cik Gold~cicah ulam + nasik panas2..yummy :)

rozect berkata...

salam..
sy suka makan sambal belacan.
Adakah semua belacan beracun??

Daniel berkata...

"Selain itu, dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan pelajar supaya mengamalkan tiga langkah penting mengenali makanan rosak iaitu lihat, hidu dan rasa terutama ketika membeli juadah berbuka puasa pada Ramadan ini."

Camner nak rasa kalo tgh berpuasa? Haha

klANA berkata...

Rozect~tak semua rasanya, mungkin yg asli spti kat melaka n langkawi tak bracun. apepun..pihak bkuasa wajib keluarkan checklist bagi mmudahkan pengguna.

Daniel~betul jugak..hehe ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics