Adakah UFO (Unidentified Flying Objects) memang benar wujud dan dimiliki oleh makhluk asing (alien)? Agak sukar untuk mendapatkan jawapan yang pasti kerana persoalan mengenai UFO masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Ramai saksi dari serata dunia menyatakan kewujudan UFO adalah benar. Mereka turut menunjukkan bukti rakaman video atau photo bagi menguatkan dakwaan mereka itu. Namun, ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi, malah ini diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.
Amerika Syarikat misalnya boleh mengeluarkan dakwaan itu kerana penyelidikan mereka sudah menemui jalan buntu, ditambah pula dengan pembabitan ejen kerajaan seperti CIA dan FBI yang kalau boleh, akan menutup dan melindungi misteri ini. Bagaimana anda hendak menuduh seseorang itu penipu kalau ada antara individu yang melilhat objek asing itu menunjukkan gambar sebagai bukti mereka? Apakah bukti UFO yang paling nyata pernah dikemukakan oleh individu yang mendakwa melihatnya dan adakah ini diterima sebagai petunjuk kewujudan UFO?
Seperti dikatakan tadi, bukti paling nyata adalah rakaman video atau gambar. Di Malaysia misalnya, kejadian di Tanjung Sepat, Banting pada tahun 1995 turut dirakam oleh wartawan serta jurugambar sebuah akhbar Inggeris tempatan. Malah bukti tersebut dianggap benar kerana pakar fotografi yang mengkajinya berkata jika itu adalah teknik fotografi semata-mata, ia memerlukan belanja yang amat besar.
Manakala pada 2009 negara digemparkan lagi dengan kemunculan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru. Salah seorang saksi pada kejadian tersebut sempat merakamkan video sebagai bukti apa yang dilihat bukan khayalan semata-mata. Saksikan video di bawah ini:
Berbagai spekulasi timbul dari fenomena UFO ini. Ada sesetengah pihak mendakwa objek-objek tidak dikenali itu sebenarnya hanyalah berupa satellite, belon cuaca, UAV (Unmanned Aerial Vehical) ataupun apa sahaja benda yang tiada kaitan dengan UFO. Sementara itu, teori terhangat pada masakini pula mengatakan UFO yang dikatakan selama ini sebenarnya adalah IFO (Identified Flying Objects) milik pertubuhan atau negara-negara tertentu. Perancangan sulit dan teliti ini sememangnya sengaja diatur sejak awal bagi menyakinkan penduduk dunia fenomena UFO dan alien adalah benar. Dengan cara ini, matlamat utama mereka untuk mewujudkan New World Order akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Fahami penemuan eksklusif dalam video bertajuk 'The Arrivals' di bawah dan anda akan dapati maksud dan tujuan sebenar rancangan sulit tersebut:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan