Apartment Sempit 24 Bilik.


Dalam mereka-bentuk bangunan mesra alam dan mesra pengguna, saiz ruang kediaman dan keselesaan penghuni di dalamnya sangat dititik-beratkan.

Gary Chang, seorang arkitek di Hong Kong telah berjaya menyusun atur apartment sempitnya, berkeluasan hanya 330 kaki persegi kepada tempat tinggal selesa dengan memiliki 24 ruang kepelbagaian fungsi. Untuk merealisasikan impiannya itu, beliau menggunakan satu sistem pembahagi dinding boleh alih yang canggih.

Diberi gelaran "The Domestic Transfomer", apartment Chang nampak seakan-akan tiada apa-apa keistimewaan. Namun, selusuri video di bawah dan temui kehebatan idea Chang sehingga kejayaannya disiarkan dalam akhbar The New York Time.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics