Benda Paling Besar Di Dunia.


Menara Abraj Al Bait atau dikenali sebagai "Mecca Royal Clock Hotel Tower" di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan bermula pada 2004 dan dijangka siap tahun 2011. Dengan mempunyai keluasan lantai keseluruhan 1,500,000 m/persegi, ia merupakan struktur bangunan paling besar mengatasi rekod semasa Dubai Airport, UAE.


Kapal terbang terbesar di dunia ialah kapal terbang kargo Antonov AN-225 dengan panjang sayapnya ialah 291 kaki. Ia mampu membawa terbang muatan sehingga 1,411,000 pounds!


Ditemui di Hill End, New South Wales, Australia pada 1872, "Holtermann Nugget" dikenali sebagai ketulan tunggal terbesar emas yang pernah ditemui di dunia, berukuran panjang 1,5 meter dan beratnya hampir 290 kg.


 Oasis of the Seas merupakan kapal persiaran terbesar di dunia. Menelan belanja sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.05 bilion), kapal mewah yang dimiliki oleh Royal Carribean International ini mampu membawa seramai 6,296 penumpang termasuk anak kapal untuk mengharungi dan membelah badai di lautan. Dengan ketinggian seperti bangunan 20 tingkat, Oasis of the Seas juga dibina dengan saiz lima kali ganda lebih besar daripada Titanic, kapal malang yang karam pada tahun 1912 sewaktu menempuh pelayaran sulungnya.


 Georgia Aquarium, Atlanta, US - aquarium marine terbesar di dunia dengan kapasiti 31,000 m/padu air laut. Mengisi lebih dari 100,000 haiwan laut dari 500 spesies yang berbeza, seperti ikan yu paus, paus beluga dan pari manta.


Stadium terbesar di dunia terletak di Pyongyang, Korea Utara. Dinamakan sebagai Stadium Peringatan Rungrado May Day, ia dibina pada tahun 1989 dan mempunyai kapasiti 190,000 tempat duduk. Rekabentuk berasaskan kuntuman bunga mekar, ia mempunyai 16 gerbang melengkung di sekelilingnya.


Kolam renang buatan manusia terbesar di dunia terletak di San Alfonso de Mar resort, Algarrobo, Chile, Amerika Selatan. Mempunyai keluasan 8 hektar, 1 km panjang dan 250,000 m/padu air masin. Menelan belanja AS$ 2 billion untuk kos pembinaan dan AS$ 4 million setahun bagi kos penyelenggaraan, ia siap dibina pada tahun 2006.


Mesin pemisah zarah terbesar di dunia terletak di sempadan Swiss-France berdekatan bandar Geneva. Lebih dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC), ia merupakan terowong berbentuk bulatan, berdiameter 27 km dan berada 175 meter di bawah permukaan tanah. LHC siap dibina pada tahun 2008 oleh European Organization for Nuclear Research (CERN) dengan gabungan penglibatan lebih 10,000 saintis dan jurutera dari 100 negara serata dunia. Fungsi utama mesin gergasi ini ialah untuk mencipta situasi yang serupa dengan keadaan awal bermulanya alam semesta (Big Bang).



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Real Time Web Analytics