Kambing Dua Kaki Di China

makhluk aneh
SHANDONG – Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda. Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya. “Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

2 ulasan:

asrizal wahdan wilsa berkata...

unik kali kambing ini, terimakasih sudah berbagi

NORAIN RAMLI / MEM AIEN berkata...

bagus tuan kambing x mahu bunuh kmbing tuh berperikemanusiaan die

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics