Seorang jurugambar sangat bertuah kerana sepanjang kariernya, pertama kali dapat merakamkan photo peristiwa jarang-jarang berlaku - air terjun bertukar warna merah seperti sup tomato. Jurugambar tersebut, Rochelle Coffey menjadi terpegun bila melihat air terjun sejernih kristal tiba-tiba bertukar warna merah pekat dalam jangkamasa selama dua jam. Ibu kepada dua orang anak itu pergi berkelah ke air terjun cantik Cameron Falls, Alberta bersama dengan suaminya dan telah merakamkan gambar pemandangan indah di situ sejak enam tahun lalu.
Walau bagaimanapun, dalam lawatan terakhirnya, beliau seperti tidak percaya dan rasa bertuah kerana dapat melihat satu fenomena alam menakjubkan bila air terjun yang jernih bertukar warna secara tiba-tiba. Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu (agrolite) mengalir ke dalam kawasan air terjun sekali gus mengakibatkan perubahan warna berlaku. Waterton Lake, kawasan di mana terletaknya Cameron Falls mengandungi endapan batuan tertua di pergunungan Kanada dan berusia 1,500 bilion tahun lampau.
Gambar air terjun Cameron, Alberta ketika hari biasa
Photo rakaman Rochelle ketika fenomena bertukar warna berlaku.
sumber: www.dailymail.co.uk
14 ulasan:
wah bestnyer mcm air carrot susu..rs nk minum jer...
o_o is that really happen?? wow! awesome!
Ces't~ ha ah kan.. macam carrot susu pun.. looks yummy
Mika~ yepss.. fenomena yg jrg2 sekali terjadi..
Subhanallah
cantik kan...
subhanallah...cntiknya =)
NoorGie n Onelove~ begitulah kehebatan Maha Pencipta :)
betulkah ni..atau cuma mainan trick kamera jer...
apa sebab nye ye
Doku~ sgt unik..byg kan air jernih tetiba bertukar jadi 'sup tomato'.
Adscamp~ itu lah jln utk mengenal Maha Pencipta yg Maha Berkuasa :)
FloEllen~ nie betul2 Ellen.. mungkin 1st time dlm sejarah tamadun manusia moden.. :D
subhanallah!!
subhanallah...sungguh hebat ciptaanNya..
Allahuakbar! cantik btol..
subhanallah..=)
nak mandi pun tkut daaa...hehe
Catat Ulasan