Salam... pejam celik + celik pejam, kejap dah masuk 19 hari kita berpuasa. Cepat betol masa berlalu... means.. dipanjangkan umur..tak lama lagi hari lebaran akan menjelang. Hmmm.. ramai dah buat persiapan untuk raya agaknya... baju raya, kuih raya... duit raya kena gi bank awal-awal takot abis stok duit baru yang masih wangi... nanti bagi kat kelana sama ekk.. :D
Panjang pulaks intro... sori3x :P. Seperti tajuk tertera kat atas tu.. alhamdulillah.. syukur, kelana telah dianugerahkan 'Friendly Blogger Award' pemberian Anis.. tengkiu3x kat Anis :). Nie awards yang ke 4 kelana terima. Specialnya kali nie, pertama..design award nie bagi pandangan mata kelana memang comey grafik dia..kalernya pon cantik (sebelum nie cantik jugaks.. jangan marah fat, ain, fbi..). Keduanya...siap ade tag sekali..dan tag nya ialah..
1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...okey, nie senarai-senarainya:
- sambal bilis (musti ada tiap-tiap kali bulan posa. masak sendiri..guna ikan bilis segar terbaek dari ladang... stok sentiasa ada utk sebulan)
- bubur lambuk (nak-nak yang kampung baru marii.. aduyaii.. regu pulak dengan sambal bilis tadi..tak boley imagine lama-lama, time tulis en3 ni tgh dok posa..hikss)
- pecal aka gado-gado (betul-betul stail tradisional...ada jantung pisang, nangka, pucuk ubi, tempe...sodap lagi berkhasiat..untuk awet muda..hahah..)
- buah melaka (kalau gi bazar pilih or beli yang kecik-kecik yang 8 bijik singgit tu, senang nak ngap..sampai arini kelana tertanya ape kaitan kuih nie dengan melaka ekk..mungkin orang melaka boleh tolong huraikan kekusutan nie <- gurau..jangan ambik ati k..)
- badak berendam (yang macam kuih koci..tapi tak la berbentuk badak <-hikss..gurau lagik.. biasenya orang jual bentuk bulat, berkuah santan pekat..masuk dalam fridge.. makan sejuk-sejuk i tell u..)
- air soya (kelana regular customer untuk sorang makcik tu.. dia memang specialist dalam buat air soya, bukan bulan posa pun dia jual air soya, hari-hari dia jual air soya, air soya dia sangat asli, sedap dan wangi.. :D
- last sekali..air suam..mesti kelana kena minum, lebih-lebih lagi dalam bulan posa... sebab ade kisah dia..panjang cerita nya..sekian.. ;)
2. Kedua, kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie..aicehh..part nie yang cukup pancaroba nih..kalau boleh kelana nak bagi kat semua yang kelana kenal.. sukarnya nak senaraikan 5 calon, ibarat mengasingkan gula dari beras (tiru ayat Anis sat..takpe kan Anis..hihih). Setelah dipikirkan sehari semalam.. dengan menggunakan teori graviti dan halaju cahaya di alam semesta ;) .... kelana berhajat nak panjang kan 'simbol' silaturahim nie pada...
Pada yang lain, jika berpeluang dan berkesempatan, kelana akan hulurkan jua...kerana kita semua adalah sahabat maya dalam dunia blogger.. tetap akan kekal sampai bila-bila.. insyaAllah..
10 ulasan:
yey, kne tag!!! xD
thanks~~! :D
Suka makan kuih-kuih lembut nampaknya.. :)
aikk senaraikan 7 je ke...hehehe rasanya bleh panjang lagi list tu..(^_^)
Salam...
Anda di Tag. jom ambil di sini
http://akuiza.blogspot.com/2010/08/tag-dari-ma.html
Mika~ ur welkam **douitashi mashite** <- betui ker nie..
Hairil~ betui tu en Warlord.. kuih lembut sng, kunyah sekali trus telan.. hihih :P
NoorGie~ betul, kalau ke bazaar..macam2 nak tapau..mmg blh cecah lbh pd 7 dish yg kelana bagitu..hehe
DIH~ okey..kelana dtg ambik..tunggu di sana k.. :)
waa~ tq KF.. cik shiqa suka suka suka.hehehe
hehehe.. welcome kelana.. rajin2 singgah my blog yek.. hehehe
time kasih KF..dah amik..tp tak sempat lagi nak wat n3..i luv it!
Terima kasih TAG saya..alhamdulillah
Catat Ulasan